CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24013|Reply: 0

[Sarawak] Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu 2024 pada 25 Mei ini

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode


Chambai (tengah) menyampaikan tanda penghargaan kepada pengadil yang terlibat dalam Pertandingan Badminton Piala SDNU Sibu 2024.

SIBU: Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu 2024 akan diadakan pada 25 Mei ini.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong berkata, majlis akan diadakan bertempat di Hotel Kingwood jam 6.30 petang.

"Setakat ini sebanyak 144 tiket meja telah habis dijual tak sampai dua minggu. Tetamu kehormat majlis itu nanti ialah Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis penutupan Pertandingan Badminton Piala SDNU Sibu 2024 di Dewan SMK Bukit Assek, pada Ahad.

Beliau berkata, tetamu serta kenamaan lain dari kawasan Lembah Rejang juga dijemput pada majlis tersebut.

Menurutnya lagi, majlis akan dimeriahkan lagi dengan acara tumpuan iaitu pertandingan Kumang Gawai yang diadakan semula selepas dua tiga tahun tidak dianjurkan.

Sementara itu, Chambai berkata, SDNU Sibu akan mengadakan sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya di Sibu pada 7 Disember ini.

"Kita sudah merancang untuk menyambutnya pada tarikh tersebut kerana SDNU Sibu mula didaftarkan pada 7 Disember 1974.

"Banyak aktiviti akan diadakan yang sudah dirancang dan buat masa ini saya dedahkan untuk perhatian orang ramai dulu.

"Bila tiba masanya kelak, kita akan hebahkannya untuk meminta sokongan orang ramai bagi bersama-sama menjayakan sambutannya," tambahnya lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list