CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5739|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu kafir: Ikut pandangan Mufti Wilayah

[Copy link]
Post time 2-4-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode



Mohd Na’im pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BH/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menasihatkan supaya polemik penggunaan perkataan 'kafir' tidak dipanjangkan, sebaliknya semua pihak mengambil pendekatan harmoni.

Katanya, pandangan institusi mufti wajar dirujuk supaya tidak timbul lagi pertikaian mengenai perkara terbabit.

"Pada saya Sahibus Samahah Datuk Dr Luqman Abdullah (Mufti Wilayah) mengeluarkan pandangan yang agak harmoni. Jadi, kita perlu kekal kepada pandangan Mufti Wilayah untuk mengharmonikan keadaan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji (TH) Bagi Tahun Kewangan 2023, di Menara TH, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.

Beliau diminta mengulas mengenai polemik isu penggunaan perkataan 'kafir' malah terdapat mufti yang mengeluarkan pandangan agak berbeza.

Isu terbabit timbul selepas tular video ucapan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dikatakan 'mengharamkan' penggunaan istilah kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.

Semalam, Luqman berkata, tidak adil untuk mana-mana pihak menghukum menteri terbabit tanpa melihat kepada konteks keseluruhan ucapannya.

Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur Fadhlina supaya memperbetul penggunaan istilah kafir kerana ia membawa maksud yang sangat salah.

Beliau menegaskan seseorang yang mengharamkan perkataan kafir sama seperti mengharamkan al-Quran dan sunnah.
https://www.bharian.com.my/berit ... angan-mufti-wilayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060593 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list