CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2679|Reply: 0

[Sarawak] Membaca 10 minit sehari perkaya minda dan kreativiti

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:23 PM | Show all posts |Read mode


(Belakang) Fairuz (kanan) dan Stanley (dua kiri) merakam gambar kenangan bersama pemenang kategori Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif 2023 semalam.

SIBU: Meluangkan masa untuk membaca hanya 10 minit setiap hari sangat membantu untuk memperkayakan minda dan kreativiti seseorang.

Pengurus Wilayah Pustaka Sarawak Sibu Fairul Azli Banchit berkata Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024 dapat membuka pintu kepada ilmu, pengalaman dan perspektif baharu.

“Masa 10 minit mungkin kelihatan seperti sedikit  tetapi jika diamalkan untuk membaca setiap hari dalam jangka panjang ia boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan kita.

"Masa yang kita luangkan untuk membaca adalah pelaburan terbaik yang boleh kita berikan kepada diri sendiri kerana membaca memperkayakan minda dan merangsang kemahiran berfikir," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024 di sini, semalam.

Acara itu turut melibatkan penyerahan Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif bagi buku terbanyak dibaca pada tahun lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah ketua masyarakat Temenggung Stanley Geramong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list