View: 5949|Reply: 0
|
Haaland cetus resah Man City
[Copy link]
|
|
ERLING Haaland. FOTO AFP
London: Pep Guardiola pasti resah memikirkan tahap kecergasan Erling Haaland dan Phil Foden selepas kedua-dua bintang Manchester City itu tidak turun menjalani latihan menjelang aksi bertemu Brighton awal pagi Jumaat ini.
Kunjungan City ke Stadium Amex boleh menjadi penentu dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama-sama Arsenal dan Liverpool.
Penyerang Norway, Haaland diragui dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan otot.
Dia meminta pengurus, Pep Guardiola dikeluarkan semasa perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid dan terlepas aksi separuh akhir Piala FA ketika meraih kemenangan ke atas Chelsea di Wembley.
Bercakap mengenai bekas tonggak Borussia Dortmund itu pada hujung minggu lalu, Guardiola memberitahu BBC Sport: "Dia (Haaland) cedera.
"Saya rasa ia tidak serius. Saya tidak tahu (sama ada dia akan kembali beraksi untuk perlawanan seterusnya)," katanya.
Bagi Foden, dia tampil sepanjang perlawanan dengan Chelsea, tetapi tidak hadir ketika sesi latihan semalam, lapor Manchester Evening News.
Masih tidak pasti mengapa pemain antarabangsa England itu tidak turun ketika sesi latihan itu.
Namun perkembangan positif untuk City ialah pemain pertahanan, John Stones hadir pada sesi latihan selepas digugurkan ketika bertemu Blues.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... etus-resah-man-city |
|
|
|
|
|
|
| |
|