Assalamualaikum semua..Aku tak tau sama ada sini board yg betul atau tidak untuk aku luahkan masalah aku. Harap harap aku di tempat yg betul untuk meluahkan ape yg terbuku dalam hati aku. Ade baiknye aku kenalkan diri aku sebagai “insankerdil”, satu nik baru utk aku walaupun sebelum ini aku dikenali dgn nik lain yg sebahagian kecil forumer mengenali diri aku.Aku seorang yang sgt jarang utk berteman lelaki. Aku mengenali seorang pemuda, J kira kira 3 tahun yg lalu. Ye, selama 3 tahun akuberkawan dengannya, berbagai onak dilalui. Malah, keluarga aku dan dia jugamengetahui perhubungan kami dan kami merancang untuk berkahwin.Satu ketika, aku merasa aku sanggup menghadapi semua cabaranbersamanya, susah senang kami hadapi bersama walau ade suara suara tidak enak dari pihak keluargaku utk tidak meneruskan perhubungan ini. Sekian lama, aku seperti rasa dikongkong utk berteman dgn insan bergelar lelaki oleh keluargaku.Salahkah aku? Aku hanya mahu dicintai, dikasihi & disayangi. Ade rasa ygaku perlu kongsi bersama dengannya, dan tidak pada keluargaku sendiri, hinggakadang kadang aku mungkin tidak perasan yg aku telah membelakangkan keluarga kusendiri. Ya Tuhan, sungguh aku tiada niat sebegitu. Sehingga pada suatu hari, terjadi satu peristiwa yg membuatkan aku betul-betul kecewa terhadap J dan keluargaku menyalahkan aku tentang semua ini. Demi Tuhan, bukan kehendak aku pengakhirannya jadi begini. Akudan J berpisah atas permintaan aku. Walaupun berkali kali dia menyesali perbuatannya. Aku tau dia tidak sengaja. Menangis dan memujuk aku
untuk tidak meninggalkan dia kerana dia masih perlukan aku terus di sisinya. Satu kekosongan apabila J tiada dalam hidupku
bila mana keluargaku memberi pilihan. J atau mereka. Aku masih memilih mereka, keluarga yg aku sayang walau hati aku rasa tersangat sakit melepaskannya. Ya..kosong teramat kosong. Atas sejadah aku pohon, jika dia bukan utk ku.. Kau jauhkanlah Ya Allah.. jauhkan lah dia daripada ku.. Sebulan.. dua bulan.. lima bulan...aku berjuang sendiri melupakan dia. Sakit.. sgt sakit.. aku sibuk sibukkan diri supaya aku boleh lupakan dia.. aku hampir boleh..walau dalam jangka masa 5 bulan itu dia berhabis meminta agar jgn putuskan hubungan ini..aku beritahu padanya.. aku ada keluarga.. aku sayang keluarga aku..lalu kita harus berjalan dgn lorong masingmasing..pada zahirnya aku berjaya lupakan dia..Dan sekarang bila semua sudah berlalu, aku masih terus terus dipersalahkan oleh keluarga aku kerana mengutamakan J walau dah lama aku tinggalkan. Ape lagi yg harus aku buat utk puaskan hati mereka. Kenapa tidak ade sebarang ruang utk aku membuka lembaran baru.. sudah kuturut kehendak mereka.. walaupun ia menyakitkan..tapi hubungan kami terus dingin..Dan baru baru ini setelah 8 bulan..aku dapat 1 sms dari seorang perempuan A bertanyakan status hubungan aku dgn J. Dia bertanyakan adakah aku masih sygkan J. Aku menjawap, bukalah buku baru dgn J, aku hanya masa silam dia dan aku harus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang. Dan dia membalas J tidak sepenuh hati berkawan dengannya kerana masih tidak mampu melupakan aku. A, harap jgn letakkan kesalahan di bahu aku jika J tidak mampu utk menyayangi kamu.Aku tak tahu, ape yg harus aku lakukan sekarang.. jiwa rasa kosong. Untuk sebarang komen dan pendapat, aku hargai. |