CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 577|Reply: 0

[Sabah] Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:21 PM | Show all posts |Read mode


KUNJUNGAN: Hajiji (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Simon sempena kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Simon Fellows berkata, Sabah dan Australia mempunyai hubungan yang sangat lama dan kukuh.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Australia memberi tumpuan utama kepada usaha untuk mengukuhkan perniagaan di Asia Tenggara, Malaysia dan tentunya Sabah.

"Sabah juga mempunyai daya tarikan pelancongan yang bertaraf dunia," katanya ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini hari ini.

Simon berada di Sabah bagi menghadiri acara tahunan Sambutan Hari Anzac di Sandakan pada Khamis.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Sabah mengamalkan dasar pintu terbuka untuk pelabur datang ke negeri ini.

"Australia dialu-alukan untuk melihat peluang perniagaan di Sabah serta bidang pembangunan yang menjadi tumpuan kerajaan untuk meneroka potensi ekonomi negeri," katanya.

Pada kunjungan itu, Simon diiringi oleh Penolong Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Michael Edward; Setiausaha Pertama Michelle Hugh dan Konsul Kehormat Australia di Sabah Datuk Andrew Sim.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.069997 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list