View: 4915|Reply: 0
|
Azfar intai peluang beraksi di Singapura
[Copy link]
|
|
AZFAR Arif. FOTO SRI PAHANG FC
Kuantan: Penjaga gol baharu Sri Pahang FC, Azfar Arif akan mempamerkan persembahan menyakinkan jika disenaraikan pada aksi persahabatan berdepan dua kelab dari Singapura di negara berkenaan esok atau Khamis ini.
Justeru, pemain berusia 25 tahun itu berkata, kepercayaan yang diberi barisan kejurulatihan akan dimanfaatkan sebaik mungkin kerana sebelum ini perlawanan lebih kepada berdepan kelab amatur dan skuad bawah 23 Sri Pahang.
"Berdepan dua kelab Singapura, saya percaya persembahan Sri Pahang akan lebih meningkatkan sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia (Liga M) yang dijadualkan bulan depan.
"Sebagai pemain baharu bersama Sri Pahang bagi musim 2024/2025, fokus saya untuk berada dalam kesebelasan utama biarpun turut dibarisi dua penjaga berpengalaman.
"Setakat ini, peluang masih terbuka dan sudah pasti saya mahu menjadi pilihan utama apabila saingan Liga M, khususnya Liga Super bermula nanti.
"Oleh itu saya mengharapkan jika peluang diberikan di Singapura, aksi terbaik akan dipersembahkan untuk menyakini barisan kejurulatihan bahawa saya mampu memikul tanggungjawab selaku penjaga gol utama," katanya.
Di Singapura, skuad kendalian Fandi Ahmad dijadualkan berdepan Albirex Niigata esok manakala Geylang International FC pula Khamis ini.
Selain Azfar, skuad Tok Gajah mengekalkan dua penjaga gol senior dan berpengalaman iaitu Izham Tarmizi Roslan dan Zarif Irfan Hashimuddin.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eraksi-di-singapura |
|
|
|
|
|
|
| |
|