CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7346|Reply: 0

[Tempatan] Guru ditahan cabul pelajar di tandas awam

[Copy link]
Post time 7-4-2024 06:46 PM | Show all posts |Read mode
Guru ditahan cabul pelajar di tandas awam

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ajar-di-tandas-awam

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Disiarkan pada: April 7, 2024 @ 5:43pm


GAMBAR Hiasan

Petaling Jaya: Perbuatan seorang guru lelaki melakukan amang seksual kepada pelajar perempuan di sebuah tandas awam di Kota Damansara, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada 22 Mac lalu di sebuah tandas awam di pusat beli-belah apabila suspek berusia 27 tahun melakukan perbuatan itu kepada mangsa berusia 14 tahun.

Menurutnya, mangsa yang trauma tampil membuat laporan polis kelmarin untuk tindakan selanjutnya.

"Susulan itu, polis menahan suspek di Balai Polis Kepong kelmarin dan direman lima hari bermula semalam hingga 10 April ini.

"Kes disiasat mengikut Sekyen 14(1)(a) Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054862 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list