View: 3364|Reply: 0
|
Klopp berdepan risiko perpisahan memilukan
[Copy link]
|
|
KLOPP berang selepas Liverpool tewas 0-1 di tangan Palace, Ahad lalu. FOTO AFP
Liverpool: Beberapa minggu lalu, Jurgen Klopp dilihat menuju ke musim terakhir gemilang bersama Liverpool, tetapi perbualan mengenai potensi quadruple sudah berakhir apabila matlamat the Reds semakin tersasar.
Liverpool perlu 'mendaki gunung' di suku akhir kedua Liga Europa, awal pagi Jumaat ini berikutan tewas 0-3 di tempat sendiri di tangan Atalanta pada suku akhir pertama, minggu lalu.
Anak buah Klopp turut tersingkir di suku akhir Piala FA apabila tewas 3-4 di tangan Manchester United di Old Trafford, bulan lalu.
Liverpool gagal belajar daripada kekalahan itu apabila seri 2-2 dengan United sebelum kecundang 0-1 di Anfield kepada Crystal Palace dalam dua aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus ketinggalan dua mata di belakang pendahulu yang juga juara bertahan, Manchester City dalam perebutan takhta.
Beberapa faktor dilihat menjadi punca musim terakhir Klopp mungkin berkesudahan dengan kekecewaan.
Tabiat Liverpool gemar bangkit daripada ketinggalan cukup ketara pada musim ini yang dianggap petanda 'kekuatan mental' dicipta Klopp sepanjang rejim di Anfield.
Selepas ketinggalan pada mulanya, mereka meraih 27 menerusi aksi EPL, tetapi tidak bernasib baik menentang Palace pada Ahad lalu.
Dalam semua kejohanan, Liverpool dibolosi awal sebanyak 21 kali sepanjang musim ini.
"Ia adalah kisah sejak beberapa perlawanan terakhir dan itulah sebabnya kami dihukum," kata bek kiri, Andy Robertson.
"Ketika ini, kami bergelut untuk memastikan gawang tidak bolos."
Selain gagal memastikan gawang tidak dibolosi dalam sembilan perlawanan, jentera depan Liverpool turut buntu menemui sasaran.
Dalam enam aksi terakhir EPL, juara Inggeris 19 kali itu hanya menjaringkan sembilan gol daripada 149 percubaan iaitu enam peratus sahaja, yang mungkin peratusan terburuk mereka di EPL.
Mohamed Salah dilihat kurang menyerlah sejak pulih daripada kecederaan hamstring dialami ketika kempen Piala Negara Afrika.
Manakala Diogo Jota yang dianggap pemusnah semula jadi di kelab itu, baru saja kembali beraksi selepas tersisij selama dua bulan.
Luis Diaz, Darwin Nunez dan Cody Gakpo berganding menjaringkan 45 gol musim ini, tetapi mereka tetap tidak konsisten di depan gol.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erpisahan-memilukan |
|
|
|
|
|
|
| |
|