CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10798|Reply: 2

[Jenayah] Mangsa gangguan seksual di Hospital Ipoh diminta buat laporan

[Copy link]
Post time 19-4-2024 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 09:55 AM

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.

Pengarah JKN Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata mangsa perlu mengemukakan bersama bukti serta saksi untuk siasatan lanjut.

Jawatankuasa Siasatan Bebas yang ditubuhkan susulan kes surat tular itu bagaimanapun sudah selesai melaksanakan siasatan berhubung kes gangguan seksual dan ugutan itu, selain laporan jawatankuasa siasatan itu juga sudah dikemukakan kepada pihaknya.

"Selain itu, anggota KKM juga boleh melapor sebarang bentuk buli di tempat kerja melalui sistem MyHelp KKM yang boleh dicapai di https://myhelp.spab.gov.my," katanya dalam kenyataan.

Sebagai langkah penambahbaikan, JKN Perak sudah mengadakan sesi libat urus dengan pakar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah di HRPB.

Pada 26 Mac lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis belum menerima laporan mana-mana mangsa berkaitan isu surat layang tular terbabit yang dikatakan diterima melalui pos pada 28 Februari lalu.

Mohd Yusri dilapor berkata sebaliknya, laporan polis mengenai isu itu hanya diterima daripada lima doktor yang nama mereka dikaitkan dengan tohmahan surat layang terbabit.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya dunia ini.

Mangsa pula disusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 10:06 PM | Show all posts
banyak mangsa tak berani nak buat laporan polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.108675 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list