CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3734|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Had laju Jalan Persekutuan diturunkan sempena Aidilfitri

[Copy link]
Post time 2-4-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengurangan had laju akan dilaksanakan di semua Jalan Persekutuan di Malaysia, daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j, berkuat kuasa bermula 8 April hingga 13 April ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, pewartaan pengurangan had laju itu selaras dengan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024.

“Pengurangan sementara had laju selama seminggu ini merupakan antara langkah-langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya semasa musim perayaan.

“KKR juga telah memaklumkan kepada pihak konseri Jalan Persekutuan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal mulai 5 hingga 14 April supaya tidak mengganggu aliran trafik.

“Pengecualian diberikan bagi kerja-kerja menampal lubang, kecemasan dan kritikal serta kerja pembinaan di luar rizab jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, KKR berkata, bagi lebuh raya pula, syarikat konsesi tidak dibenarkan melaksanakan sebarang penutupan lorong lebuh raya kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula dari 1 hingga 17 April 2024.

“Ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan yang dilancarkan KKR serta pendekatan seluruh rakyat dan negara (whole
nation approach) untuk bersama-sama bertanggungjawab memastikan keselamatan, keselesaan pemanduan diutamakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... sempena-aidilfitri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.315393 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list