View: 7348|Reply: 30
|
[Tempatan]
Membeli Air Minuman, Kena Ambik Gambar Nak Hantar Dekat Mak!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
PERSAINGAN sengit di bazar Ramadan menyebabkan sesetengah peniaga sukar untuk bersaing.
Situasi ini sering dihadapi mereka yang menjual produk lazim yang banyak dijual oleh peniaga lain, seperti minuman.
Melalui hantaran tular di laman Facebook, seorang lelaki yang berkunjung ke bazar Ramadan di sekitar Putra Heights, Selangor menceritakan satu momen yang menyentuh hatinya.
Menurut lelaki itu, dia tiba lewat ke bazar tersebut ketika sudah hampir waktu berbuka dan ternampak sebuah gerai menjual air manis yang kelihatan sepi tanpa pelanggan.
Rasa kasihan yang menebal di hati mendorong lelaki berkenaan untuk singgah ke gerai terbabit dan membeli produk yang masih berbaki.
"Waktu aku sampai ke bazar tu, aku nampak seorang pengusaha gerai air minuman ni tengah kemas barang nak tutup. Aku pun tanya la kenapa banyak lagi air yang tinggal ni.
"Dia pun cakap, tak ada orang nak beli abang. Kesian pula aku tengok sebab air dia semua nampak sedap belaka, aku pun cakap nak beli satu.
"Aku ambil air susu segar dengan campuran pes strawberi dan potongan buah yang pilihannya terdiri daripada mangga, strawberi, buah naga dan lain-lain," imbas lelaki itu.
Namun lelaki tersebut kemudian dikejutkan dengan satu permintaan aneh daripada peniaga berkenaan.
"Selepas dah beli, aku pun sedia nak bergerak tapi tiba-tiba peniaga tu minta aku tunggu sekejap. Dia kata nak ambil gambar aku dengan air minuman dia yang aku baru beli.
"Aku macam musykil sikit tapi aku turutkan je, sebab aku fikir mungkin dia nak gunakan gambar tu untuk tujuan marketing di akaun media sosial dia," katanya bersangka baik.
Ternyata tindakan peniaga berkenaan tiada kaitan dengan tujuan pemasaran atau promosi.
"Masuk waktu berbuka, aku pun rasa la air yang aku beli tu, sedap weh! Aku memang tak harapkan apa-apa pada awalnya tapi Alhamdulillah cukup rasa semua, tak tawar langsung.
"Aku cakap dalam hati esoknya tu aku nak pergi beli lagi, orang yang berniaga ikhlas macam ni kita kena support. Jadi esok petang pun aku pergi ke bazar sama dan terus cari gerai air yang sama.
"Selepas dah beli, peniaga tu sekali lagi suruh aku tunggu sekejap nak ambil gambar. Kali ni aku dah hairan, aku pun tanya, bukan semalam dah ambil gambar ke?
"Kemudian peniaga tu jawab macam ni yang buat aku betul sedih, tak ada la abang, gambar ni saya hantar dekat mak saya, nak beritahu yang ada orang beli. Allahu semoga dipermudahkan urusan peniaga bazar yang jujur begini," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu dengan kecekalan peniaga bazar itu.
"Tengok gambar pun dah tahu yang air tu sedap. Usaha tidak akan mengkhianati hasil, InsyaAllah selepas dah viral ni bakal bertambah pembelinya dan rezeki menjadi melimpah ruah.
"Sedih sangat bila dia cakap nak tunjuk dekat mak, mesti dia rasa gembira ada orang datang membeli. Sama-samalah kita bantu peniaga kecil-kecilan macam ni.
"Saya doakan peniaga tu terus sukses, ditambah pula dengan doa daripada seorang ibu, hidup peniaga tu pasti selamat," kata sebahagian warga maya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya cerita.. ingatkan mak kaki control tadi, sekali plot twist daa.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mereka semua dipermudahkan urusan..dizaman penuh dengan pemerintah zalim ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku org ajak ber gambar macam ni.. besok aku tak datang lagi dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah tak laku. Asal ada orang membeli ko ajak bergambar.
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa KNB ni. gila gelemer sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
ai cuma terpikir ni suma strategi perniagaan jer... |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh ambik gmbr suka suki utk marketing tanpa kontrak whatsoever
klu utk mak die takpe
tp explain la awal2
jgn tgu ditanya
klu tak tu yg esk org tak dtg dah
mcm creepy plk
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh je request ambik gambar tangan je.. mcm dak lalamove biasa buat bukti penerimaan |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu jadah gambar hiasan kene letak gmbr lain?
Mende kuar kt main page kot.
Cube la buat artikel betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 2-4-2024 06:27 PM
siapa KNB ni. gila gelemer sungguh
Dia pernah tulis novel FIXI. Tapi tak tau lah kerja hakiki dia apa.
Novel dia tu dah difilemkan pun. Tapi as usual filemnya jadi tak best. The novel, not that bad. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 3-4-2024 10:42 AM
Dia pernah tulis novel FIXI. Tapi tak tau lah kerja hakiki dia apa.
Novel dia tu dah difilemkan pu ...
hohoho kogitu memang sengaja buat benda2 gila gelemer la supaya kekal relevant |
|
|
|
|
|
|
|
i know him...dia bukan jenis gila glemer...introvert orangnya
|
|
|
|
|
|
|
|
i xrasa dia gila glemer sbb mmg kenal dia...introvert orangnya...jenis pandai menulis..
|
|
|
|
|
|
|
|
iolls pnh bli air...ingatkan soya...dh taruk selasih cincau bagai..ok la..sbb npk kedai sendu
sekali kauuuu...air susu nak basi....susu cair tu ye....adoiii.....
patut la murah seplastik besar tu rm3 je... |
|
|
|
|
|
|
|
A-Are replied at 3-4-2024 11:27 AM
i xrasa dia gila glemer sbb mmg kenal dia...introvert orangnya...jenis pandai menulis..
owh sama level the hamid sisters lah ni? dunia nyata introvert giler....... tapi kat socmed seolah2 dialah paling happening dgn isu2 yg dia berjaya tarik perhatian warga porom |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah hamid sisters..huhu xtao....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|