CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 0

[Melaka] Warga emas dilempar 'sambal tumis', dihentak kerusi plastik sebelum disamun

[Copy link]
Post time 25-4-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode

JASIN: Lelaki warga emas yang terlantar sakit akibat kemalangan menjadi mangsa samun dalam kejadian di Kampung Ayer Tawar, Merlimau, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mangsa berusia 61 tahun itu turut dilempar dengan sambal tumis oleh suspek lelaki serta dihentak dengan kerusi plastik hingga cedera.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan polis mendapati sewaktu kejadian mangsa sedang berbaring sendirian di katil berdekatan pintu belakang rumahnya.

Beliau berkata, tiba-tiba muncul seorang lelaki dengan memakai topi keledar dan pelitup muka bertindak membaling cecair lada disyaki sambal tumis ke muka mangsa.


"Suspek terbabit kemudiannya bertindak agresif dengan menampar mangsa sebelum menghentaknya dengan kerusi plastik bertubi-tubi.

"Mangsa cuba menahan tetapi tidak berdaya hingga cedera di kepala akibat hentakan itu serta menjerit meminta tolong, namun tiada sesiapa yang datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Jamil berkata, suspek kemudiannya mengambil beg sandang mangsa mengandungi dompet berisi wang RM400, empat kad juruwang automatik (ATM), kad pengenalan serta lesen memandu dan terus melarikan diri.

"Siasatan mendapati mangsa tidak bekerja akibat kemalangan dan mengalami kesukaran berjalan. Jarak tempat kejadian dengan jalan utama lebih kurang 500 meter," katanya.

Beliau berkata, polis kini memburu suspek dipercayai lelaki tempatan berusia 30-an serta berbadan gempal dan sesiapa yang mengetahui kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan samun tanpa senjata," katanya sambil menegaskan siasatan mendapati tiada penggunaan senjata dalam kejadian samun itu.

https://www.bharian.com.my/berit ... tik-sebelum-disamun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.061244 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list