CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5893|Reply: 0

Kuku jari punca Coventry kecewa

[Copy link]
Post time 22-4-2024 02:45 PM | Show all posts |Read mode

ROBINS menenangkan pemainnya selepas tamat perlawanan menentang United. FOTO AFP

London: Mark Robins berjenaka dengan mengatakan Coventry akan mara ke final Piala FA jika Haji Wright memotong kuku jarinya selepas kelab Divisyen Dua itu berdepan kekecewaan dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley.

Selepas Coventry bangkit daripada ketinggalan 0-3 untuk mengheret Manchester United beraksi di masa tambahan, pemain gantian Victor Torp menjaringkan gol namun dibatalkan selepas VAR mendapati Wright yang melakukan hantaran silang kepada Thorp didapati ofsaid terlebih dahulu.

"Jika dia memotong kuku jarinya kami tidak akan berkata mengenai penalti," kata pengurus Sky Blues, Robins yang mencipta nama ketika United menjulang trofi itu pada 1990.

"Prestasi kami akan menjadi buah mulut untuk tempoh yang lama. Kami kecewa tetapi tidak perlu terlalu bersedih. Pada tempoh sejam terakhir kami beraksi seperti United dan itu membanggakan saya."

Robins menambah: "Mereka fikir mereka sudah menang dan ketika 3-0 anda boleh maafkan mereka. United mula keletihan dan kami memanfaatkan situasi itu.

"Ofsaid itu memberikan kesan. Kami hanya 20 saat daripada mara ke final Piala FA dan kemudiannya penentuan penalti tidak memihak kami."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nca-coventry-kecewa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.073015 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list