CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10969|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek lebuh raya bertingkat, Air Perak-Pulau Pinang dalam perancangan - Chow

[Copy link]
Post time 6-4-2024 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Projek lebuh raya bertingkat, Air Perak-Pulau Pinang dalam perancangan - Chow


April 6, 2024 @ 5:04pm



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto NSTP



GEORGETOWN: Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan membabitkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Justeru, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua, berikutan keadaan aliran trafik yang semakin mendesak dan Projek Air Perak-Pulau Pinang demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, perkara itu dibangkitkan dalam Taklimat Pembangunan Pulau Pinang yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Komtar semalam, sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini.

"Sukacita saya maklumkan Datuk Seri Anwar prihatin dengan kedua-dua projek itu dan dilaporkan dalam perhatian kerajaan Pusat serta sedang dibincangkan dan saya berharap perbincangan terbabit akan membuahkan hasil untuk pelaksanaannya.

"Kedua-dua projek itu juga kini giat dibincangkan pada peringkat kementerian dan bagi Pulau Pinang, kita bersyukur ia sudah sampai ke peringkat perbincangan dan berharap akan ada keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 2nd World Cat Federation Penang International Cat Fiesta 2024 di Spice Arena di Bayan Lepas dekat sini, hari ini.

Chow berkata, jika dua projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, ia mungkin boleh dijalankan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta dan kaedah pelaksanaannya boleh dirunding.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana menghargai sumbangan Pulau Pinang dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang ekonomi dan industri yang mencatatkan angka memberangsangkan.

Mengulas mengenai lebih 100 keluarga yang masih berada di bawah paras garis kemiskinan tegar di negeri itu, beliau berkata Anwar meminta agar semua keluarga ini dibantu untuk keluar daripada kategori berkenaan dengan segera.

"Sebenarnya di Pulau Pinang, kita ada skim ekonomi saksama, di mana kita membantu menambah pendapatan keluarga supaya mereka tidak lagi berada dalam kategori di bawah garis kemiskinan dan kami akan teruskan skim ini," katanya.

Selepas taklimat semalam, Anwar berkata Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, akan berusaha membawa keluar lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan, sekali gus membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.979102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list