|
OZIL kini berbadan sado. FOTO INSTAGRAM / M10_OFFICIAL
London: Mesut Ozil sekali lagi mengejutkan peminat selepas menayangkan badannya yang sado.
Bekas bintang Arsenal itu bertukar daripada berlatih di padang bola ke bersenam di gimnasium dan usaha gigihnya berbaloi.
Ozil, 35, hampir tidak dikenali berbanding era ketika bergelar pemain hasil perubahan pada ototnya yang besar.
Dalam klip video terbaru di media sosialnya, bekas pemain tengah itu kelihatan mengangkat dua dumbel yang beratnya 50 kilogram setiap satu atas dan bawah sambil otot tricep dan bicepnya terserlah.
Peminat terkejut dengan perubahan fizikal Ozil. Malah ada yang seperti tak percaya itu pemilik tubuh sado adalah bekas pemain Arsenal terbabit.
Seorang penyokong berkata: "Adakah dia mahu menyertai WWE?"
Seorang lagi menambah: "Ozil nahu menentang Anthony Joshua." Manakala yang ketiga menulis: "Tetapi dia bermain seperti dia tiada stamina ketika sebagai pemain. Apa perubahannya?
Peminat keempat memberi andaian: "Anda tak boleh beritahu saya apa sahaja, Ozil akan menyertai tentera."
Terbukti perubahan fizikal Ozil menarik perhatian ramai orang termasuk bekas rakan sepasukannya Cristiano Ronaldo.
Bintang Portugal itu yang peminat tegas gimnasium meninggalkan komen dalam satu satu post Ozil: "Bro ok juga tu."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... zil-mahu-sertai-wwe |
|
|
|
|
|
|
| |
|