View: 8224|Reply: 0
|
Nelson tiba Rabu ini sebagai Pengarah Teknikal KDA FC
[Copy link]
|
|
NELSON bakal memulakan karier baharunya sebagai Pengarah Teknikal KDA FC pada musim ini. FOTO Ihsan KDA FC
Alor Setar: Legenda import Kedah era 'Double Treble', Nelson San Martin yang dilantik sebagai Pengarah Teknikal KDA FC bakal memulakan tugasnya dalam kancah bola sepak dan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.
Menurut maklumat yang dikeluarkan media Sang Kenari hari ini, bekas pemain berusia 43 tahun ini bakal tiba di Kedah dari Chile Rabu ini untuk sekali lagi menabur bakti di negeri berkenaan.
"Ketibaan Nelson San Martin di Alor Setar dijadualkan pada 24 April ini iaitu pada hari Rabu pada jam 2 petang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas, Alor Setar.
"Selepas pemilik KDA FC Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengumumkan nama beliau sebagai penyandang jawatan Pengarah Teknikal KDA FC, peminat-peminat kini tidak sabar menantikan lagenda bola sepak Kedah itu
"Kehadiran Nelson dengan tugas utama adalah untuk merangka struktur pembangunan di peringkat akar umbi iaitu dari pasukan bawah umur seluruh Kedah, sambil dibantu oleh barisan jurulatih pasukan pembangunan KDA FC.
"Nelson yang mempunyai Lesen Pro A Diploma ini akan mula melaporkan diri bersama kelab dan seterusnya merangka perjalanan baru penstrukturan pembangunan pemain serta hala tuju bidang pembangunan," katanya.
KDA FC juga menyeru penyokong Sang Kenari agar tampil memberi sambutan ketibaan Nelson sebagai tanda sokongan serta membalas jasa yang beliau curahkan kepada pasukan Kedah di zamannya satu ketika dahulu.
Dalam perkembangan yang sama, pemilik KDA FC, Daud juga berharap dengan kembalinya Nelson ke Kedah, aura kejayaan seperti mana dikecapi Kedah pada musim 2007 dan 2008 dapat dinaikkan kembali buat pasukan yang akan berjuang pada saingan Liga M pada musim ini.
"Kehadiran Nelson mampu membantu mengembalikan semula semangat dan kegemilangan yang diperlukan Sang Kenari pada musim ini seperti mana yang pernah diraih pasukan pada suatu ketika dahulu," katanya.
Nelson menjulang kejayaan 'Double Treble' pada tahun 2007 dan 2008 sebelum beliau berhijrah ke beberapa kelab luar di Thailand, Singapura dan Chile.
Beliau kembali bersama Kedah pada 2013 sebelum menamatkan karier pada 2015 bersama skuad T-Team di Terengganu.
Khidmat Nelson sebagai jurulatih di Malaysia sebelum ini bermula pada musim 2020 apabila beliau menggalas jawatan sebagai Ketua Jurulatih kelab berpangkalan di Langkawi iaitu Langkawi City sebelum liga terhenti seketika akibat wabak Covid-19.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rah-teknikal-kda-fc |
|
|
|
|
|
|
| |
|