View: 8387|Reply: 0
|
Kane tidak sabar jumpa Bellingham
[Copy link]
|
|
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane (kanan) mengatasi cabaran pertahanan Arsenal, Ben White pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Allianz Arena, Munich awal pagi tadi. – Foto AFP
MUNICH: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane tidak sabar menghadapi pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara dengan Real Madrid, kelab rakan sepasukan England, Jude Bellingham dan menyatakan "itulah sebabnya kami berpindah ke luar negara."
Bayern menundukkan Arsenal 1-0 di laman sendiri awal pagi tadi menerusi gol Joshua Kimmich pada babak kedua aksi suku akhir bagi kemenangan 3-2 secara agregat.
Kemenangan itu membolehkan pasukan Kane layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2020, apabila kelab itu memenangi treble.
Mereka akan berdepan Real Madrid, yang menyingkirkan juara bertahan Manchester City menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi.
Kane meninggalkan kelab masa kecilnya Tottenham untuk berpindah ke Bayern pada musim panas sama ketika Bellingham berpindah dari Borussia Dortmund ke kelab gergasi Sepanyol itu.
Bintang Real Madrid, Jude Bellingham (tengah) meraikan kejayaan pasukannya layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City di Stadium Etihad, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Kapten England itu, yang akan beraksi di samping Bellingham pada Kejohanan Eropah di Jerman pada musim panas akan datang berkata, dia berpindah untuk menikmati suasana sebegitu.
"Inilah pengalaman yang saya fikir menjadi penyebab kami berpindah ke luar negara. Untuk cuba dan meraihnya, untuk beraksi pada malam sebesar ini," katanya.
Kane berkata, melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara tahun ini, yang akan diadakan di Wembley, adalah impian Bellingham dan dirinya.
"Bagi kami sudah tentu. Ia akan diadakan di stadium kebangsaan kami jadi ia satu motivasi tambahan untuk cuba dan pergi ke sana dan meraihnya.
"Tetapi anda tahu kami masih ada dua perlawanan menanti yang pasti amat sukar dan kami perlu fokus terhadapnya." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ar-jumpa-bellingham |
|
|
|
|
|
|
| |
|