CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3091|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga didenda RM3,500 miliki 108 al-Quran tiada perakuan KDN

[Copy link]
Post time 25-3-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode

IMRAN didenda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 108 naskah al-Quran, Oktober dua tahun lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang peniaga didenda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 108 naskah al-Quran tanpa perakuan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Oktober dua tahun lalu.

Muhammad Imran Sahimi, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Imran selaku orang kena saman (OKS) didakwa memiliki 56 naskah al-Quran An-Nur dan 52 naskah al-Quran Al Mummayyaz yang tiada perakuan kelulusan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran KDN.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah premis di Jalan Tengku Petra Semerak di sini, jam 10.30 pagi, pada 15 Oktober 2022.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Pencetakan Teks Al Quran 1986 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 (2) akta yang sama yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KDN Kelantan, Mastini Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mastini memohon hukuman setimpal dikenakan kepada OKS kerana menggunakan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 dan memerintahkan OKS dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, OKS membayar denda berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tiada-perakuan-kdn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052668 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list