CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11091|Reply: 0

[Sarawak] Penyerahan projek menukar bangunan lama DUN kepada Balai Kesenian Sarawak, 2 Mei

[Copy link]
Post time 21-4-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (kanan) dan Snowdan (dua kanan) menyertai tarian semasa persembahan ‘mukun’ hari ini. – Foto Ukas

KUCHING: Penyerahan projek menukar bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Balai Kesenian Sarawak akan berlangsung pada 2 Mei depan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu dipetik berkata demikian dalam kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sebagai berkata projek itu dijangka mengambil masa kira-kira dua setengah tahun untuk disiapkan.

“Projek Pusat Kesenian Sarawak di bangunan lama DUN akan diserahkan kepada kontraktor yang berkebolehan untuk mengubah tempat itu menjadi Pusat Seni Sarawak pada awal Mei dan dijangka mengambil masa dua setengah tahun untuk siap, ” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Majlis Kesenian Sarawak (MKS) di sini hari ini.

Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal hadir menyaksikan penyerahan projek kepada kontraktor.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata Kerajaan Sarawak akan membiayai sepenuhnya pelaksanaan projek itu yang dianggarkan menelan belanja lebih RM100 juta.

“Kos untuk kerja-kerja pengubahsuaian bangunan DUN (lama) dan bangunan ‘lapau’ (lama) bersebelahannya bakal memakan kos melebihi RM100 juta, yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Dalam laporan tersebut, dinyatakan empat syarikat akan terlibat dalam menguruskan projek itu.

Pada majlis itu, Abdul Karim dan Timbalannya Datuk Snowdan Lawan turut menyertai tarian persembahan ‘mukun’ yang menjadi acara kemuncak majlis.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MKS Dayang Mariana Abang Bolhassan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) Datu Sherrina Hussaini bersama tetamu lainnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051302 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list