View: 6297|Reply: 51
|
[Tempatan]
AKSB jamin bekalan air pulih sebelum Aidilfitri
[Copy link]
|
|
AKSB jamin bekalan air pulih sebelum Aidilfitri
Oleh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
31 Mac 2024 12:47pm
AKSB sedang menyelesaikan masalah tersebut yang terkesan akibat fenomena El Nino dan kemarau. Laporan Sinar Harian
KOTA BHARU - Air Kelatan Sdn Bhd (AKSB) memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jabatan Korporat AKSB berkata, ketika ini pihaknya sedang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tersebut yang terkesan akibat fenomena El Nino dan kemarau.
"Antara usaha yang kita ambil ialah pemasangan pam tambahan di luar muka sauk, kerja pembersihan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Kelar dan penyelenggaraan telaga jejari Semuba 1.
"Selain itu, kita turut mendapatkan bantuan khidmat lori tangki daripada rakan operator jika keadaan kritikal ini berterusan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, sebanyak 10 lori tangki juga telah diatur gerak di jajahan Pasir Mas serta 33 buah tangki statik manakala tiga lori tangki turut diatur gerak di jajahan Tumpat.
"Fenomena El Nino dan kemarau menyebabkan paras air sungai di muka sauk Loji Rawatan Air (KR) Kelar berada pada paras 0 meter sekali gus memberi kesan kepada 48,635 akaun pengguna di jajahan Pasir Mas dan Tumpat .
"Bagaimanapun jumlah keseluruhan akaun yang mendapat bekalan air dari LRA Kelar ialah lebih kurang 52,000 akaun," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, kerosakan pam disebabkan oleh mendapan pasir dan sampah di LRA Kelar turut menyumbang kepada masalah gangguan tersebut.
Sinar Harian Online pada Ahad melaporkan penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka menyambut Aidilfitri tanpa bekalan air bersih.
Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.
Kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Aidilfitri tanpa bekalan air
Oleh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
31 Mac 2024 11:30am
KOTA BHARU - Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar disebabkan oleh paras air di muka sauk Sungai Kelar menyusut akibat kemarau.
Berdasarkan satu hantaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Facebook pada Sabtu memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan 48,635 pemilik akaun.
"Antara kawasan di Pasir Mas yang terlibat ialah Meranti, Kelar, Lemal, Gual Tinggi, Lubok Jong, manakala Tumpat keseluruhan kawasan," kata kenyataan itu.
Menurut AKSB lagi, kerja-kerja penyelenggaraan dijangka selesai pada 15 April serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.
Oleh itu katanya, AKSB akan membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik kepada pengguna yang terjejas.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pintas di talian 15777 atau WhatsApp di 019-575 5777.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aduh aduh duh duh duhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar boleh percaya jangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat kat ambang klasik sdn bhd tiberr |
|
|
|
|
|
|
|
Senangnya keje, kalih punca masalaa ke El Nino.
Taun depan alasan apa pulak.... La Nina? Terlebih air lantas tak boleh supply? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan salah El Nino tetapi salah Al-Ninun |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-4-2024 05:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nasib sekurang-kurangnya 50 ribu penduduk bergantung kepada sebiji excavator ni. Stay strong,dear excavator.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Klu kat Selangor buat maintenance paip pun bole jadi isu besar bagai nk kiamat.. kat negeri serambi Mekah ok je. Nak cashh kan sbb bodoh pekat tiap² thn kena scam dek lebai |
|
|
|
|
|
|
|
Denco replied at 1-4-2024 08:42 AM
Klu kat Selangor buat maintenance paip pun bole jadi isu besar bagai nk kiamat.. kat negeri serambi ...
Semoga 1 klantan xde air tp i rasa klu setahun xde air pon sskjp ttp bodoh akn undi pas jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia is not impacted by climate change - Tuan Ibrahim Tuan Man, Minister of Environment and Water.
Hujung2 negeri dia dulu kena bahana El Nino El Nina. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah guna pakai kan alasan tu..tak ingat kerrr...
Lambasted over RM7b reservoir plan, deputy MB says Kelantan has ‘too much water’ but nowhere to store it. Kelantan Deputy Mentri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah has reportedly said that the state has water in excess, but is unable to meet demands as it has no facilities to store it.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn mmg stiap kali raya byk tahun ada masalah gini?
Mohon bang @ultra78 tadah air siap2 nk buat ais...panas2 nnt org nk air sejukkk okeh |
|
|
|
|
|
|
|
bagi notis awal dan proaktif. ni bagi mesej kepada perantau yang balik kampung supaya bawa air dari KL dan Selangor ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
yang undi tu duduk lembah klang..... time ngundi depa balik ke serambi mekah lepas ngundi kutip wang sedekah dan balik smula ke lembah klang...... dgar kata raya ni depa boikot takmo balik sebab takde air yg ada air teh di kepala paip betol ke???
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tu pakat2lah anak2 perantauan bawa air sesiap dr kediaman memsg supaya x menyusahkan mak pak sedara mara yg duduk kt serambi mekah. Nak wat camner dah kerajaan ini yg kamu dambakan |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 1-4-2024 02:13 AM
teringat kat ambang klasik sdn bhd tiberr
Kahkahkah..tu zmn2 sinaran passport kegemilangan
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa gila nk dalamkan sungai pakai mesin jerangkung mcmtu...seketul pulak tu..kiamat 5 kali pon belum tentu boleh dalam2 Sungai Kelantan..pejabat MB tak pernah amik tau berkenaan "dredging vessel / dredging barge" ke..? |
|
|
|
|
|
|
| |
|