CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22313|Reply: 0

[Sabah] Cari formula terbaik gantikan ruangan 'Lain-Lain' dalam mendapatkan maklumat kaum

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:18 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Ewon (kiri) ketika berada dalam DUN Sabah.

KOTA  KINABALU: Kerajaan negeri perlu bersedia bersedia memulakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk di pihak kerajaan Persekutuan bagi mencari formula terbaik menggantikan ruangan 'Lain-Lain' dalam borang rasmi.

Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) berkata, ruangan itu sehingga kini digunakan dalam beberapa borang rasmi yang bertujuan mendapatkan maklumat kaum.

"Selain daripada Melayu, Cina dan India, maklumat kaum yang selebihnya ditanyakan sebagai 'Lain-Lain'," katanya pada perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata, adalah wajar ruangan 'Lain-Lain' digantikan kepada istilah rumpun etnik yang lebih realistik dan progresif.

"Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan Sabah dan Dewan yang mulia ini agar rumpun etnik Orang Asal di Sabah dihimpunkan sebagai rumpun Momogun, seterusnya rumpun ini digunakan menggantikan ruangan 'Lain-Lain' dalam borang-borang rasmi kerajaan.

"Kerajaan Malaysia merupakan antara yang menandatangani United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP).

"Manakala Sabah pula mempunyai demografi Orang Asal yang besar. Pada saya, meletakkan istilah 'Lain-Lain' dalam borang-borang rasmi kerajaan tidak menggambarkan penghormatan kepada rumpun Orang Asal," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, proses itu perlu bermula daripada peringkat kerajaan negeri.

"Justeru, saya mencadangkan agar perbincangan rasmi dapat dimulakan untuk menimbang syor-syor daripada pelbagai pihak termasuk cadangan saya tadi untuk merumpunkan Orang Asal ini sebagai Momogun," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.417968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list