CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7833|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hina Islam: Bekas juruteknik sekali lagi didakwa, tukar pengakuan tidak bersalah

[Copy link]
Post time 18-4-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Chiok Wai Loong

Kuala Lumpur: Bekas juruteknik aplikasi sosial sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya, Mac lalu.

Bagaimanapun, Chiok Wai Loong, 35, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan semula jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya melalui Facebook menggunakan nama profil 'Chiok Wai Loong' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 18 Mac lalu.

Pendakwaan mengikut Perenggan 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

"Syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak membuat hantaran berhubung kes ini sehingga perbicaraan selesai," katanya.

Namun, peguam yang mewakili Chiok, Latheefa Koya memohon jaminan tidak lebih RM4,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

"Anak guam tak berkemampuan dan sekarang tak bekerja selepas sabitan, selain tinggal dengan bapa berusia lingkungan 60-an yang tiada kerja tetap.

"Saya terkejut ada syarat tambahan kerana kesalahan ini boleh dijamin, sepatutnya tiada syarat lain.

"Anak guam memberi kerjasama penuh sejak mula dibawa dari mahkamah. Dia bankrap dan tidak akan ke mana-mana," katanya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Siti Aminah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa sebarang syarat tambahan dan menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Ketika prosiding semakan pengakuan salah tertuduh pagi tadi, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussain yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap lelaki itu selepas mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan Chiok supaya pengakuan salah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan sebelum ini adalah bukan akuan jelas, tanpa bersyarat dan tidak boleh diterima.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki itu mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kar-pengakuan-tidak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list