CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14410|Reply: 0

[Tempatan] Kementerian Ekonomi melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terbitkan buletin PADU

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:46 PM | Show all posts |Read mode
DOSM terbitkan buletin PADU

https://www.bharian.com.my/berit ... bitkan-buletin-padu

Oleh Suraya Ali - April 6, 2024 @ 9:11pm
suraya.ali@bh.com.my


Sebanyak 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.
KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini menerbitkan sebuah buletin bertujuan menjelaskan dan memberi penerangan mengenai Pangkalan Data Utama (PADU).

Pautan penerbitan yang mempunyai 20 helaian itu menjelaskan pelaksanaan PADU bermula dengan Pembangunan Fasa 1 PADU pada Jun 2023 sehingga diluncurkan pada Januari 2024.

Tadbir urus pembangunan PADU disokong oleh Pasukan Kerja (Task Force) khusus PADU yang ditubuhkan membabitkan tiga pasukan kerja utama iaitu Pasukan Kerja Pemurnian Hala Tuju; Pasukan Kerja Pengurusan Data; Pasukan Kerja Pembangunan Sistem dengan kerjasama daripada Kementerian Ekonomi, DOSM dan Jabatan Digital Negara, Kementerian Digital.

Pelancaran perancangan pelaksanaan PADU dilaksanakan menerusi dua siri Bengkel Gerak Kerja Pelaksanaan PADU dan beberapa sesi Sesi Libat Urus awalan bersama agensi kerajaan.

Dalam fasa awalan pembangunan, rakyat diberitahu PADU akan memfokuskan kepada pengukuhan dalam perkongsian dan pengintegrasian data antara inter-agensi menerusi platform MyGDX, yang mana MAMPU menyediakan 40 lesen API bagi keperluan pengintegrasian data antara agensi.

Antara agensi yang tersedia dengan aplikasi API adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan lain-lain.

Pada 2 Januari lalu, PADU dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pangkalan data berkaitan maklumat asas demografi, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima rakyat.

Objektifnya untuk menyediakan pangkalan data utama negara bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan, menggubal dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data serta mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dilaporkan berkata penyasaran semula subsidi nanti akan menggunakan maklumat yang ada dalam sistem PADU.

Katanya, sebanyak 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.

Pendaftaran sistem PADU ditutup pada jam 11.59 malam 31 Mac 2024.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.119689 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list