CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5641|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jom 'plogging'

[Copy link]
Post time 22-4-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Nik Nazmi (kanan) dan Bergstrom (dua dari kanan) menyertai program ‘plogging’ sempena Hari Bumi 2024 di Kebun Bandar Sungai Bunus, hari ini. - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Aktiviti 'plogging' atau beriadah sambil mengutip sampah yang lazim dilaksanakan di Sweden, dilihat mampu memberi impak positif terhadap kelestarian alam sekitar di negara ini jika ia dijalankan secara meluas.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata aktiviti itu juga dapat memupuk semangat kekitaan serta penghayatan terhadap aspek penjagaan alam sekitar dalam masyarakat.

"Kita tahu sekarang ada permintaan tinggi untuk aktiviti fizikal dan riadah. Ketika ini, kita lihat di sekitar taman-taman, hutan-hutan bandar atau 'urban forest' dan sebagainya, memang banyak aktiviti riadah dijalankan.

"Malah, kita juga tahu ada beberapa tempat yang masih berdepan masalah sampah dan kebersihan. Oleh itu, jika kita menggabungkan kedua-dua aktiviti itu (beriadah sambil mengutip sampah), bagi saya ia akan memberi impak lebih positif kepada alam sekitar," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program 'plogging' sempena Hari Bumi 2024 bertema 'Planet vs Plastic' anjuran Kedutaan Sweden di Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di Kebun Bandar Sungai Bunus, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom, dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama, Nasriah Darus.

Selain itu, Nik Nazmi berkata, pihaknya juga sentiasa mencari ruang dan platform bagi melaksanakan jalinan kerjasama dalam menggerakkan program kelestarian alam sekitar.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan adalah antara rakan kongsi yang banyak dilibatkan dalam program alam sekitar, bagi memastikan elemen kelestarian alam boleh diterapkan dalam kalangan pelajar melalui pelaksanaan aktiviti di sekolah.

"Kita pun tahu kesedaran dalam kalangan anak muda adalah sangat tinggi berhubung isu alam sekitar, jadi kalau boleh kita mahu kembangkan serta terapkan lagi. Kita mahu kesedaran itu ada di seluruh negara, bukan di tempat-tempat tertentu sahaja," katanya.

Terdahulu, Nik Nazmi menyertai aktiviti 'plogging' bersama pelajar sekolah, warga kerja Bernama serta pegawai kedutaan dan kementerian. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... 237642/jom-plogging
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.693284 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list