CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4248|Reply: 0

[Selangor] Helah sorok arak tidak bercukai di bilik rahsia terbongkar, 1,362.27 liter dirampas

[Copy link]
Post time 1-4-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Norlela menunjukkan minuman keras yang dirampas oleh pihaknya di Bandar Saujana Putra, Jenjarom baru-baru ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Helah sebuah premis di Bandar Saujana Putra, Jenjarom menyorokkan minuman keras tidak bercukai di bilik rahsia terbongkar selepas diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 14 Mac lepas.

Penolong Ketua Pengarah Zon Tengah Unit III , Norlela Ismail berkata, serbuan dilakukan oleh pihknya ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, dalam serbuan itu pihaknya berjaya merampas sebanyak 1,362.27 liter minuman keras tidak bercukai bernilai RM155,600 melibatkan duti dan cukai.

“Hasil pemeriksaan rapi dilakukan, kami berjaya menemui minuman keras dari pelbagai jenis dan jenama disimpan dalam bilik rahsia di lokasi itu.

“Terdapat barang terbabit telah dilekatkan dengan setem cukai yang turut disyaki sebagai palsu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang juga merupakan pekerja di premis tersebut ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -27-liter-dirampas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.090551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list