CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3381|Reply: 0

[Tempatan] Sistem lapuk, penyelenggaraan antara punca prestasi KLIA, KLIA2 menjunam

[Copy link]
Post time 6-4-2024 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Sistem lapuk, penyelenggaraan antara punca prestasi KLIA, KLIA2 menjunam

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... klia-klia2-menjunam

Muhammad Yusri Muzamir
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 11:32pm


ANTHONY Loke, gambar fail. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Sistem yang lapuk dan aspek penyelenggaraan dikenal pasti sebagai antara punca penarafan dua lapangan terbang utama di negara ini menjunam berbanding peringkat awal kemudahan itu diperkenalkan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia turut diburukkan lagi menerusi kelemahan sistem pengendalian bagasi penumpang yang mengambil tempoh terlalu lama sejurus kapal terbang mendarat.

Katanya, aspek kecekapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpu (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) juga perlu ditambah baik bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat kembali beroperasi pada tahap optimum.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban mengakui penarafan KLIA sudah menjunam selepas 26 tahun beroperasi, biarpun sebelum ini pernah muncul sebagai lapangan terbang kedua terbaik di dunia dan antara terbaik di Asia.

"Ia juga berkaitan dengan kaedah menggerakkan penumpang secara keseluruhan dengan proses berkenaan perlu dilakukan secara lebih cepat dan pihak lapangan terbang serta syarikat penerbangan perlu berusaha dan bekerjasama.

"Ia bagi meningkatkan tahap pendigitalan yang lebih baik supaya kita dapat menggunakan perisian digital bagi menyelesaikan masalah. Ini yang perlu difokuskan," katanya menerusi audio siar Keluar Sekejap malam ini.

Sementara itu, Loke menjangkakan penggabungan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan dimuktamadkan menjelang tahun ini.

Penggabungan itu, katanya, akan mewujudkan entiti lebih besar dengan dua fungsi dalam satu badan, selain hala tuju berkenaan dibuat berdasarkan faktor kebanyakan negara luar hanya memiliki satu regulator bagi teknikal dan ekonomi.

"MAVCOM sebagai regulator ekonomi asalnya adalah badan berkanun yang diasingkan dan tidak memerlukan dana kerajaan kerana mengutip RM1 daripada setiap penumpang sebagai fi regulatori.

"CAAM pula adalah regulator teknikal yang juga badan berkanun tetapi belum diasingkan sepenuhnya dan 'payscale' masih tertakluk kepada kerajaan dan ini yang menjadi antara sebab penarafan kita diturunkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) daripada Kategori I kepada Kategori II.

"CAAM tiada punca kewangan kukuh untuk melantik juruteknik atau jurunilai berpengalaman untuk menjadi regulator," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.269441 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list