View: 9396|Reply: 0
|
Bukan mudah tundukkan Malaysia - Kapadze
[Copy link]
|
|
PENYERANG skuad B-23 negara, Fergus Tierney (kiri) cuba melepasi pemain Uzbekistan pada perlawanan malam tadi. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Uzbekistan, Timur Kapadze mengakui bukan mudah untuk menumpaskan Malaysia pada aksi sulung Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar, malam tadi.
Kapadze berkata, walaupun akhirnya menang 2-0, barisan anak buahnya tidak mempamerkan aksi diharapkan sehingga gawang mereka hampir dibolosi.
Katanya, aksi pertama dalam pertandingan kebiasaannya akan menjadi satu kesukaran buat mana-mana pasukan, namun beliau lega apabila pasukan kendaliannya mampu meraih tiga mata.
"Kami boleh bermain dengan lebih baik daripada itu (perlawanan menentang Malaysia). Tetapi permulaan pertandingan tidak selalunya mudah.
"Paling penting, kami memulakan perlawanan pertama dengan kemenangan," katanya ketika ditemu bual menerusi laman sosial rasmi pasukan bola sepak Uzbekistan.
Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, skuad Harimau Muda bimbingan Juan Torres Garrido ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan pemain pertahanan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pengadil Ahmed Faisal Al Ali dari Jordan tidak teragak-agak meniupkan wisel dan melayangkan kad kuning pada Muhamad Syahir sebelum ketua pasukan Uzbekistan, Jasurbek Jaloliddinov tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11 untuk meletakkan juara edisi 2018 itu depan.
Memasuki 10 minit terakhir permainan, kesilapan mudah sekali lagi menghukum Malaysia selepas hantaran pemain gantian, Muhammad Abu Khalil dipintas Husain Norchaev yang melorongkan bola kepada pemain gantian Ulug'bek Khoshimov yang merembat masuk gol kedua Uzbekistan.
Skuad muda negara dijadualkan akan bertemu naib juara Piala Asia 2018 iaitu Vietnam manakala Uzbekistan akan menguji Kuwait pada Sabtu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-malaysia-kapadze |
|
|
|
|
|
|
| |
|