CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5245|Reply: 13

Kekecewaan Terubat! Penjawat Awam Terima Duit Raya RM500, Pesara RM250

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:29 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri yang diumum hari ini memberi sinar buat seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan yang sememangnya menantikan khabar gembira mengenai bantuan itu.


Bantuan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah serta RM250 untuk pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen bakal disalurkan pada Jumaat ini.


Tinjauan Kosmo! di platform media sosial hari ini mendapati, rata-rata penerima yang layak meluahkan rasa syukur dan gembira di atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan Kerajaan Perpaduan menyalurkan bantuan kepada penjawat awam bagi menampung keperluan menyambut Aidilfitri.


Meskipun pada Februari lalu, kerajaan telah menyalurkan bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, namun jumlah tersebut lebih tertumpu kepada pengurusan perbelanjaan sekolah anak-anak.


“Alhamdulillah, dapat lah saya gunakan duit ini untuk tampung kos balik raya, beli kelengkap raya,” kata Asyikin.


“Terima kasih PMX (Anwar), kerana prihatin dengan kami (penjawat awam). Bantuan hari itu (bayaran Insentif Awal) memang habis untuk kelengkapan sekolah tiga anak. Bantuan raya kali ini dapat guna untuk kelengkapan sambut raya pula,” luah Amirul.


“Alhamdulillah, terima kasih. Insya-Allah akan dikongsikan bersama ahli keluarga dan jiran yang kurang berkemampuan. Rezeki bukan semuanya hak kita, ada juga amanah untuk orang lain,” kata Ryan Adam.


“Terima kasih Kerajaan Perpaduan. RM500 sudah cukup banyak nilainya buat kami barisan pesara ini,” ucap Syed Naim.


Terdahulu, ramai yang kecewa apabila Anwar menyatakan tiada bantuan khas kewangan menjelang Aidilfitri awal bulan depan untuk penjawat awam kerana bayaran Insentif Awal lalu sudah melebihi daripada tahun sebelumnya dan ia dianggap cukup untuk kegunaan sambut raya.


Bagaimanapun, pada 15 Mac lalu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat menggesa supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.


Adnan berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Terubat tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Gula2 utk start padu kan kan kan..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda aku xfaham...ko penerjma sumbangan kasih. Even lhdn pun detect ko salary earner golongan mana

Pas tuh ko kena isi lagi padu? Apa jadhanya? Kenapa xpull out jer data dr situ?

Bukan ker ko patut jer wajibkan sma orang buka tax file?even lhdn pun sibukkk suruh sma orang buka file walau income ko semata2 dr youtube kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe, rakyat Malaysia yang tak kerja gomen masih boleh diperah poket mereka untuk kenyangkan biawak2 hidup pemakan gaji buta.. Naikkan sst jadi 10% pun takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 12:58 PM | Show all posts
kan... sbb SST tu org swasta je bayar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2024 01:01 PM | Show all posts
igt kaya bebenor acik2 gomen ni, ropernya miskin asnaf hukaloh. nak raya pon tagih simpati gov.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurrrrrrr
Rm2k haritu pun tak habis lagi
Terkejut dapat rm500 lagi
Erkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 06:39 PM | Show all posts
alhamdulillah rezeki org gomen....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah penjawat awam..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
'ku basuh luka dengan duit raya'-tangkap leleh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018: Benda aku xfaham...ko penerjma ...


Dia ingat rakyat jujur nak isi Padu jd nanti boleh compare & update dgn data terkini yg rakyat isi. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurrrrr!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la ayam naik harga...hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063786 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list