CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
 Author| Post time 7-7-2012 12:25 PM | Show all posts
Cerita En. Nazim5123  (Kisah Ke13)

Tempat = mungkin perak
Masa = tengah malam
Ahli = geng berangan jadi kaya cara mudah
Suspek = jin kaki tipu kot saya jumpa jin ni terus terang saya lempang jin bangsa kurang hajar mcm ni

salam dah lama saya tidak menulis disini

kesibukan saya kebelakangan ini telah membantutkan kelapangan saya untuk menulis disini. sehinggakan kisah saya sebagi seoran security terpaksa saya tunda untuk seketika.

jangan risau bukan berhenti menulis sekadar menunda sahaja.

baru baru ini ada seorang forumer yang bertanyakan saya berkenaan toyol.

sebenarnya banyak kisah yang saya tau berkenaan toyol. namun dimalam ini saya tidak bercadang untuk menceritakan berkenaan dengan toyol.

tapi saya ingin menceritakan dengan tarik duit.

mungkin anda pernah dengar kisah tarik duit dan upacara yang mereka lakukan untuk menarik duit.iaitu satu cara batin untuk mendapatkan kekayaan.

kisah ini diceritakan sendiri oleh rakan saya yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral ini.

disini saya namakan rakan saya ini dengan nama irun

ceritanya bermula begini......

irun adalah seorang yang bekerja sebagai petani.

kegigihan beliau sebagai petani menjadi satu punca sumber pendapatan utama nya untuk membesarkan anak anaknya.

selain itu juga irun ini mempunyai kegemaran menarik duit dari alam ghaib.

pada satu hari beliau telah mencari saya. masih ingat lagi dibenak saya ketika saya menulis kisah ini irun tergesa gesa mencari saya dirumah diwaktu malam.

"assalamualaikum........" irun mengucap salam dari luar rumah saya. suara irun ini mudah saya kenal kerana suaranya agak halus dan agak sengau. mungkin seperti suara seorang aktress hong kong yang pendek dan lupa saya akan nama nya.

"waalaikum salam" jawab saya lalu membuka pintu

"kau ke run naiklah ada cerita pe malam malam buta ni datang rumah aku ni"tanya saya kepadanya

irun menaiki tangga rumah saya dan terus masuk melalui tubuh saya yang tercegat dipintu menantikan kehadirannya.

"syam aku dengar dulu kau cerita arwah datuk kau ada simpan 2 biji batu delima yang direndam dalam air merah betul ker?"tanya nya kepada saya sambil menghempaskan punggungnya kekerusi empuk dirumah saya.

"haah ada tapi cerita dululah zaman ntah berentah"jawab saya bersahaja. saya memang malas nak melayannya kot dia cerita kisah ini memang saya dah tau kot bukan duit tarik mesti no ekor yang di hajatkannya dengan penggunaan barang mistik ini.

"dah tu barang tu kemana"tanya nya kepada saya

"kan aku dah cerita dulu barang tu datuk aku simpan dalam timba yang berisi air dan seluruh timba jadi warna merah.lepas tu ada sekor bapak jagur pergi terajang timba tu jatuh air dan batu tu ketanah. datuk aku cuba cari tak jumpa" jawab saya bersahaja.

"mcm nilah syam apa kata kita pergi jumpa guru aku?"usul run kepada saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2012 12:27 PM | Show all posts
sambungan...............

"nak buat apa?"tanya saya pendek kepadanya

"biar guru aku scan benda tu ada kat situ tak?aku pasti mahkluk halus sembunyikan benda tu.sebab guru aku ada cakap benda tu memang ada situ tapi dia kena jumpa dengan waris dari keluarga tu untuk rebut balik benda tu dari situ."jawabnya meyakinkan

"mcmnilah run aku bukan taknak tolong kau tapi aku taknak terlibat dengan benda mcm ni"saya menjawab dengan nada lemah

"ish kau ni syam kau tau tak dengan memiliki batu delima tu kita boleh buat tarik duit dan kita boleh jadi kaya raya. kau takkan taknak jadi kaya kot?"tanya nya kepada saya dengan nada cuba meyakinkan saya.

"run manusia mana taknak jadi kaya tak terkecuali aku juga nak jadi kaya.tapi kau fikirlah sendiri apa guna kita jadi kaya dengan cara mcm ni kau dah lupa ke apa jadi dengan mbah kau?"saya menjawab dengan nada memujuk

"syam kita kawan kawan gak tapi kau jangan sebut kisah embah aku tu dia dah ninggal. tak baik kau cerita kisah orang yang dah niggal ni"run mula menggunakan nada keras apabila saya menyebut tentang datuknya. insyaallah dimasa lain saya akan ceritakan pula kisah embah irun ini.

"kau ni run cubalah kau fikir kau dah berapa lama berkecimpung dengan bidang ni?"tanya saya dengan nada yang sengaja saya tinggikan.

"lebih kurang dah 7 tahun"jawabnya pendek

"dah berapa juta kau dapat run?"tanya saya lagi

"memang sekarang aku tak dapat tapi nanti aku pasti satu hari nanti aku pasti akan perolehi duit tarik itu."jawabnya dengan penuh yakin

"dan dah berapa orang kau dengar orang dapat duit tarik tu?".tanya saya lagi

"syam kau ni memang tak ikut perkembangan semasa betullah, kau tau tak sultan pahang dah dapat 5j pakai duit yasin 7,dato zainal dah dapat 11j dapat duit tarik pakai quan istanbul........"

belum habis irun menghabiskan kata katanya saya terus memintas........

"kau memang sultan pahanglah, dato zainallah lagi sapa michael jacksonlah habis kau jual nama depa tu.run kau tautak sultan pahang tu tak payah tarik duit dia jual jer konsesi balak pahang tu berpuluh juta dia dapat, dato zainal tak payah tarik duit dia jual tanah belakang kampung kita tu beratus juta dia dapat tau.nasib baik kau tak pernah cakap sultan brunai tarik duit ............"

belum habis saya menghabiskan ayat saya run dnegan nada marah terus berkata kepada saya

"kau ni syam kot tak percaya udahlah kot dah taknak tolong janganlah hina aku. aku percaya apa aku percaya, kau ni langsung tak boleh buat berikhtiar"marah irun kepada saya

"kau yelah tak pernah nampak duit naik setumpuk tumpuk dari lantai,tak pernah lihat duit tarik melayang layang turun dari langit sebab tu kau tak percaya , mcm aku memang dah pernah tengok. tulah aku suruh kau ikut degil taknak dok rumah jer mcm anak dara bunting sulung"kutuk dia kepada saya

saya hanya mendiamkan diri, memang tak guna cakap dnegan orang fanatik ni.huhuhuhuhu

kalau dilayan makin baran nanti diani tapi dalam hati saya hendak saya katakan kepadanya itu permainan syaitan........

tapi kalau saya kata saya benar benar pasti dia akan semakin marah

keadaan malam itu agak tegang kami berdua diam suara cengkerik bermain riang diluar rumah. ntahlah mungkin waktu senja tadi saya terambil air kot. sehingga cengkerik menagih balik air yang saya ambil.

seketika kemudian irun mula bersuara balik dengan nada lembut"syam tak silap aku pakcik kau ada simpan timbang lama tu boleh aku pinjam"

"nak buat apa?"soal saya kepadanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:28 PM | Show all posts
sambungan............

"nak buat turun nombor ekor"jawabnya bersahaja

"dahlah run kau insaflah dah lah tarik duit ni nak turun no pulak kau ni inagatlah sikit mati run"nasihat saya kepadanya

"alah syam kau pujuk jelah pakcik kau tu"rayu nya kepada saya

"sudah aku tak nak bersubahat dengan dosa besarni, kau tautak berjudi tu besar dosanya?"tanya saya kepadanya

"alah syam sekali je kita buat nanti kita taubatlah bukankah tuhan itu maha pengampun"jelasnya kepada saya

seperti ustaz lagaknya bila ia sebut tuhan yang maha pengampun tu......

"itu benar baik sekarang kau berjudi dah tu dosa kau taubat tuhan ampunkan dosakau dah tu yang duit no tu dari sumber yang haram rezeki tu pun jadi haram............."belum habis saya memberi penjelasan beliau terus memotong

"masalah bab tu kau jangan risau serah kat aku, kau cuba baca balik al quran bukankah tuhan telah firman dalam alquran bahawa diwajibkan zakat keatas harta untuk menyucikan harta tersebut,jadi kita bayaq jelah zakat dengan sendiri harta tu akan suci seperti dari sumber yang halal"dengan meyakinkan ia menerangkan pada saya

kot tadi macam ustaz sekarang serasa saya sedang berhadapan muftilak siap kuar ayat quran hadis bagai. memang dasar manusia yang nak menghalalkan apa yang haram ntah mana ayat al quran dipusingkan nya ikut sedap bapak dia terjemah je.

"run dalam hukum fiqh harta wajib zakat tu emas, perak, tanaman, binatang ternakan , dan hasil perniagaan.ada ke tuhan firman atau nabi sabda duit hasil judi tu wajib zakat? yang aku tau zakat ni sedekah kalau ikut kata imam al ghazali dalam bab mereka yang terpedaya dalam amal. seseorang yang bersedekah dengan harta yang haram lebih baik lagi dia tak payah bersedekah dan lebih afdhal lagi dia tinggalkan punca pencarian yang haram itu dari dia bersedekah dengan hasil yang haram"jelas sya panjang lebar padanya.

ambik kau saya pulak berlagak mcm syeikhul islam.ini jer ubat untuk ajar orang yang mcm ni takder cara lain rasanya

run terdiam tak bersuara.......

saya terus menyambung.......

"kau tau run kau tarik duit dah tu kau dapat duit tarik katakan dari alam ghaib.kau ingat makhluk ghaib tu tak minta apa apa balasan ke?kau fikirlah run mana mungkin ada orang sanggup melakukan sesuatu tanpa balasan.fikirlah run masak masak"jelas saya kepadanya

"kau tau tak run sebelum korang berjaya tarik duit tok guru tarik duit kau dulu yang lebih dulu dapat tarik duit......."

belum habis saya berkata run terus menyambung kata kata saya.....

"betul tu syam tok guru aku siap ada dua buah bmw bini siap ada dua lagi rumah banglo.........."

belum habis dia menyambung kata kata nya saya terus menyergahnya

"ye memang berjaya berjaya tarik duit pengeras orang yang nak tarik duit tu mcm kau ni......." marah saya kepadanya

terus terang saya katakan sikap run yang terlalu keras kepala untuk mendengar nasihat benar benar membuatkan saya bengang....

"dah lah syam aku nak balik dulu........"run berkata pendek kepada saya.

tanpa bersalam dia terus bangun dan meninggalkan saya melalui pintu rumah saya dan menuruni tangga batu rumah saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:29 PM | Show all posts
sambungan............

saya mengekorinya dari belakang. ternyata beliau agak tergesa gesa. hanya kelibatnya menghidupkan motorsikal buruknya yang dapat saya nampak didalam gelap.

enjin motorsikalnya berbunyi menderam dan dengan cepat dia terus meninggalkan halaman rumah saya.

saya hanya mampun menggelengkan kepala melihat kedegilannya yang tetap keras kepala enggan menerima sepatah pun kata saya.

walau telah ntah keberapa kalinya dia gagal dia tetap terus juga untuk melaksanakan projek merepeknya yang disangkan boleh mendatangkan kekayaan segera kpadanya.

sehinggakan tanah pusaka dihujung kampung dijualnya gara gara untuk pelaburan yang ntah hapa hapa.

....................

beberapa hari kemudian samad kawan satu syarikat yang menjalankan projek haram tarik duit datang mencari run.

"run run aku ada berita baik ni."samad menyapa run yang sedang sibuk mengopek kelapa di kebun wakaf masjid

"baik apa pulak kau dah dapat barang ke?"tanya run sambil meleemparkan sebiji kelapa yang sudah siap dikopek

"inilah yang aku nak ceritani ali dah dapat barang rantai **** tunggal kebal kulit"samad bercerita termengah mengah

mungkin jalan untuk masuk kekebun yang semak itu mmebuat kan mengah samad tak hilang hilang lagi

"tinggi tinggi simatahari anak kerbau mati tertambat,sudah lama hamba mencari baru kini hamba mendapat"run berpantun

"kau ni berpantun pula sapa yang nak masuk nama ni aku dah nampak kaya jeni"samad berkata dengan yakinnya

"aku, kau , pak ali , muhid ada lagike?"ron bertanya kepada samad

"itu geng kita tukang cari barang nanti kita lihat pula geng guru berapa ramai"samad menjawab

"oklah nanti kau tel guru kata dah dapat barang suruh guru kumpul orang dia pula, harus diingat hati perlu suci jangan ada sikap tamak mcm lepas lepas tu. duit dah turun naik balik gara gara tamak,"ron mengingatkan samad

"aku dah telefon guru dah dia suruh kita datang malam jumaat ni kat tempat biasa untuk buat upacara kalau ikut targert dia 16j dalam tangan"samad menjawab

"kau ni belum disuruh dah buat eloklah tu petang khamis lepas zuhur kau suruh pak ali siapkan teksi dia kita pergi jumpa guru"arah ron pada samad

samad hanya mengangguk,ternyata pelunang yang mereka impikan selama bertahun tahun sudah di depan mata hanya beberapa hari lagi mereka akan bergelar jutawan segera

sebelum ini berhempas pulas mereka cari berbagai barang untuk pemujaan tarik duit namun tidak pernah dapat. sehinggalah hari ini mereka sudah dapat barang yang dicari.

terbayang dibenak mereka rumah mereka yang akan makin dibesarkan, dan berbagai lagi kemewahan yang akan mereka kecapi, itulah yang bermain difikiran mereka

...................................

pada petang yang dijanjikan pak ali telah bersiap sedia dengan teksi sewanya menjemput mereka semua.

teksi itu menyusur laju menuju ke perak. sebelum merentasi jambatan sungai bernam pak ali memberhentikan seketika teksinya itu ditepi jalan. enjin teksi dimatikan. kelihatan pak ali mengeluarkan sebungkus kecil kain hitam dari poket kemejanya.

dengan perlahan lahan dia mengeluarkan sesuatu dari bungkusan kecil sebesar setengah kotak mancis. sebiji besi bulat berbentuk cincin yang tidak pun muat hujung jari kelingking orang dewasa dikeluarkan perlahan lahan dari bungkusan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:30 PM | Show all posts
sambungan...........

pak ali mengambil sebiji pisang emas dari laci dihadapan penumpang disebelahnya. ketika laci dibuka muhid yang duduk disebelahnya mengelak dari terkena tubuh pak ali yang membongkok dan separuh berbaring di pehanya.

masing masing memerhatikan gelagat pak ali tanpa bertanya.sebaik pisang dapat ditangannya pak ali terus menetapkan duduknya di tempat duduk pemandu.

dengan berhati hati pak ali membuka kulit pisang itu.besi bulat itu dibenamnya kedalam pisang emas yang siap dikupas kulit itu. dengan berhati hati pak ali membungkus kembali isi pisang yang sudah dibenamkan besi itu.

pisang itu dibungkus kemas dengan kain hitam itu.mulut pak ali terkumat kamit seperti membaca sesuatu.

sebaik habis membaca pak ali mula menghidupkan semula enjin keretanya lalu
teksi tua itu meluncur laju diatas jambatan sungai bernam.

apabila jambatan dilepasi teksi itu sudah berada dibumi dato maharajalela. itulah penghubung sempadan antara perak dan selangor.

suasana bunyi enjin kereta tua itu dipecahkan dengan suara muhid

"itu ke rupa rantai **** tunggal tu pak ali"tanya muhid ingin tahu

"yer. aku sengaja masukkan rantai tu dalam pisang sebab guru pesan suruh buat mcm tu"jawab pak ali sambil tenang menyaksikan jalan dihadapannya

"naper?"tanya run pula ingin tahu

"guru kata sungai perak ni takder apa pun benda ghaib boleh lepas kot nak buat tarik duit kalau kat selangor kebal lepas jer sungai bernam terus jadi tak kebal kot nak buat tarik duit"jelas pak ali

"heran......"samad melahirkan kehairanan

"kau takkan tak tau dulu kan selangor sama perak berperang dan akhirnya sungai bernam jadi sempadan atas persetujuan bersama jadi raja raja ni letak lah jin masing masing kat dalam sungai tu untuk buat tumbal supaya pihak yang cuba berbuat khianat akan gagal"jelas pak ali tenang

"kau tau kot ikut cerita moyang aku dulu kat sungai bernam ni dulu pernah buaya putih bertarung dengan ular putih habis bukat air sungai bernam"dekat seminggu binatang keramat tu bertarung"pak ali terus bercerita

yang lain termanggu manggu cuba membayangkan cerita pak ali.........

"dah tu sapa yang menang?"samad bertanya lagi

"ye sapa menang"muhid dan run bertanya serentak

"ntahlah moyang aku pun tak cerita sapa yang menang"jawab pak ali

kelihatan wajah hampa mewarnai ketiga mereka

pak ali terus memandu tanpa memperdulikan kehampaan diwajah rakan sepasukannya itu

pak ali memang banyak kisah misteri dan tidak lokek menceritakan kisahnya itu. malah sebahagian kisah misteri yang akan saya ceritakan kelak saya dapat dari mulut beliau sendiri.

namun beliau telah meninggalkan kami semua 3tahun lepas. namun begitu kisah kisah misterinya masih tetap saya ingat insyaallah dimasa akan datang antara kisah misterinya akan saya ceritakan kepada para forumer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:31 PM | Show all posts
sambungan..........

"selain itu hati hati dengan bukit malawati........."tiba tiba pak ali bersuara...........

"bukit malawati pun bukan mudah ditembusi dnegna benda mistik mcm ni. yelah tumbal bukit malawati tu pun darah orang yang disemah diseluruh kota, kita sendiri boleh fikirlah"jelas pak ali lagi

semua yang didalam teksi terpegun mendengar cerita pak ali. memang pak ali seorang yang berpengetahuan luas dalam bidan mistik ini. tidak hairanlah jika rantai **** tunggal idaman mereka berjaya di dapatkan oleh pak ali

"mana pak ali dapat ranti **** tunggal ni"tanya samad bersahaja

"bini aku simpan, tak tau pulak aku bertahun dia simpan penat penat kita cari rupanya ada kat rumah aku tak aku tahu. kot tak mungkin dah lama kita kaya"jelas pak ali dengan nada sedikit kesal

"gituker"run yang diam mula bersuara

"tu sebab aku tak masukkan nama bini aku pakai nama aku dahlah"terang pak ali lagi

didalam perjalanan itu mereka lebih banyak mendiamkan diri mungkin dibenak mereka sudah terbayang angan angan menjadi orang kaya segera dua kali mereka berhenti untuk minum dan berehat rehat.

al maklumlah pak ali ini bukan kuat lagi tubuhnya nak memandu jauh......

walau dia adalah pemandu teksi namun untuk perjalanan dekat sahaja bukan untuk perjalanan jauh,ini kerana teksi tua nya seperti sudah tidak mengizinkan dia untuk memandu jauh ditambah lagi usia yang semakin tua.

.........................................

selepas senja mereka sampai dirumah guru yang dituju.

teksi tua itu diletakkan disebuah rumah banglo yang tidak terlalu mewah.selain dari teksi mereka terdapat lagi dua buah kereta dihalaman rumah itu

pak ali dan ketiga sahabatnya turun dari kereta dan menuju rumah itu.

"assalamualaikum" pak ali mengucap salam

"waalaikum salam masuklah"satu suara menjawab salam dari dalam rumah tanpa memunculkan diri

seperti rumah sendiri lagaknya mereka berempat pun masuk kerumah itu. kelihatan 6 orang telah menanti mereka didalam rumah itu.

mereka bersalaman satu sama lain. sebaik sudah bersalaman masing masing mengambil tempat duduk masing masing dilantai yang berjubin kemas........

"mana barang tu"tanya salah seorang dari mereka berenam

"ini dia tok"pak ali menghampiri orang itu lalu menyerahkan bungkusan hitam yang didalamnya terdapat pisang emas

orang itu menyambut kemas pemberian pak ali itu lalu memejamkan matanya . seketika kemudian dia membuka mata lalu berkata

"bagus semua yang aku suruh sempurna kau kerjakan malam ini tepat tengah malam kita akan mulakan upacara dan sekali lagi kita akan buat upacara.........."orang tua itu bersuara dengan gembira

"ingat semua jangan tamak sebab banyak upacara lepas lpas gagal gara gara ketmakan kita sendiri"sambung tok soho kepada mereka semua

tok soho mengambil sebilah pisau di pinggangnya dan menghiris beberapa kali kulit lengannya ternyata lengannya elok tidak berkesan sedikitpun.

masing masing terpengun melihat tok soho yang kebal kulitnya

"barang ini asli kebal alam tepat seperti firasatku"kata tok soho dengna nada puas hati

tok soho ini adalah guru tarik duit.usianya sekitar 70tahun namun kelihatan masih gagah seperti belum pun smapai 60tahun. kalau ikut cerita yang saya dengar beliau pernah beberapa kali berjaya menarik duit untuk kaki tarik duit. namun kebanyakannya gagal kerana sikap tamak para peserta

tapi kot ikut cerita irunlah hehehehehhehe

"kalau mcm tu aku rasa elok kita bertolak ketempat upacara itu"kata tok soho lagi

mereka pun bergegas keluar menuju kereta masing masing dan menuju satu kawasan yang hanya mereka sahaja tahu

sebenarnya tempat yang ditujunya ini tidak pernah diberitahu oleh irun kepada saya. memang geng tarik duit ini sangat kuat menyimpan rahsia. ntahlah saya pun tak pastinaper tapi saya syak tempat tu kat perak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-7-2012 12:32 PM | Show all posts
sambungan............


sampai disatu denai yang menuju kedalam hutan ketiga tiga buah kereta itu pun berhenti. mereka pun keluar kereta masing masing membetulkan tubuh masing masing yang agak keletihan duduk didalam kereta.

mereka membawa barang keperluan dan melalui denai kecil kedalam hutan. perjalanan mereka hanya diterangi bulan dan lampu suluh sahaja .

dengan berpandukan denai yang mereka lalui mereka mendaki sebuah bukit kecil. diatas bukit kecil itu terdapat sebuah tanah lapgn sebesar padang tenis.

mereka mula menghidupkan api dan memasak bekalan makanan yang dibawa. bukan masak apa pun sekadar nasi berlaukkan sardin cap ayam.

itu lah makanan utama penarik duit didalam hutan

selepas mereka makan mereka solat isyak berjamaah bersama sama dengan tok soho yang mengimamkan mereka. selepas habis solat mereka hanya berehat rehat sambil bersembang kosong.

apabila tengah malam menjelang mereka pun bersiap sedia memulakan upacara.

tok soho mula menghidupkan api kemenyan dan ruang udara yang segar itu mula diselimuti bauan asap kemenyan. pisang yang kemas berbungkus kain hitam itu tok soho keluarkan.

rantai **** tunggal diletakkan di tepi asap perbara beralaskan kain hitam.beberapa bahan lain yang diletakkan bersama rantai **** tunggal itu

masing masing berpegangan tangan satu sama lain membentuk satu bulatan besar. ditengah tengah asap perbara kemenyan yang dibakar mengeluarkan asap tebal. ketika bulatan terbentuk tok soho mula bersuara.

"ingat ikut sahaja wirid yang telah saya ajarkan pejamkan mata jangan buka mata paling penting buang sifat tamak dalam diri"

"itu adalah pantang besar kepada wali yang akan membawa rezeki kepada kita syekh abdul qadir al jailani"

"jangan langgar pantang kot langgar pantang aku tak jamin kita akan dapat habuan"tok soho mengingatkan lagi

berturut turut tok soho mengingatkan kembali pantang larang kepada semua peserta

hehehehehe tak der keje syekh abdul qadir al jailani nak bawa duit untuk mereka hehehehehe kata sayalah tapi yelah susah nak layan orang fanatikni

mendengar perintah tok soho mereka yang seperti anak sekolah menurut sahaja kata kata orang tua itu. masing masing berwirid seperti mana diajarkan tok soho.

tok soho mengimami bacaan wirid itu dnegan suara yang lebih nyaring lagi supaya diikuti oleh jamaah tarik duit yang lain. tidak henti henti mereka berwirid.

ketika mereka berwirid.bau asap kemenyan berubah menjadi bau yang amat wangi.

dalam wirid mereka itu tiba tiba kedengaran suara wanita menyanyi dnegan merdunya.

apabila suara wanita itu hilang diganti pula dengan suara seolah olah mereka semua didalam satu kampung.

ini diikuti pula dnegan suara ganjil seperti bunyi bunyi kenderaan. dan pada seketika suara itu bercampur baur kesemuanya dnegan suara wirid mereka

ini lebih mengerikan apabila secara tiba tiba tubuh mereka serasa dipukul ribut yang kuat. tubuh mereka terhoyong hayang walau sedang utoh duduk ditanah.

daun daun kering sesekali menerpa muka dan tubuh mereka.......

lebih dahsyat lagi dicampur dengan bunyi petir sabung menyambung yang benar benar memekakkan telinga......

petir yang kedengaran itu diikuti dengan hujan yang amat lebatl......

terasa ditubuh mereka basah dihujani hujan yang amat lebat. apa yang menghairankan terasa air mula menenggelamkan tubuh mereka hingga paras leher...........

namun oleh kerana arahan tok soho mereka tidak berani untuk melanggar pantang untuk membuka mata melihat apa yang berlaku sebenarnya.....

walau dihati sebahagian mereka ketakutan serasa ingin cabut sahaja tapi mcm cerita pendekar bujang lapoklah cooobaaan.......

yelah sapa tak ngeri kot dalam hutan boleh dengan benda benda yang tak menasabah mcm tu nasib baik reramai kot sorang sorang mau nangis maaaaa......

selepas hampir dua jam keadaan itu berlaku bunyi bunyi pelik itu mulai hilang. tok soho menyuruh mereka semua membuka mata. masing masing membuka mata tapi apa yang menghairankan disekeliling mereka seperti tiada apa apa.

malah bila dilihat tubuh mereka kering tiada hujan dan tiada apa apa pun yang berubah mungkinkah benar semuanya itu hanya lah cobaan sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:33 PM | Show all posts
sambungan.............

"sekejap lagi rezeki akan sampai tuan syekh abdul qadir jailani akan membawa rezeki pada kita ingat walau berapa yang di perolehi pastikan kita bersyukur"kata tok soho kepada mereka semua

tiba tiba tok soho menghalakan lampu suluh kelangit kelihatan sebuah buntil sebesar beg pengembara eropah melayang layang diudara. buntil itu perlahan lahan turun di tepi perbara dikelilingi mereka semua.

namun malangnya belum sempat buntil itu mencecah bumi buntil itu naik kembali perlahan lahan ke udara

melihatkan hal itu tok soho mula bangun dan menyuluh buntil itu. kelihatan buntil yang memang sah berisi duit itu tersangkut diatas sepohon pokok yang tinggi.

"nampak gaya kita kena berusaha lagi dan aku pasti ada antara kita yang bengkok hatinya sehingga mengakibatkan duit itu tak turun tepat dihadapan kita"terang tok soho

"tapi tak mengapalah jumlah nya pasti besar aku benar benar pasti"wajah tok soho cerah yakin dengan apa yang ia saksikan dan katakan

melihatkan masing masing termanggu manggu melihat buntil yang penuh berisi duit itu ditempat tinggi tersangkut diatas pohon tok soho mula bersuara

"tunggu apa lagi kalian pergi panjat dapatkan duit berjuta juta itu"kata tok soho kepada jamaah tarik duit itu

mendengar arahan tok soho masing masing berebut rebut pergi kepokok itu.apa bila sampai dipokok itu baru masing masing menyedari tiada antara mereka yang benar benar berkemahiran memanjat pokok itu.

masing maisng mengharapkan satu sama lain untuk memanjat pohon itu.sehinggalah tok soho terpaksa menghampiri mereka dan menyuruh irun memanjat pohon tersebut.

dengan wajah serba salah irun pun memanjat pohon tersebut.saya memang tau irun ni sebenarnya tahap fobia bab tinggi ni. tapi memandangkan wang berjuta dilupakan saja fobianya tu.

sampai diatas pokok irun terus mencampakkan buntil itu.melihatkan buntil itu jatuh masing masing trus menerpa buntil itu dan berebut rebut utnuk membuka buntil itu. tak ketinggalah juga tok soho.

seolah olah mereka sudah melupakan irun yang masih diatas pokok itu.

dengna penuh tawakkal irun turun perlahan lahan dari pokok itu. habis melecet dadanya dan sedikit terkoyak pakaiannya akibat terguris ranting pokok itu

tak cukup itu badan irun dihurungi semut yang seperti tidak mengizinkan dia mengambil buntil itu

tak disebut pula oleh irun pokok apa yang dipanjat olehnya itu

sesampainya irun dibawah kelihatan kesemua muka kecewa selepas melihat duit didalam buntil itu. irun kehairanan dan menuju kearah duit yang berjuta itu.

dengna pantas irun tanpa melihat isi karung itu terus mengeluarkan semua isi karung itu.

terbeliak mata irun melihat isi karung itu mau taknya kot dalamm karung itu penuh berisi duit mayat yang digunakan oleh orang cina untuk upacara kenatian.

hanya terdapat beberapa keping not rm10 dan rm50 sahaja dan beberapa keping not 1000 rupiah

yang lebih malang lagi kesemua duit itu apa bila dijumlahkan tak sampai pun sejumlah rm200

ntah duit indon mana lah jin yang diberi gelar syekh abdul qadir jailani oleh tok soho tu curi duit indon tu hehehehehehe

masing masing kelihatan amat kecewa terlebih lebih lagi irun,tok soho pula tidak habis habis menyalahkan jamaah nya yang dikatakan ada yang berniat serong lah tamak lah dan ntah hapa hapa lagi.

maunya irun tak kecewa apabila dia lah yang teruk teruk memanjat pokok bergadai nyawa hasil ............

saya masih ingatlagi ketika irun menceritakan kisah ini kepada saya dengan selamba saya hanya berkata kepada irun.......

"korang semua sudah kena main dengan jin........"

tamat............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2012 12:34 PM | Show all posts
pkol 4.27 pg...bca kisah seram ni..seram tol la..
keep it up TT
donut_1752 Post at 25-6-2012 04:27


terima kasih donut_1752..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:34 PM | Show all posts
aik? xde citer lagi ke?
kucengcomel Post at 6-7-2012 12:06



baru ada update... terima kasih sudi menunggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2012 12:35 PM | Show all posts
tgh menunggu lagi cerita...jd SR, baru abis khatam thread ni
tq pd yg supply
rina79 Post at 6-7-2012 13:15


baru update satu lagi cerita.... terima kasih jugak sebab sudi gak lawat tread nih..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 08:13 PM | Show all posts
akak zad....nk cerita lagi   !!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 06:45 AM | Show all posts
akak zad....nk cerita lagi   !!!!
donut_1752 Post at 7-7-2012 20:13


orait coming up lagi satu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:03 AM | Show all posts
Cerita En. Nazim5123  (Kisah Ke14)


Masa : lama dah sebab mas topo ni moyang kepada tuan guru yang ajar saya ngaji al quran
Tempat :sebuah desa di tanah jawa
Mangsa :mas topo
Hantu :tak taulah hantu apa

lama dah tak menulis kat sini memandangkan thread ini masih ada yang mengikutinya saya akan teruskan kisah seram disini

namun ini bukanlah kisah seram yang saya janjikan tapi beberapa kisah lain yang melibatkan individu lain

diharap kita sama sama dapat menyunting pengajaran yang berguna dari kisah seram yang akan saya ceritakan

kisah seram ini saya dapat dari ustaz saya yang telah mendidik saya mempelajari al quran dari alif sampai ya

sebenarnya saya dah ceritakan kepada bro khairul wkatu perjumpaan malam kat bno namun demikian oleh kerana yang lain belum baca lagi maka saya akan menulis kisah ini supaya kita dapat berkongsi sama kisah ini...

terima kasih ustaz...

menurut beliau kisah ini berlaku kepada moyang beliau sendiri. malah beliau sendiri sempat pergi kebeberapa kawasan kejadian ini berlaku.

oleh kerana saya sendiri tidak pernah sampai kelokasi tempat kejadian didalam kisah yang akan saya ceritakan ini saya akan cuba menceritakan selengkap mungkin berdasarkan apa yang saya dengar dari beliau.

kisah nya bermula begini............

mas topo adalah seorang yang tinggal di pulau jawa tengah. beliau telah yatim piatu semenjak kecil lagi akibat kematian ayahnda dan ibunda tercinta. beliau tinggal dnegna neneknya yang telah tua.

sebagai remaja lain beliau akan melakukan kerja kerja yang boleh mendatangkan hasil kepada keluarganya . antara perkerjaan utamanya ialah menanam padi huma dan menanam sayur sayuran. ini dilakukan kerana kawasan yang didiami nya adalah terdiri dari kawasan berbukit

beliau adalah seorang cucu yang taat kepada neneknya. memang wajarlah ini kerana dari kecil beliau telah menyaksikan kepayahan neneknya untuk membesarkannya.

sebenarnya mas topo ini adalah seorang berketurunan darah bangsawan,namun oleh kerana kedudukan darah bangsawan yang agak jauh, darah kebangsawanannya itu lagnsung tidak memberikan apa apa kelebihan kepada nya.....

namun bak kata orang tua tua benih baik kalau jatuh kemana pun akan jadi pulau begitulah keadaannya dengan mas topo.

pada suatu petang ketika dia berhenti rehat memotong kayu dirumahnya terfikir olehnya sejenak...........

"apalah malang nasib diri kulo sampai usia sebegini pun aku masih tidak memiliki apa apa lagi. ilmu tiada amal mana mungkin untuk aku beramal tanpa ilmu. "

kulo ni maksudnya saya dalam bahasa jawa halus..........sambil sambil saya bercerita saya akan selitkan beberapa perkataan jawa yang mudah difahami.............

itulah keluhan hatinya di dalam kedinginan tiupan angin banjaran dia terus termenung tanpa menyedari hari semakin petang.

dirasanya malas untuk terus memotong kayu. sebenarnya keinginannya yang ingin masuk kepesantren sangatlah kuat

mungkin kerana ia mengenangkan kealiman arwah ayah dan arwah datuknya yang tidak diwarisi membuatkan beliau benar benar ingin menimba ilmu agama.

namun begitu kehendaknya itu disembunyikan dari neneknya kerana mengenangkan nasib untung neneknya sekiranya ditinggalakan olehnya kelak.

namun kali ini perasaan itu tidak dapat ditahan tahan lagi. tidak betah rasanya memendam rasa yang sedemikian rupa dalam jarak yang sudah sedemikian lama.

mas topo telah bertekad untuk menyuarakan kehendak nya itu kepada neneknya itu. tak kiralah samada diizinkan atau tak yang penting baginya dia tetap akan memberitahu juga. jika diizinkan bertolaklah ia jika tidak ia tetap akur dengan kehendak neneknya kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:05 AM | Show all posts
sambungan..........

seperti biasa apabila senja menjelang mas topo akan pergi ke surau untuk mengikuti jamaah lain mengerjakan solat maghrib dan isyak berjemaah.

itu adatlah dari sejak zaman berzaman surau dan masjid dijadikan tempat kemasyarakatan oleh penduduk bukan sahaja di nusantara malah diseluruh dunia

sehabis isyak beliau melangkah tenang menuju kerumahnya ........

dihatinya terdapat rasa bersalah untuk menceritakan keinginannya kepada neneknya yang telah tua itu.....

sebaik sampai kerumah beliau telah menuju kedapur . kelihatan neneknya yang telah tua itu masih belum selesai mengerjakan solat isyak.

tubuh neneknya yang sedang sujud itu benar benar mematikan keinginannya untuk melahirkan apa yang ada dihatinya petang tadi......

didapur beliau telah menghidangkan makanan untuk dijamah oleh mereka berdua sebagai santapan malam....

itulah perkara yang benar benar disukai dan membuatkan neneknya sangat menyayanginya. bukan sahaja boleh menjadi lelaki malah bersedia membuat kerja dapur dan mengemas rumah juga.

tak hairanlah nenek beliau sangat bergantung dnegan dirinya itu...

dan baginya pula adalah satu keseronokan apabila dapat melakukan apa yang disukai oleh neneknya baginya neneknya itu adalah segalanya dalam hidupnya.

al maklumlah beliau ni jenis yang sedar diuntung......

sedar dirinya yang yatim piatu semenjak kecil lagi........

selesai sahaja nenek nya solat isyak beliau terus menuju kedapur.

di dalam kesuraman lampu pelita minyak kelapa yang malap kelihatan wajah tua nenek nya itu yang tenang .

tidak sampai hati mas topo untuk menceritakan kerana tak boleh tidak pasti akan mengakibatkan wajah tua ini mengalirkan air matanya..

wajah nenek tua nya benar benar membuatkan beliau serasa tidak berkemampuan untuk menceritakan apa yang ada dihatinya........

perasaan nya benar benar berperang antara menyuarakan atau sebaliknya....

namun gelagat mas topo yang benar benar lambat menyuapkan nasi kemulut benar benar membuatkan nenek nya menyedari sesuatu yang tak kena dengan diri cucu kesayangannya itu.

memang lah dari kecil ia telah memelihara mas topo . ia sangat memahami sekiranya mas topo tidak berselera bukan bererti ia sakit tapi sudah pastinya dalam dirinya sedang menghadapi konflik dalaman yang amat hebat

lalu ia berkata

"ada apa mas.....?"tanya nenek nya kepada mas topo

"yer mbah"mas topo agak kaget dengan pertanyaan neneknya itu.....

"mengapa tak berselera seperti biasa......"neneknya diam sejenak

"kalau ada sesuatu yang menggusarkan hatimu beritahulan mbah mana tau bisa mbah membantunya"sambung neneknya lagi

kata kata neneknya itu benar benar membuatkan mas topo benar benar mendapat kekuatan untuk melahirkan keinginannya kepada neneknya

beliau terus berkata "mbah, topo ni dah semakin dewasa.topo ingin mengaji.......... "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:05 AM | Show all posts
sambungan..........

seperti biasa apabila senja menjelang mas topo akan pergi ke surau untuk mengikuti jamaah lain mengerjakan solat maghrib dan isyak berjemaah.

itu adatlah dari sejak zaman berzaman surau dan masjid dijadikan tempat kemasyarakatan oleh penduduk bukan sahaja di nusantara malah diseluruh dunia

sehabis isyak beliau melangkah tenang menuju kerumahnya ........

dihatinya terdapat rasa bersalah untuk menceritakan keinginannya kepada neneknya yang telah tua itu.....

sebaik sampai kerumah beliau telah menuju kedapur . kelihatan neneknya yang telah tua itu masih belum selesai mengerjakan solat isyak.

tubuh neneknya yang sedang sujud itu benar benar mematikan keinginannya untuk melahirkan apa yang ada dihatinya petang tadi......

didapur beliau telah menghidangkan makanan untuk dijamah oleh mereka berdua sebagai santapan malam....

itulah perkara yang benar benar disukai dan membuatkan neneknya sangat menyayanginya. bukan sahaja boleh menjadi lelaki malah bersedia membuat kerja dapur dan mengemas rumah juga.

tak hairanlah nenek beliau sangat bergantung dnegan dirinya itu...

dan baginya pula adalah satu keseronokan apabila dapat melakukan apa yang disukai oleh neneknya baginya neneknya itu adalah segalanya dalam hidupnya.

al maklumlah beliau ni jenis yang sedar diuntung......

sedar dirinya yang yatim piatu semenjak kecil lagi........

selesai sahaja nenek nya solat isyak beliau terus menuju kedapur.

di dalam kesuraman lampu pelita minyak kelapa yang malap kelihatan wajah tua nenek nya itu yang tenang .

tidak sampai hati mas topo untuk menceritakan kerana tak boleh tidak pasti akan mengakibatkan wajah tua ini mengalirkan air matanya..

wajah nenek tua nya benar benar membuatkan beliau serasa tidak berkemampuan untuk menceritakan apa yang ada dihatinya........

perasaan nya benar benar berperang antara menyuarakan atau sebaliknya....

namun gelagat mas topo yang benar benar lambat menyuapkan nasi kemulut benar benar membuatkan nenek nya menyedari sesuatu yang tak kena dengan diri cucu kesayangannya itu.

memang lah dari kecil ia telah memelihara mas topo . ia sangat memahami sekiranya mas topo tidak berselera bukan bererti ia sakit tapi sudah pastinya dalam dirinya sedang menghadapi konflik dalaman yang amat hebat

lalu ia berkata

"ada apa mas.....?"tanya nenek nya kepada mas topo

"yer mbah"mas topo agak kaget dengan pertanyaan neneknya itu.....

"mengapa tak berselera seperti biasa......"neneknya diam sejenak

"kalau ada sesuatu yang menggusarkan hatimu beritahulan mbah mana tau bisa mbah membantunya"sambung neneknya lagi

kata kata neneknya itu benar benar membuatkan mas topo benar benar mendapat kekuatan untuk melahirkan keinginannya kepada neneknya

beliau terus berkata "mbah, topo ni dah semakin dewasa.topo ingin mengaji.......... "
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2012 07:07 AM | Show all posts
sambungan..............

bagai diserang halilantar neneknya mendeengar kata kata mas topo itu...

serasa lemah seluruh tubuh.....

walau tidak dikatakan kepadanya mas topo ingin meninggalkannya namun sebagai orang tua beliau memahami apa yang di ingini oleh cucunya.

degan suara yang amat sebak beliau memotong kata kata mas topo

"kau tak sayang mbah ke apalah nasib mhah mu yang telah tua ditinggalkan putune"

putune tu bahasa jawa maksudnya cucunya..............

mas topo hanya mendiamkan diri....

mereka menghadapi hidangan tanpa berkata kata....

dalam diri mas topo rasa amat bersalah kerana mengguris hati nendanya.walau apapun bagi mas topo beliau telah mengatakan kepada mbahnya apa yang diingininya memadalah baginya.samada diizinkan atau tak itu tak jadi soal yang terpaling penting ia telah menyatakan apa diingini. walau dihati kecil nya agak terkilan hajat yang diingininya tidak kesampaian

seperti biaasa pada keesokan paginya selepas habis solat subuh beliau terus turun kesawah untuk berhuma. seperti biasa juga beliau akan membawa bekalan untuk makan tengahari dan peralatan yang sewajarnya untuk menghadapi waktu zohor. memang sudah menjadi kelaziman masyarakat jawa pergi ke tempat kerja sebelum subuh dan balik ketika petang hampir melabuh tirai..........lebih lebih lagi jika kebun atau sawah yang dituju agak jauh.............

pada pagi itu juga seperti biasa dia akan meminta izin dari nendanya untuk pergi kesawah............

mas topo menghampiri nendanya yang sedang duduk mengaji al quran. ketika sampai ia kepada nendanya ia berkata kepada tubuh tua itu.

"mbah topo nak kesawah................"

mbah nya hanya mendiamkan diri lalu berkata...........

"topo benarkah kehendak topo nak pergi mengaji ke pesantren.........."

topo terkejut dengan soalan nya yang tidak jawab sebaliknya dijawab dengan soalan yang benar benar tidak diduga oleh nendanya itu.

"benar mbah topo benar benar kepingin nak mengaji kepesantren kiyai buwono di desa sebalik banjaran itu."

jawab topo bersungguh sungguh

"malam tadi aku bermimpi ayah dan mbah lanang mu datang kepada mu membawa setempayan susu..........."

kata mbahnya perlahan ....

lanang tu maksudnya lelaki maksud kat sini datuk lelakinya yang telah meninggal dunia.........

topo bertanya dengan nada yang agak mendesak

"lepas tu mbah.........."

nenda mendiamkan diri sejenak tanpa menjawab desakan cucunya itu.

".................."

seketika kemudian ia menjawab

"kau minum susu itu sehingga habis"

topo bertanya kepada nendanya

"apa alamat mimpi tu mbah kepingin kulo mau tau?"

lantas mbahnya berkata kepada beliau

"topo pergilah kalau dah bulat tekad mu kerana gusti allah dan kanjeng rasul tidak kuasa mbah untuk melarang mu . mungkin sudah tiba masa mbah serahkan kau kepada allah dan rasulnya"

terang nendanya pendek.........

topo terdiam , agak terkejut ia dengan kata kata mbahnya itu................

"....................."

tak disangka apa yang diingininya telah diizinkan baginya seperti itulah anugerah terbesar pernah diperolehi dalam hayatnya ini......cita citanya untuk mengaji sudah kesampaian .

namun demikian ia tidak lupa satu perkara lalu bertanya kepada nendanya itu................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:09 AM | Show all posts
sambungan..........

"mbah kalau topo pergi kepada siapa mbah nak bergantung............."

"topo sebagaimana mbah serahkan kau kepada gusti allah dan kanjeng nabi kau serahkan jugalah mbah kepada gusti allah dan kanjeng rasul juga"

jawab situa itu dengan keyakinan aqidah yang amat utoh.............

topo terdiam seperti diriak wajahnya menggambarkan kerisauan. sepertinya nendanya dapat membaca wajah cucunya yang memang telah dipelihara dari kecil lagi.lalu beliau bersuara dengan nada yang cuba menyakinkan cucunya itu.

"janganlah topo risau paman paman mu akan sama sama melihat embah mu ini..........."

dengan jawapan mbah nya itu barulah topo agak lega dan serasa serabut yang menghuni kepalanya terlerai melalui wajahnya yang kembali cerah...............

lalu beliau berkata kepada mbahnya itu

"kalau tak ada aral insyaallah sebaik padi dituai topo akan pergi berangkat kesan mbah"

terang topo kepada nendanya tanpa diminta

"baguslah topo kita harap tuaian kita ini menjadi .............."

jawab mbahnya pendek

dipagi itu topo amat keriangan kerana hajat nya selama ini seperti dalam gengaman. hanya tinggal menunggu padi dituai sahajalah untuk ia pergi bertolak kesana.......

ketika sampai kesawah ia bekerja dengan gigih sekali. baginya tuaian kali ini adalah untuk bekalan nendanya dan itulah bekalan yang mampu ditinggalkan kepada nendanya itu..

hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan ........................

padi mula menguning dan sudah siap untuk diketam.....................

padi pun dituai dengan hasil yang luar biasa sekali . habis penuh kepuk dirumah topo selepas hasilnya ditolak zakat . sudah tibalah masa di tunggu tunggu topo untuk pergi ke sebalik banjaran di desanya itu.

pada suatu pagi selepas siap semua apa yang di perlukan untuk memulakan musafirnya beliau bertemu dengan nendanya..

"mbah padi telah dituai , kepuk telah penuh untuk bekal mbah dikemudian hari , tibalah masa topo mengembara mencari kehidupan untuk berilmu."

nenda beliau tidak menjawab wajah keanakan topo di kucupnya sambil menitiskan air mata . berkali kali dikucupnya serasa berat ia hendak berpisah dengan cucunya itu. namun demi kepentingan cucunya dihari muka perlulah ia mengorbankan keperluan dirinya dihari ini.

seketika kemudian beliau pun bersuar..........

"topo pergilah doa mbah sentiasa mengiringi kamu semoga gusti allah memberkati kamu. ini sedikit keperluan untukmu......."

sambil ia memberikan beberapa biji ketupat untuk dibuat bekalan topo dlaam perjalannan.

"topo ambillah dokoh ini untuk kegunaan mu di perantauan dokoh ini adalah mas kawin ayah mu kepada ibumu itu sahajalah tinggal harta dunia yang aku simpan utnuk mu dari kedua orang tua mu . tidak pernah aku gadaikan untuk hari depanmu"

sambung nendanya lagi

"mbah simpanlah dokoh ini taulah untung topo diperantauan kelak"

topo enggan menerima dokoh itu dan menyerahkan kepada nendanya kembali.

namun nendanya itu tetap memasukkan dokoh itu dalam bungkusan pakaian topo.

sebelum topo pergi topo menjatuhkan dirinya kebumi dan mencium kedua tapak kaki nendanya seraya berkata sambil bergenang air matanya....

"halal kan makan minum topo ampunkan sekalian dosa topo dan doakan topo mbah............"

nenda nya itu mengambil tubuh topo lalu berkata...............

"pergilah topo mbah doakan topo sampai segala dihajat.............."

mas topo pun bangun dan mula melangkah pergi kepalanya tidak berpaling dari belakang , sehinggalah kelibat mbahnya hilang barulah dia menoleh kehadapan .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:12 AM | Show all posts
sambungan.........

mas topo berjalan dan berjalan sudah lebih seminggu ia berjalan beberapa desa telah dilalui . beberapa lembah telah dituruni berbagai kaum telah dijumpai .beberapa bukit telah didaki, beberaap sungai juga telah direntasi dan berbagai cabaran telah ditempuhi .

sehinggalah suatu senja ia sampai kepinggir desa yang dihajati desa kiyai buwono. kiyai tempat topo ingin menyerah diri berkhadam dan mengaji.

di pinggir desa itu kelihatan sebuah rumah gedung yang indah tersergam. oleh kerana itu kali pertama dalam hidupnya sampai kedesa itu ia pun singgah ke rumah tersebut untuk bertanyakan jalan untuk pergi ke pesantren kiyai buwono. manalah tau orang dirumah gedung itu bisa menunjukkan jalan.

topo pun pergi menghampiri rumah itu dan sesampainya kehalaman rumah itu ia mengucapkan salam.

"assala mualaikum..............."

tidak lama kemudian kedengaran jawapan salam dari atas rumah itu.................

"waalaikum salam..............."

jawapan salam itu diikuti dengna derapan kaki memijak lantai rumah itu...................

seketika kemudian keluarlah seorang tua yang berusia akhir 70an dengan wajah yang tenang mempelawa topo naik kerumah

"naiklah cu hari dah senja solatlah berjamaah dengan mbah. "

kata orang tua itu kepada mas topo

seperti terpukau melihat wajah jernih orang tua itu mas topo mengambil tempurung dan menceduk air ditempayan ditepi tangga untuk mengambil wudhuk lalu naik kerumah orang tua itu. di hadapan orang tua itu leibih jelas lagi kelihatan wajah orang tua itu bercahaya cahaya indah hasil dari sentiasa menjaga air sembahyang. wajah situa itu kelihatan amat tenang warak ditambah lagi dengan jubah putih dan serban yang terikat kemas dikepala menambahkan lagi ketrampilannya sebagai seorang yang ahli ibadat dengna penuh ilmu didada. mas topo bersalaman dengan orang tua itu lalu mencium tangan orang tua itu.

mereka pun sama sama pergi ke satu sudut rumah itu lalu bersolat berjamaah.

setelah usai solat berjamaah dan berdoa orang tua itu berkata kepada mas topo.

"cucu kelihatanya dari perjalanan jauh berehatlah seketika dirumah ini apa bila cerah pergilah mencari apa yang dihajat"

seperti orang mengantuk disorong bantal telah 3 malam mas topo bermalam dihutan belantara berlantaikan tanah beratapkan langit. tapi al hamdulillah malam ini dia dapat menetap dirumah yang agak selesa .

mas topo mengangguk tanda setuju. dan orang tua itu membawa mas topo ke satu sudut rumah itu untuk mas topo berhenti penat disitu.sesudah itu orang tua itu tekun duduk di sajadah berdoa dan berwirid . tangannya tidak lekang memegang dan memetik buah tasbih.

sehinggalah tiba waktu isyak mereka kembali solat berjamaah . setelah usai berdoa orang tua itu berkata kepada mas topo

"cucu pergilah kebelakang makanlah apa yang ada . tak payah tinggalkan untuk mbah kerana mbah sudah makan"

mas topo tidak menjawab hanya mengangguk kan kepala tanda memahami dan tanpa membuang masa beliau terus pergi kedapur di dapur rumah itu kelihatannya kosong saja yang ada hanyalah satu tudung saji dilantai . tanpa membuang masa beliau terus membuka tudung saji itu lalu terlihat banyak makanna yang enak enak. mas topo memakan makanna itu dengan lahap al maklumlah dah beberapa hari dia tidak berjumpa makanan yang sedap seperti itu. cukup sayur lauk dan sambalnya.

selepas usai makan beliau pun pergi kesudut rumah itu dan tidur dengan nyenyaknya..................

pada keesokan paginya mas topo pun bangun untuk solat subuh kelihatan orang tua itu masih tekun duduk diatas tikar sembahyangnya.....

mas topo turun dan mandi dan mengambil air sembahyang . apabila azan berbunyi mas topo pun iqamah untuk sama sama mendirikan solat ..............

selepas waktu solat orang tua itu menyuruh mas topo pergi kedapur untuk makan pagi .

mas topo pergi kedapur dan dibukanya tudung saji semalam dan dilihatnya terdapat makanna yang enak enak .makanna semalam telah berganti makanna baru.

wujud juga kemusykilan dihati mas topo di dapur itu tiada pun peralatan untuk memasak. hanya ada talam hidangan yang bertutup tudung saji. mas topo pun makan sehingga kenyang. selepas makan mas topo pun menyiapkan pakaiannya untuk pergi dari situ. dilihatnya orang tua itu masih tekun dengan beribadat.

selepas siap pakaiannya dikemaskan mas topo pun pergi kearah orang tua itu. melihatkan mas topo kearah dirinya orang tua itu mengalihkan pandangan kearah mas topo lalu berkata.............

"duduklah disini barang dua malam, apabila tubuh telah puas berehat pergilah cari keperluan cucu ..............."

mas topo yang memang sudah diajar dari kecil supaya menurut perintah orang tua telah mendiamkan diri dan menerima cadangan orang tua itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:15 AM | Show all posts
sambungan..........

selama 2 hari 2malam kemudiannya mas topo menetap dirumah orang tua itu. rumah itu seperti rumah rumah lain hanya ada satu ruang tamu dan sebuah dapur. diruang tamu atau ruang hadapan itu orang tua itu baik siang malam sentiasa tetap diatas sajadahnya manakala disatu sudut diruang tamu itu mas topo berbaring baring dan tidur seharian .

dan dibelakang pula terdapat sebuah dapur . apa yang menghairankan dapur itu kosong tanpa apa apa pun . yang ada hanya sedulang makanan yang ditutup tudung saji.

yang menghairankan tiada siapa pun yang menghantar makanna tapi apabila tiba waktu makan setiap kali itulah makannan baru akan berubah dengan makanan yang lazat lazat. dan lebih menghairankan orang tua itu tidak henti henti duduk beribadat di sajadah beliau.

sepertinya orang tua itu malaikat yang sentiasa beribadat dengan tuhan lagaknya. namun kejernihan wajah situa itu benar benar membuatkan mas topo selesa dirumah itu dan seringkali tidak ambil pusing dengan persoalan yang bermain difikiranya.

apa yang dilakukan dirumah itu hanya sembahyang makan tidur sembahyang makan tidur...................

selepas cukup 3 hari 3 malam mas topo tinggal dirumah itu pada suatu pagi selepas sarapan pagi mas topo telah pergi berjumpa dengan orang tua itu lalu duduk berhampiran dengannya.

orang tua yang sedang tekun berzikir itu menghentikan zikirnya dan mengalihkan pandangan kepada mas topo. sekalipun pandangan nya dialihkan namun tangan tuanya tetap utoh memetik buah tasbih tanpa henti .

orang tua itu mula bersuara..............

"wahai cucu ku telah genap 3 hari 3 malam kau tinggal bersamaku. jadikanlah iktibar apa yang kau lihat selama ini. aku dapat tahu kau ingin pergi mengaji. janganlah kau gadaikan dokoh pemberian mbah wedok mu yang berada tersemat didalam tubuhmu. kerana itulah tinggalan kenang kenangan tanda cinta orang tuamu. tuhan akan memberikan rezeki kepadamu tanpa perlu berhajat dengan dokoh al marhum dan al marhumah orang tua mu. percayalah kataku"

mbah wedok tu nenek lah wedok tu perempuan maksudnya hehehehehe............

orang tua itu menyambung pesan dan nasihatnya.............

"dalam mengaji ikhlaskan hati kerana gusti allah dan kanjeng nabi sahaja . jangan terpedaya dengan dunia yang fana ini. apabila alim hendaklah menjadi penunjuk jalan kepada yang lain jangan sekali kali meminta imbalan dari ilmu yang kau ajari ikhlaslah engkau kepada gusti allah . biarkan gusti allah memberikan ganjaran. kalau kau engkar beginilah nasib mu kelak meratap menangis kurang bekal dalam perjalanan"

kadang kadang hairan juga mas topo bagaimana orang tua itu tau segala galanya .tapi yelah orang tua itu pasti berilmu tinggi sehingga tau ia isi hatinya malah dokoh yang disorokkan dalam bajunya ketika mau masuk kesatu desa pun tau olehnya. memanglah orang alim ini cukup ilmu dunia akhiratnya fikir mas topo

orang tua itu pun kembali berkata..................

"pergilah kau ketengah desa pergilah kau kesebuah rumah yang besar gedung dibina. disitulah pernah menetap pak kiai buwono yang kau hajati............ingatlah seluruh pesan ku ini jangan lupa janga sengaja jangan sekali kau alpa..........."

sebenarnya waktu tuan guru saya menceritakan kisah ini beliau melagukan pesanan orang tua itu dengan syair jawa yang mendayu dayu tapi saya dah lupa syair itu lagi pun syair itu dalam bahasa jawa manalah saya ingat..................

malah antara isi syair yang di lagukan itu terdapat juga orang tua itu menyatakan tentang nenda mas topo yang ditinggal pergi dengna sekepuk penuh padi di gubuk usang . sememangnya tinggi ilmu orang tua itu sehinggakan tidak terlindung maupun disudut dunia manapun..................

mas topo pun meminta izin dari orang tua itu lalu beredar pergi ketika beliau menuruni anak tangga orang tua itu kembali berpesan.

"topo kalau kau pergi dari sini selagi belum kau masuk kedesa jangan sekali kali kau toleh kebelakang..........."

mas topo dengan taat menjawab

"baiklah mbah topo akan ikut apa perintah mbah"

mas topo pun mula melangkan utnuk menuju ketengah desa ketika dalam perjalanan dia teringat kata orang tua itu melarang nya melihat kebelakang . memang dah jadi sikap manusia makin dilarang tanpa sebab makin kuat kehendaknya untuk menoleh kebelakang.......

sehingga satu langkahnya beliiau tidak dapat menahan diri lagi . beliau pun menoleh kebelakang.

dilihatnya tiada rumah pun dibelakangnya tiada orang tua pun yang ada hanyalah sebuah kubur...............

ye kubur.......................

yang sepertinya baru lagi. mas topo pun terperanjat melihat kubur itu. beliau pun memulakan langkah seribu kerana ketakutan yang amat sangat. beberapa kali beliau terlanggar akar sehingga beliau terjatuh. namun tidak dihiraukan kesakitan terus ia berlari tanpa menoleh kebelakang lagi.

sehinggalah dalam larian marthon yang penuh ketakutan beliau terlihat sebuah rumah gedung yangbesar dan terus masuk kedalam rumah itu ...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.117033 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list