CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4785|Reply: 0

Perancis bangkit tundukkan Chile

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:22 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Perancis, Randal Kolo Muani (kanan) menanduk masuk gol kedua pasukannya menentang Chile pada aksi persahabatan antarabangsa di Stade Velodrome, Marseille awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MARSEILLE, Perancis: Olivier Giroud muncul antara penjaring gol ketika Perancis bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Chile pada aksi persahabatan antarabangsa di Velodrome, Marseille awal pagi tadi.

Pasukan pilihan Euro 2024 itu terkial-kial apabila dibolosi gol selepas hanya lapan saat pada aksi menentang Jerman di Lyon hujung minggu lalu, yang menyaksikan mereka tumpas 2-0.

Kali ini mereka ketinggalan selepas enam minit susulan jaringan Marcelino Nunez, namun bangkit dengan gol daripada Youssouf Fofana, Randal Kolo Muani dan Giroud, sebelum Dario Osorio meraih gol kedua Chile lewat perlawanan.

Keputusan itu mengurangkan sedikit keraguan yang menyelubungi pasukan Perancis selepas persembahan hambar mereka berdepan Jerman, ketika mereka bersiap sedia bagi Kejohanan Eropah pada Jun dan Julai depan.


Bagaimanapun, skuad kali ini jauh daripada skuad utama Perancis, dengan kapten Kylian Mbappe dan pemain tengah Aurelien Tchouameni dua pemain yang dikekalkan dalam kesebelasan utama ketika jurulatih Didier Deschamps melakukan sembilan pertukaran pemain.


Penyerang Perancis, Olivier Giroud (kanan) menyepak masuk gol ketiga pasukannya ketika menentang Chile pada aksi persahabatan antarabangsa di Stade Velodrome di Marseille awal pagi tadi. – Foto AFP

Antara yang dipilih di Marseille termasuk pertahanan kanan Jonathan Clauss dan pemain tengah Real Madrid, Eduardo Camavinga, kedua-duanya dikeluarkan pada babak pertama kerana kecederaan sekali gus membimbangkan kelab masing-masing.

"Jika kami mahu bertindak cemerlang Jun ini, kami perlu melakukan yang lebih baik berbanding ini," akui Deschamps ketika Perancis akan berdepan Belanda, Austria dan Poland pada peringkat kumpulan di Euro 2024.

"Saya tidak akan melompat kegirangan malam ini. Bagus kami menang perlawanan ini selepas permulaan buruk dan sering kali bagus untuk mendapat tiga gol, sekalipun jika kami melepaskan dua gol.

"Kami perlu melakukan perkara secara berbeza (di Euro)," katanya.

"Kami mempunyai keupayaan, kami mempunyai keghairahan, tetapi kami juga perlukan kesegaran yang mana kami agak kekurangan malam ini." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... kit-tundukkan-chile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.370436 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list