CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6183|Reply: 26

[Dunia] Penganjur siasat kemenangan ‘memalukan’ pelari China

  [Copy link]
Post time 16-4-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Penganjur siasat kemenangan ‘memalukan’ pelari China

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... isan-penamat-weibo/

Oleh KOSMO
16 April 2024, 9:30 am


TIGA pelari Benua Afrika memperlahankan larian ketika menghampiri garisan penamat. – WEIBO

BEIJING – Penganjur acara separa maraton Beijing menyatakan hari ini bahawa mereka melancarkan siasatan selepas rakaman video tular di internet menunjukkan tiga pelari Afrika sengaja memberikan kemenangan kepada peserta China, He Jie.

Klip video perlumbaan kelmarin menunjukkan pelari Kenya, Robert Keter bersama-sama Willy Mnagat dan  Dejene Hailu dari Ethiopia serta pelari tuan rumah, He menghampiri garisan penamat.

Tiga pelari Afrika itu dilihat melambai kepada He di hadapan mereka  sambil memperlahankan larian masing-masing.

He selaku pemenang pingat emas maraton Sukan Asia 2023, menang kejohanan itu dengan kelebihan masa satu saat.

Keempat-empat mereka berlari beriringan sepanjang acara berkenaan sejauh 21 kilometer.

“Kami  sedang menyiasat dan akan mengumumkan keputusan siasatan kepada orang ramai,” kata seorang pegawai Biro Sukan Beijing kepada AFP.

Perkara tersebut turut disahkan oleh penganjur, Pusat Pengurusan Pertandingan Sukan Beijing dan Pusat Pertukaran Antarabangsa.

Insiden itu mendapat perhatian meluas di laman sosial China,  Weibo dengan sebilangan netizen mengkritik kejadian itu sebagai ‘memalukan’.

“Ini sudah tentu kejuaraan yang paling memalukan dalam kerjaya He Jie,” kata seorang netizen.

Mengulas isu tersebut, badan kawal selia acara trek dan lapangan antarabangsa menyatakan, pihaknya ‘sedar’ tentang rakaman tersebut dan siasatan yang dilakukan.

“Integriti sukan kami adalah keutamaan tertinggi. Kami bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan,” kata Pengarah Komunikasi Olahraga Dunia, Jamie Fox kepada AFP.

Acara larian jarak jauh semakin popular dalam kalangan rakyat kelas pertengahan di China, namun terdapat banyak insiden penipuan dan penganjuran yang lemah.

Pada 2018, seramai 258 pelari didapati menipu dengan mengambil jalan pintas pada kejohanan  separa maraton  bandar Shenzhen.

Pada 2019 pula, seorang wanita dirakam menunggang basikal semasa menyertai kejohanan Maraton Antarabangsa Xuzhou di timur China.  – AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 10:51 AM | Show all posts
hahahaha..bangsa perasuah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk videonya
Blah awal tu salah sorang black tu siap suruh lg runner china tu ke depan…nampak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:18 AM | Show all posts
bangsa perasuah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:24 AM | Show all posts
puak2 ni la yang disyorkan jadi pm sebab lebih berintegrity kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:28 AM | Show all posts
s@s@ replied at 16-4-2024 11:24 AM
puak2 ni la yang disyorkan jadi pm sebab lebih berintegrity kononnya

klu x menipu bukan bangsa merekalah...gitu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelari Kenya pun da kira2, duit rasuah lg bnyk drp 1st prize. Baik aku pilih rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:56 AM | Show all posts
-“Integriti sukan kami adalah keutamaan tertinggi. Kami bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan,” kata Pengarah Komunikasi Olahraga Dunia, Jamie Fox kepada AFP.-

sejak bila jamie fox tukar kerjaya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 01:03 PM | Show all posts
bak kata acik forum, kalau tak menipu bukan cina
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tipu, suka rasuah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt memalukan OK, Rakyat China rata2 marah gila
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo.. X cover langsunggg
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ko kenal erti cina dan china??
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:40 PM | Show all posts
Macam-macam hal mereka ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menipu je kejenya. Zaman sekarang camera merata.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jinjang dan offer rasuah berpisah tiada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 03:16 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 16-4-2024 11:56 AM
-“Integriti sukan kami adalah keutamaan tertinggi. Kami bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut ke ...

itu fox ada 2x's- foxx

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:21 PM | Show all posts


Bukan rasyuah tetapi lebih kepada imbuhan motivasi luar jangka. Sampai gitu sekali aku putau ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:30 PM | Show all posts

hehehe
aka Dean 'Motherfucker' Jones










Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-4-2024 11:56 AM
-“Integriti sukan kami adalah keutamaan tertinggi. Kami bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut ke ...

pas nengok hans isaac.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.437480 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list