CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3459|Reply: 0

[Tempatan] PMX Anwar Ibrahim: Pulau Pinang catat sifar miskin tegar menjelang Jun ini

[Copy link]
Post time 6-4-2024 08:52 AM | Show all posts |Read mode
PM: Pulau Pinang catat sifar miskin tegar menjelang Jun ini

https://www.malaysiakini.com/news/701849

Diterbitkan:  Apr 5, 2024 6:46 PM⋅
Dikemaskini: 6:55 PM



Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berusaha menyelesaikan masalah lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bakal menyaksikan keluarga terbabit dibawa keluar daripada kategori miskin tegar seterusnya membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024.



“Selain itu, beberapa masalah kecil tetapi penting bagi rakyat seperti klinik desa di Bayan Lepas yang memerlukan peruntukan sekitar RM11 juta, saya luluskan segera.

“Saya juga tekankan keperluan selain daripada memacu pertumbuhan dan industri, kita juga tekankan keperluan sektor-sektor yang tinggi keupayaan seperti AI (kecerdasan buatan), digital dan mikrocip,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar di George Town sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang hari ini.



Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang yang kini disegerakan adalah antara perkara yang disentuh dalam taklimat tersebut.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga akan memberi perhatian kepada kelompok nelayan dan pertanian, perumahan serta perniagaan peringkat rendah di negeri ini.

Taklimat sejam itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, ketua jabatan dan kerajaan pusat serta negeri yang terlibat.

- Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.191656 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list