View: 5708|Reply: 0
|
Spalletti puas eksperimen menjadi
[Copy link]
|
|
ITALI melengkapkan kemenangan kedua pada aksi persahabatan kali ini apabila menewaskan Ecuador pada perlawanan di Red Bull Arena awal pagi semalam. - AFP
NEW JERSEY – Rembatan padu Lorenzo Pellegrini pada minit ketiga dan jaringan menarik Nicolo Barella pada masa kecederaan sudah cukup untuk membantu Itali menewaskan Ecuador 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Red Bull Arena awal pagi semalam.
Pada perlawanan berkenaan, The Azzurri turun dengan strategi baharu menggunakan formasi 3-4-2-1 sekali lagi selain menukar kesebelasan utama berbanding ketika menang ke atas Venezuela 2-1 sebelum ini dengan penampilan debut penjaga gol, Guglielmo Vicario and Raoul Bellanova.
Kemenangan tersebut nyata menggembirakan pengendali Itali, Luciano Spalletti apabila mereka berjaya mencatat dua kemenangan dalam dua aksi pada perlawanan persahabatan kali ini.
“Kami berjaya mempamerkan aksi terbaik dalam kedua-dua babak perlawanan, namun kami tidak begitu konsisten terutama dalam penguasaan bola.
“Apa yang menggembirkan saya, kami bermain seperti sebuah pasukan dan kekal sehingga ke penghujung perlawanan, itu adalah asas yang sangat penting. Pada babak pertama, kami banyak menguasai bola dan melakukan serangan dan sepatutnya kami mampu menjaringkan lebih daripada satu gol.
“Ia merupakan pengalaman positif dengan sikap profesional ditunjukkan oleh pemain. Kami perlu menguruskan semua aksi dengan baik selepas ini supaya ia menjadi perlawanan yang mampu memberikan manfaat,” katanya.
Itali akan menghadapi satu lagi aksi persahabatan pada Jun nanti apabila dijadual turun menentang Tukiye sebelum memulakan saingan dalam Kumpulan B bersama Albania, Croatia dan Sepanyol dalam kempen Euro 2024. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... eksperimen-menjadi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|