CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9074|Reply: 56

[Tempatan] Ketegangan Timur Tengah bakal jejas rantai bekalan ke Malaysia

  [Copy link]
Post time 14-4-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-4-2024 10:12 AM

KUALA LUMPUR: Ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, ditambah dengan insiden rampasan kapal kontena berkaitan Israel oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) awal hari ini boleh mengakibatkan gangguan rantaian bekalan serta premium insurans yang lebih tinggi, kata persatuan perkapalan.

Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia Ooi Lean Hin berkata ketegangan geopolitik semasa di Timur Tengah telah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global, yang kini diperluaskan ke Teluk selain dari Laut Merah.

"Keselamatan pelayaran agak berisiko tinggi di rantau ini. Premium insurans risiko perang akan melonjak dan gangguan rantaian bekalan akan bertambah sehingga membawa kepada peningkatan kos penghantaran untuk rantau ini," katanya kepada Bernama.

Beliau ketika ditanya mengenai impak terhadap sektor perkapalan berkata, situasi semasa telah memberi kesan kerana banyak syarikat perkapalan telah mengarahkan sebahagian besar kapal mereka untuk melalui Tanjung Harapan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Lencongan ini menyebabkan kapal mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Malaysia. Kos pengangkutan dan insurans juga telah naik baru-baru ini," jelasnya.

Presiden Persatuan Penghantar Barang dan Logistik Selangor Datuk Tony Chia Han Teun menambah syarikat perkapalan terpaksa mengelak daripada menggunakan laluan Laut Merah serta Terusan Suez kerana bimbang akan menjadi sasaran dan pihak industri pula sedang menunggu tindakan seterusnya syarikat perkapalan.

"Sejak sebulan kebelakangan ini, banyak syarikat perkapalan telah mengarahkan kapal-kapal mereka ke Tanjung Harapan sehingga menyebabkan perjalanan ke Malaysia menjadi lebih panjang," katanya.

Sambil mengulangi sentimen itu, Naib Presiden Persekutuan Pengangkutan Kargo Malaysia Alvin Chua Seng Wah berkata keadaan semasa telah memberi kesan kepada Malaysia kerana kapasiti penghantaran ke Eropah akan berkurangan.

"Jumlah kapal yang ada akan berkurangan dengan masa pelayaran yang lebih lama," tambahnya.

Dilaporkan sebuah kapal kontena bernama 'MCS Aries' telah dirampas oleh Pasukan Khas Tentera Laut Sepah (IRGC) dengan mengggunakan helikopter. – Bernama










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 10:40 AM | Show all posts
jika Iran katup Selat Hormuz

crude oil > USD120 per barrel
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la kot berlatih unggih ubi kayu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang nak sangat perang tu, akak senyum sinis.

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 02:48 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 14-4-2024 02:35 PM
Yang nak sangat perang tu, akak senyum sinis.

Yis real da semakin melampau..

satu jer bahasa yg Yis real tau..

perang
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-4-2024 02:35 PM
Yang nak sangat perang tu, akak senyum sinis.

Emas meroket naik la...yuhuuu happy2.. leh overlap n kumpul modal keluarkan emas yg terperam kat ar rahnu...kn standby bl bukhoo banyak2 la tkt nanti x dpt msk Malaysia dah... anak2 iolss suka membako bukhoo..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 14-4-2024 03:29 PM
Emas meroket naik la...yuhuuu happy2.. leh overlap n kumpul modal keluarkan emas yg terperam kat a ...

Ai baru nak komen lagu ni...

Harus lah barang2 makan dan EMAS naik meroket...

Fuh.. serius aku rasa tak rugi beli emas last month masa 365 diskaun 30 jadi 335 segram....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 14-4-2024 10:40 AM
jika Iran katup Selat Hormuz

crude oil > USD120 per barrel


Fuh.. bonus weols laki bini adik beradik bakal kencang tahun depan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 14-4-2024 02:22 PM
Boleh la kot berlatih unggih ubi kayu.

PMX dan satu menteri tu dah beraya dengan ubi kayu...


Rakyat bila lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 14-4-2024 06:48 AM
Yis real da semakin melampau..

satu jer bahasa yg Yis real tau..

Keturunan padang pasir ni dah memang turun temurun asyik berperang saja kerjanya. Sebab tu tamadun2 hebat dari belah sana dah jadik nan hado sekarang. Kalau reti preserve, dah boleh jadik seropa Europe.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 14-4-2024 07:29 AM
Emas meroket naik la...yuhuuu happy2.. leh overlap n kumpul modal keluarkan emas yg terperam kat a ...


Emas ni je la aiol tak nyesal melabur. Walaupon dulu zaman Najib pernah jatuh kaw2  harga. Daripada melabur hancur lebur puluh ribu masuk MLM hanat, baik beli emas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 03:55 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 14-4-2024 04:31 PM
dua_chzy replied at 14-4-2024 03:49 PM
Keturunan padang pasir ni dah memang turun temurun asyik berperang saja kerjanya. Sebab tu tamadun ...

Yis real tidak akan terancam selagi negara2 Arab n jiran2 tidak bersatu dan berperang sesama mereka (termasuk Civil War)

yg kasi negara2 ni tidak bersatu n berperang adalah U.S (god father yis real)

U.S & Yis real create ISIS, Al Qaeda..

ISIS n Al Qaeda mendakwa dewa pejuang Islam, naper x serang Yis real?

tapi depa wat kacau kat negara2 Islam Arab yg laen

U.S hantam Iraq n Libya

Yis real serang Labenon, Syria n Iran

sebelum negara harem Yis real wujud..

x der perang sesama mereka




Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-4-2024 03:52 PM
Emas ni je la aiol tak nyesal melabur. Walaupon dulu zaman Najib pernah jatuh kaw2  harga. Daripad ...


Quantum mental scammer nini comot tersenyom sinis hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 04:00 PM | Show all posts
green~tea replied at 14-4-2024 03:45 PM
PMX dan satu menteri tu dah beraya dengan ubi kayu...

PM DSAI n Wife n Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah T20...

ok jer depa makan ubi..

depa blaja idup bawah kemampuan

yg B40 & M40 komplen bila disuruh makan ubi

depa nak makan beras import.. Basmathi

mgkn da bese idup x ukur baju dibadan sendiri  
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 04:02 PM | Show all posts
green~tea replied at 14-4-2024 03:44 PM
Fuh.. bonus weols laki bini adik beradik bakal kencang tahun depan....

kalo o glc..

mgkn gomen ambik lagi banyak dr GLC tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 14-4-2024 04:00 PM
PM DSAI n Wife n Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah T20...

ok jer depa makan ubi..

Mesti la nk guna basmathi..sb nk masak jambalaya hari2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 14-4-2024 03:43 PM
Ai baru nak komen lagu ni...

Harus lah barang2 makan dan EMAS naik meroket...

Nyesalnya la i xbeli masa 260 270. Teringat2 smpai harini. Pattern yg berkenan plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 14-4-2024 03:45 PM
PMX dan satu menteri tu dah beraya dengan ubi kayu...



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 04:28 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 14-4-2024 04:33 PM
anony-mous replied at 14-4-2024 04:15 PM
Nyesalnya la i xbeli masa 260 270. Teringat2 smpai harini. Pattern yg berkenan plak tu

baik ko beli sekarang...

kisah benar kawan2 aku yg tunggu harga turun

bila harga emas..

> RM100 se gram - depa kata akan beli bila harga turun < 100

> RM200 se gram - depa kata akan beli bila harga turun < 200

> RM300 se gram - depa kata akan beli bila harga turun < 300

soon akan hit > 400 se gram

tak pasti depa nak kata apa plak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 04:31 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 14-4-2024 10:40 AM
jika Iran katup Selat Hormuz

crude oil > USD120 per barrel

Maka Malaysia bolehlah cuba menutup haluan kapal laut di Selat Melaka bagi negara-negara yang masih sokong bani israel ... hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072381 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list