CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21596|Reply: 0

[Tempatan] Insurans tinggi, tambang menurun, pemandu e-hailing tertekan - NeHDA

[Copy link]
Post time 7-4-2024 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Insurans tinggi, tambang menurun, pemandu e-hailing tertekan - NeHDA

https://www.bharian.com.my/berit ... ling-tertekan-nehda

Oleh Johari Ibrahim - April 7, 2024 @ 9:58pm
joib@bh.com.my


Pengerusi Persatuan Pemandu e-Hailing Utara (NeHDA), Norzabidi Bahador

KUALA LUMPUR: Kenaikan bayaran insurans sehingga 70 peratus bagi pemandu e-hailing dianggap membebankan golongan itu yang sekali gus menyebabkan mereka tertekan dalam operasi.

Pengerusi Persatuan Pemandu e-Hailing Utara (NeHDA), Norzabidi Bahador, yang menaungi kira-kira 300 pemandu e-hailing di utara, berkata secara purata kenaikan insurans e-hailing meningkat sehingga 70 peratus tahun ini berbanding kos yang ditanggung pada tahun 2023.

"Sebagai contoh jika pemandu membayar insurans e-hailing berjumlah RM400 pada tahun 2023 (kini) terpaksa membayar RM700 pada tahun ini setelah berlaku kenaikan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kenaikan insurans itu tidak lagi mampu diserap oleh pemandu memandangkan pelbagai faktor lain termasuk trend tambang yang semakin menurun.

Katanya, insurans e-hailing itu diwajibkan oleh pihak berkuasa bagi membolehkan kereta beroperasi dan ia adalah tambahan kepada insurans kenderaan peribadi sedia ada.

"Namun kenaikan harga insurans e-hailing ini secara mendadak pada awal tahun 2024 yang telah memberi kesan langsung kepada pemandu e-hailing di mana peningkatan yang begitu ketara tinggi untuk insurans e-hailing ini telah membebani pemandu," katanya.

Beliau berkata harga tambang e-hailing sekarang yang di bawah kadar upah sebenar (terlalu murah) dan semakin menurun bagi setiap tugasan yang dibuat oleh pemandu menyebabkan kadar margin keuntungan mereka semakin menipis dan berkurang sehingga ke peringkat rugi.

Selain itu, katanya, kedatangan musim perayaan Aidilfitri tidak memberi kelebihan kepada pemandu kerana kadar tambang yang semakin menurun.

Ada sekitar 2,500 pemandu e-hailing di wilayah utara.

"Keghairahan persaingan antara syarikat EHO (pengendali e-hailing) telah mengakibatkan harga tambang adalah tidak munasabah dengan jarak perjalanan, kos semasa, masa dan tenaga yang telah di keluarkan oleh pemandu e-hailing," katanya.

Beliau berkata sempena cuti Aidilfitri ini, sepatutnya permintaan kepada perkhidmatan itu meningkat dan memberi peningkatan tambang, tetapi keadaan berlaku sebaliknya apabila tambang dikurangkan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai pemandu terpaksa menolak pesanan yang dilihat tidak boleh menampung kos sekali gus menyebabkan perkhidmatan kepada orang ramai terganggu.

Pada masa sama, katanya, NeHDA juga mahu berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan berhubung lokasi mengambil dan menurunkan penumpang di Penang Sentral yang merumitkan.

Beliau berkata timbul tidak puas hati dalam kalangan pemandu apabila lokasi menunrunkan dan mengambil penumpang diubah dari tingkat tiga Penang Sentral ke tingkat lapan sekali gus meningkatkan kos mereka.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057136 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list