CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
 Author| Post time 9-7-2012 07:18 AM | Show all posts
sambungan............

didalam rumah itu terdapat ramai orang............

melihatkan mas topo yang masuk tanpa ucap salam dan wajah yang sepertinya sedang diburu hantu mereka pun mengerumuni beliau.

kerana amat keletihan mas topo pengsan ..................

salah seorang yang agak berusia meminta segelas air. apabila segelas air diterimanya dibacakan sesuatu pada air itu. kemudian air itu direnjiskan kemuka mas topo.

mas topo tersedar dari pengsannya namun nafasnya masih termengah mengah.

melihatkan mas topo yang tidak mampu berkata kata orang tua itu memberikan air yang dijampi tadi untuk diminum oleh mas topo setelah habis air itu diminum mas topo pun menceritakan kisah nya yang telah dilalui 3 hari 3 malam sebelum itu.

beberapa waris dirumah itu kelihatan sayu apabila mendengar apa yang diceritakan oleh mas topo.

kebetulan rumah itu sedang berkabung keranan kehilangan seorang ahli keluarga nya dan terdapat banyak makanan dan sisa sisa makanan dirumah itu

sebaik sahaja mas topo habis cerita mas topo amat kehairanan melihat sekeliling dapur rumah itu dimana terdapat banyak sisa sisa makanan yang belum sempat dibuang lagi

lalu ia berkata.

"eh malam tadi kulo makan makanan dihujung sana dan pagi ini kulo sebelum tinggalkan rumah itu kulo makan makanna yang belah situ"

mendengar kata kata mas topo kebanyakan ahli keluarga mengucap syukur kerana sedekah yang dibuat telah sampai kepada arwah.

rupa rupanya rumah yang mas topo sesang duduk itu adalah rumah allahyarham pak kiai buwono dan pak kiai buwono baru meninggal beberapa hari lalu dan kenduri sedang dijalankan dirumah itu selama 7 hari 7 malam ........

hari berganti hari bulan berganti bulan tahun berganti tahun mas topo sangat tekun mengaji dipondok alyarham pak kiai buwono. ketika dipesantren itu beliau dapat tahu dari anak murid tua pak kiai buwono ini adalah seoragn yang amat luas ilmu pengetahuannya .

untuk jalan nafkahnya beliau telah mengajar dan mencari hasil dari apa yang diajarkannya.caranya dengan banyak menulis kitab kitab dan menjualkannya untuk mendapatkan dunia yang fana ini.

saya masih ingat lagi ketika saya mengaji al quran dari beliau satu hari ayah saya pernah bertanya kepada beliau berapakah upah untuk mendidik saya mengaji al quran. dengan tenang beliau hanya menyerahkan upah untuk dibayar oleh tuhan itulah jawapannya beliau telah mendidik saya mengaji al quran sehingga saya pandai mengaji al quran secara percuma..............

berkenaan siapa orang tua yang mas topo jumpa dan dimana mas topo selama 3 hari 3 malam bersama orang tua itu janganlah tanya saya tetapi fikirkan lah sejenak

paling mudah jangan anda fikirkannya tetapi fikirkan dalam hidup kita berapa banyak perkara yang kita telah lakukan ikhlas kerana allah dan rasul

sekian

jangan biar diri anda diselebungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

the truth is out there...........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2012 07:31 AM | Show all posts
Cerita En. Nazim5123  (Kisah Ke15)

Tempat = salah satu jalan kat sabak bernam tempat tepat saya tak dapat berikan nanti saya terangkan naper....
Masa = banyak masa baca sendiri nanti taulah....
Ahli = ramai orang tapi saya tak terlalu terlibat sangat sebab kisah ni kisah kawan saya
suspek hantu = puaka matang and the gang......yang sebenarnya mereka ni lebih kepada ifrit atau hantu raya....

salam seram semua (nak try ikut salam 1 malaysia lah ni)........

tenet masih kurang stabil kalau terputus tiba tiba hehehehe harap tolong faham yer

lama sungguh tak masuk dalam ni banyak citer seram yang dikemukakan oleh para forumer dan saya amat menghargainya....

ramai pulak newbie yang register kat cg forum semata mata nak kongsi cerita seram sy juga sangat sangat menghargai. diharap dengan cerita cerita seram ini kita kan lebih terdidik dalam menangani gangguan makhluk halus dan tidak cepat kalut apabila berhadapan dengan mereka. sebenarnya dalam hidup kita ini secara kita sedar atau lupa kita memang sentiasa berurusan dengan makhluk halus....

dan tak kurang juga kepada sebahagian yang lain yang menjadikan thread ini sebagai satu bentuk hiburan

terpulanglah kepada anda semua untuk menjadikan thread ini sebagai apa walau apa pun bagi saya benda ini benar benar wujud dan ingatlah disatu tempat yang kita duduki wujud makhluk lain yang duduk bersama sama kita dalam dimensi yang berlainan

begitulah berkuasanya tuhan menjadikan kita disatu tempat dalam dimensi yang berbeza.........

terlebih dulu saya nak minta maaf sebab terlalu lama menghilang diri. ini kerana masalah pc dan masalah kesibukan saya.

kali ni seperti yang telah diminta oleh sorang forumer sy akan menceritakan kisah puaka matang.

sebenarnya matang ini adalah satu tempat tinggal beberapa kumpulan lelembut(makhluk halus)yang amat ramai. mereka ini tinggal berkaum kaum ada dari kalangan hantu raya, bunian dan penjaga harta karun.........

jadi sesapa yang gila tarik harta karun tu boleh lah try kat sini k tapi saya ingatkan satu perkara sehingga sekarang belum ada yang berjaya menarik harta karun apa bila jin penjaga harta karun itu meminta tumbal manusia sebagai ganti untuk mendapatkan harta karun tu.

bagi saya kot kita ikut cakap depa pun kita siapkan tumbal manusia sekalipun mereka tetap takkan berikan harta karun itu kepada kita ........

ini kerana memang kerja depa ni memang nak nyesatkan manusia je.........

jadi berhati hatilah dengan tipu daya dan godaan mereka yang sentiasa menggoda.

malah tempat ini juga seringkali dijadikan tempat menyerahkan korban binatang kepada makhluk halus... begitulah perbuatan perbuatan khurafat beberapa manusia yang mengaku mentauhidkan tuhan tapi dalam satu masa mereka mensyirikkan tuhan

malah arwah datuk kepada teman saya seringkali mengorbankan kambing kendit iaitu kambing yang terdapat warna di sekeliling perut untuk keris besi picitnya yang digunakan untuk memuja bagi tujuan kekayaan...dan bangkai kambing yang di korbankan itu akan diletakkan di kawasan matang... hanya darahnya sahaja diambil... dan darah itu kemudiannya akan diletakkan dalam mangkuk putih... dan diletakkan kedua bilah keris besi picit itu di atas mangkuk.. dan ditutup dengan kain hitam.. pada keesokan paginya mengkuk yang berisi darah itu akan kering ...

nantilah kot saya berkelapangan saya akan ceritakan dengan lengkap kisah datuk kawan saya yang menjadikan keris besi picit untuk tujuan kekayaan satu perbuatan yang amat jelas bertentangan dengan syariat islam yang suci dari perbuatan syirik...

sebab itu terus terang saya katakan terlalu berat untuk saya menceritakan secara tepat dan terperinci tempat kejadian kerana bimbang wujud manusia yang akan mengambil kesempatan utnuk melakukan perbuatan perbuatan yang jelas bertentangan dengna syariat islam....

malah saya terpaksa mengedit beberapa kali tulisan saya kali ini untuk merahsiakan tempat kejadian sebenar untuk kisah kali ini....

untuk kisah yang agak panjang ini saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian

1-puaka matang(pengenalan)
a)puaka matang mengambil korban
b)urus jenazah ditengah malam(kisah ini diceritakan oleh orang kepada saya)
c)disesatkan puaka matang(kisah ini pun diceritakan orang kepada saya)
d)puaka matang meminta barang(kisah saya sendiri)

2-bertempur dengan puaka matang

3-puaka matang mengganas lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:32 AM | Show all posts
sambungan...........

kisah ini sebenarnya kebanyakannya adalah kisah teman saya sendiri. dan kebanyakan kisah ini saya tidak terlibat . berkenaan dengan teman saya ini beliau pernah masuk dalam sebuah majalah berkenaan perkara misteri berkenaan dengan kisah keris. nama dia saya letak nama samaran jelah kat sini. untuk menjaga keberadaan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia diharap anda dapat mengambil pengajaran dan sempadan dalam kisah yang akan saya ceritakan kelak.

ini adalah antara kisah kisah berat dan benar yang akan saya ceritakan...........

panjangnya intro.........

ok kita mulakan sekarang

pengenalan puaka matang
a)puaka matang mengambil korban

disuatu pagi selesai pak minhat solat subuh dia pergi menjengah kedapur. kelihatan isterinya semah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. memang dah jadi kebiasaan semah setiap subuh dia akan bangun awal dan sesudah solat dia akan membangunkan pak minhat dan anak anak untuk solat subuh...

manakala dirinya akan sibuk di dapur......

melihat semah di dapur pak minhat menyapa semah........

"maknye hari ni masak apa...."

"takde apa pun pak nye takat rebus ubi je..."

jawab semah pendek......

pak minhat termenung panjang . kenyamanan subuh jelas dirasai oleh pak minhat.....

"pak nye minggu depan anak pak leman lebai nak menikah .........."

belum habis semah berkata tiba tiba semah menjerit.

pak minhat amat terkejut mendengar jeritan siisteri lalu berlari kepada isterinya...

kelihatan isterinya berguling guling dilantai. pak minhat terus menangkap tubuh isterinya dan meriba isterinya. kelihatan muka isterinya sedang menanggung kesakitan. mulutnya berbuih. dan leher isterinya kelihatan lebam ........

pak minhat menggeletar ketakutan seluruh tubuh apabila melihat keadaan isterinya....

tidak berapa lama kemudian mata semah terjegil tertutup rapat, badan yang mengejang mulai kendur dan semah meninggal kan dunia buat selamanya...

pak minhat hanya mampu meraung menangis melihat keadaan isterinya yang pergi secara tiba tiba....

sebenarnya itu bukan kali pertama berlaku di kawasan matang telah banyak kejadian yang sama berlaku di matang dimana mangsa akan berguling guling kemudian mulut berbuih , mata terbeliak tubuh mengejang dan jadi arwah....

satu ciri ciri yang sama apabila puaka matang mengambil korban...

oleh kerana hampir setiap tahun kejadian ini berlaku beberapa orang bijak pandai dlaam hal ini telah dipanggil untuk mengamankan kembali kawasan ini...

al hamdulillah atas usaha mereka dan dengan izin tuhan jua semenjak itu masalah ini tiada lagi. malah hal hal ini sudah seperti dilupakan oleh jenerasi terkemudian....

sebenarnya kejadian diatas ini hanyalah kisah yang berlaku sekitar tahun 1910an ketika awal pembukaan kawasan matang yang keras..

sekarang dah takder lagi kejadian mcm tulagi... namun sekalipun puaka matang tidak meminta korban walau pun begitu tetap ada berbagai kejadian seram yang sentiasa menyelubungi kawasan matang... sehinggalah teman saya sempat bertempur dengan puaka matang semenjak itu kisah seram matang seperti hanya dalam sejarah yang dilupakan oleh jenerasi terkemudian. malah sekarang ini kisah misteri ini makin hilang dikalangan jenerasi muda.

kisah pertarungan teman saya dengan puaka matang akan saya kisahkan kemudiannya......

pengenalan puaka matang
b)urus jenazah ditengah malam

kisah ini berlaku sekitar awal tahun 80an
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:35 AM | Show all posts
sambungan............

zaki(nama samaran)adalah seorang penduduk kampung yang telah dilahirkan dari kecil sehingga remaja yang tinggal menetap di kawasan tersebut.seperti anak bujang yang lain setiap malam menjadi kegemarannya untuk menghabiskan waktu malam berjumpa teman teman dikedai kopi.hal ini memang dah jadi mcm satu tradisi penduduk kampung dan sebagai hiburan mereka selepas penat bekerja disiang hari.

lagi lagilah orang bujang sepertinya yang takde anak bini dan masih tinggal dengan orang tua. tapi nak cakap orang bujang mcm ni orang dah bercucu pun tidak ketinggalan untuk bergebang kat kedai kopi diwaktu malam hari.kadang kadang siap bawa cucu mereka melepak kat kedai kopi lagi sebagai didikan awal untuk meneruskan gaya kelangsungan hidup kampung mereka....

kesimpulannya beginilah cara orang kampung sekitar era 80an menghabiskan masa diwaktu malam hari selepas habis penat bekerja disiang hari. mungkin betul kedai kopi adalah satu tempat penting dalam memasyarakatkan orang kampung dari dulu hingga kini dan mungkin selamnya. mcm bunyi cogankata politiik lak yer...............

kita tinggalkan politik kita sambung kisah ini.....

pada suatu malam zaki pulang dari kedai kopi di tempat biasa dikunjunginya.... seperti biasa beliau yang kaki ngeteh ini akan melalui jalan matang yang dikatanya sebagai jalan short cut. lebih senang nak sebut dalam bahasa kita jalan potonglah.

walaupun jarak antara rumah dan kedai kopi kegemarannya bersidai mengjangkau hampir 5 km tapi itu bukanlah penghalang untuk dia turun kekedai kopi tersebut untuk bersama sama dengan teman teman menyaksikan sukan gusti kegemarannya di kedai kopi tersebut.waktu tu zaman vhs lagi......

sebuah perakam video jangkau harga lebih rm 1000 bukan semua orang mampu membeli benda tu.jadi kedai kopi yang ada benda tu akan jadi tumpuan orang ramai ketika itu. dan video gusti akan jadi tumpuan ramai ketika itu.

seperti malam malam biasa beliau akan melalui jalan itu dengan berbasikal. al maklumlah waktu tu belum ramai lagi orang yang memiliki motorsikal.

walaupun ramai orang telah menasihati zaki dan menakutkan dia dengan kisah seram jalan matang ini beliau tetap tidak mempercayainya. ini kerana beliau telah lama melalui jalan itu tanpa diganggu oleh apa apa pun.....

sehinggalah pada malam itu zaki dengan berbasikal tuanya merentasi malam melalui jalan matang itu.suara gesekan rantai basikalnya berbunyi agak kuat menemaninya sepanjang perjalanan. suara bunyi rantai basikalnya yang jelas menandakan beliau ini memang pemalas untuk memberikan minyak kepada rantai basikalnya......

beberapa kali beliau menguap panjang kerana mengantuk dibuai angin ditengah malam dan dihujani embun jantan. setiap kali beliau menguap pasti beliau akan menggeliat untuk menghilangkan keletihan mengayuh basikal tuanya disamping untuk menguatkan keazamannya untuk tiba kerumah. kadang kadang agak membosankan mengayuh basikal diwaktu malam hari tapi kepuasan duduk bergebang di kedai kopi sudah cukup untuk membayar kebosanan ketika itu.

malam itu bulan mengambang penuh ....

dengan cahaya bulan yang samar memudahkan beliau melihat apa apa yang ada disekelilingnya.walau pun beliau telah selalu melalui jalan itu tapi pada malam ini beliau agak sedikit seriau dan takut.ntah lah mengapa mungkin ada sesuatu yang akan berlaku agaknya..

dalam perjalannanya beliau teringat cerita cerita seram yang sentiasa di ceritakan kepadanya oleh jiran jirannya berkenaan dnegna jalan matang itu.....

memmang malam ini agak berlainan sungguh berbanding malam malam lain fikirnya sendiri...

namun dengan pengalamannya yang telah lama dan selalu melalui jalan itu beliau buat tak kisah dengan kegusaran dijiwanya. baginya itu semua adalah pemainan jiwa....

ketika beliau mengayuh basikal beliau terlihat ramai orang yang sedang berjalan kaki bertentangan arah dengan beliau.

semakin lama semakin hampri dengan mereka itu dan apa bila zaki telah benar benar melalui kumpulan orang berjalan kaki beilau terus meloncat turun dari basikalnya dengan tergesa gesa...

mau taknya apabila sedang menyaksikan kumpulan orang tersebut sedang membawa jenazah untuk dikuburkan.waktu tu takde van jenazah dan jenazah akan dibawa dengan cara dipikul beramai ramai dan bergantian.tak mcm zaman ni dah ada van jenazah dan jenazah sebelum dikebumikan akan dibawa naik van.

zaki berdiri lurus disamping basikalnya dengan tujuan untuk mentakzimkan jenazah tersebut...........

kalaulah tak sebab waktu tu malam hari dan beliau sedang benar benar letih dan ngantuk nescaya beliau akan ikut mereka sama sama untuk menguburkan jenazah tersebut. tapi oleh sebab malam pun dah tengah malam maka zaki hanya berdiri sahajalah untuk mentakzimkan arwah yang sedang dibawa.

sememangnya dah jadi tradisi orang orang kampung hal hal kemasyarakatan seperti kenduri kendara dan kematian akan diuruskan secara gotong royong. malah sesiapa yang tidak ikut serta akan dianggap kera sumbang......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2012 07:38 AM | Show all posts
sambungan............

zaki agak terkilan kerana tidak mampu ikut serta sama bersama sama mereka yang lalu dihadapannya untuk sama sama membawa jenazah kekubur

melihatkan kumpulan itu telah berlalu pergi zaki pun menaiki basikalnya kembali. beliau terfikir beberapa perkara berkenaan perkara tersebut antara yang difikirkan nya sudah pastilah

1-sapa meninggal
2-nape semua orang yang berselisih dengannya tak sorang pun dia kenal
3-nape semua orang itu senyap dan seperti terburu buru membawa jenazah tersebut
4-berhampiran jalan tu mana ada rumah orang
5-dah tak boleh tunggu siang ke nak kuburkan jenazah tengah malam pun jadi
6-berbagai bagai lagi soalan bermain dibenak zaki..........

bulu roma diseluruh tubuh zaki mula meremang. zaki menoleh kebelakang . ternyata yang ada hanyalah jalan lurus yang telah dilaluinya. rombongan yang baru melaluinya hilang tanpa sebarang jejak kesan.

zaki amat ketakutan. baru disedarnya yang di lihatnya tadi bukan orang tapi............

zaki hilang kawalan imbangan keatas basikalnya. beliau jatuh tersembam kebumi. kesakitan dirasakan diseluruh tubuhnya. namun kesakitan itu tidak dihiraukannya. baginya ketakutan keatas dirinya mengatasi segalanya.

beliau bangun dengan tergesa gesa cuba untuk menaiki basikal tuanya lagi. namun malang tak berbau sekali lagi beliau jatuh kerana gagal mengimbangi basikalnya.

zaki terus bangun dan melemparkan basikalnya ketepi jalan. beliau lari tak cukup tanah. menjerit jerit meminta pertolongan.

selepas kejadian itu zaki telah mengalami demam selama seminggu penuh. dan semenjak kejadian itu aktiviti malam zaki kekedai kopi pun tidak di teruskan lagi.........

kejadian ini berlaku sebelum kisah pertempuran dengan puaka matang yang akan saya kisahkan kelak...........

pengenalan puaka matang
c)disesatkan puaka matang

kisah ini berlaku kepada samad(nama samaran) dan berlaku sekitar tahun yang sama dengan zaki juga.

pada suatu hari samad telah dijemput oleh saudaranya yang tinggal beberapa batu dari rumahnya untuk menghadiri kenduri arwah.

memandangkan kenduri arwah akan diadakan selepas isyak sebelum maghrib lagi samad telah pergi bertandan kerumah saudaranya itu.

selepas habis kenduri beliau telah pulang kerumah. ditengah jalan dengan menaiki basikal tuanya samad menerangi kegelapan malam dengan lampu suluh. dengan perlahan lahan samad mengayuh basikalnya. dan sesekali beliau menyanyi kecil untuk menghilangkan ketakutannya.


samad memang dah terlebih arif sapa tak kenal keseraman jalan matang ini. memang menyeramkan. dan memang mendebarkan jika melalui kawasan itu . banyak tanah terbiar dikawasan itu. tanpa rumah orang dan sesekali banyak lembu terikat ditepi jalan.

kalaulah malam itu sudah tengah malam memang sah samad takkan melalui jalan itu punya namun mengenangkan malam masih muda samad melalui jalan itu juga . ini kerana jalan itu adalah jalan pintas yang paling cepat samad dapat sampai kerumahnya.

di benak nya tergambar anak dan isterinya dirumah sudha pasti sedang menantikannya utnuk membawa nasi ambeng yang menjadi berkat untuk dimakan bersama keluarganya.

ketika samad menaiki basikalnya beliau berhenti secara mengejut. ini kerana beliau agak kehairanan bagaimana jalan yang selalu dilalui pada siang hari disitu yang lurus boleh menjadi jalan belok kekanan dan lebih menghairankan bagaimana dihadapannya boleh ada parit yang merentangi jalan.

tanpa mengesyaki apa apa samad membelokkan basikalnya kekanan dan terus mengikuti jalan itu.

tiba tiba samad baru tersedar beliau telah berada dalam rimbunan rumput.

samad melihat semula jalan yang dilalui nya sebentar tadi. hairan jalan yang dilihatnya belok kekanan hilang yang ada hanya jalan lurus sahaja. malah parit yang merentangi jalannya tadi pun tiada juga.

sebaliknya yang lebih menghairankan bagaimana beliau boleh masuk kekebun yang semak ditepi jalan itu sedangkan kebun itu mempunyai parit dihadapan dan tidak bertiti

samad telah menduga pemandangannya telah dikaburkan oleh makhluk halus .

samad yang amat ketakutan terus berlari dan jatuh dalam parit. beliau bertungkuslumus naik ketepi parit dan meneruskan lariannya untuk pulang kerumah.

berkenaan dua kisah diatas saya tak dapat menceritakan secara detail ini kerana bukan saya yang melalui kisah tersebut dan saya hanya diceritakan oleh orang lain.

namun demikian saya akan cuba menceritakan kisah yang berlaku kepada diri saya sendiri dikawasan itu. dalam tajuk selanjutnya kisah saya ini berlaku selepas kisah bertarung dengan puaka matang. berbanding dua kisah sebelumnya berlaku sebelum kisah bertarung dengan puaka matang.

mungkin kisah kedua ini agak sukar difahami kerana tiada peta kot ada peta memang mudah difahami kot........

pengenalan puaka matang
d)puaka matang meminta barang

kisah ini berlaku kepada diri saya sendiri tapi tak delah seram sangat. kisah ini bermula pada suatu malam. selepas mendengar terdapat banyak sangat kisah kisah misteri di kawasan matang saya telah mengambil keputusan untuk melihat sendiri kawasan tersebut.

kalau nak cerita takut memanglah takut sebab itu adalah kawasan yang memang terkenal dihuni ramai lelembut. namun demikian apabila saya telah jelas kawasan tersebut telah berjaya di neutralkan oleh teman saya dengan separuh berani saya telah mengambil keputusan ini.

mcmner kawan sy neutralkan bab tu nanti sy akan ceritakan dalam kisah bertempur dengan puaka matang.

senang cakap saja nak menempahlah.untuk menjayakan projek ini saya telah mengajak seorang teman saya untuk sama sama melakukan perkara tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 09:46 AM | Show all posts
salam....zad...sihat ker...? lama xjumpa.....

wahwah best la rumah u neh mcm2 ada........ is dah habis khatam rumah u.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-7-2012 04:29 PM | Show all posts
sambungan..................

pada suatu malam selepas isyak saya telah kerumah sorang teman saya bernama fauzi. senang cakap malam tu saya bertandang kerumah fauzi hingga samapai tengah malam.

ketika waktu samapai tengah malam saya telah mengajak fauzi kesatu tempat. pada mulanya fauzi enggan namun selepas saya mendesak beliau dengan berat hatinya telah mengikut kemahuan saya.

dengan malasnya beliau telah membawa motorsikal buruknya keluar dari rumah. saya yang sudah sedia menanti di halaman rumahnya terus membonceng motorsikal buruknya untuk menuju ke matang. namun lokasi tempat tujuan masih saya rahsiakan darinya.

ketika diatas motorsikalnya beliau bertanya dengan saya"syam kita nak kemana ni....?"soalnya kepada saya....

"alah kau ikut jelah nanti kau taulah yang penting kalau aku cakap belok kau belok kalau aku diam kau terus je....."saya menjawab namun yang pasti jawapan saya pasti menambah kemusykilannya.....

fauzi yang memang dah ngantuk malas nak melayan karenah saya itu.memang senagaja saya menyembunyikan lokasi tersebut sebab kot saya bagi tau awal awal memang dia pasti enggan untuk pergi bersama saya ke matang di tengah malam.....

saya seperti penunjuk arah bagi pelumba rally paris dhaka sentiasa memberi arahan kepadanya untuk belok dan jalan terus. kadang kadang saya buat lawak dengan mengarahkannya untuk buat belokan sebanyak 90darjah.....

tapi oleh kerana dia yang memang dah di selubungi kengantukan yang melampau lawakan saya itu tidak membuatkan dia ketawa atau tersenyum sekalipun. kot senyum pun bukan saya nampak sebab saya hanya pembonceng dibelakang dia....

sampai keselekoh masuk ke jalan matang saya menyuruh fauzi belok....

fauzi tergamam dan terus memberhentikan motorsikalnya...ternyata arahan saya supaya belok kejalan matang itu telah mematikan kantuknya dan beliau jadi sangsi dan serba salah...

dia berkata kepada saya "syam kau ni dah kena rasuk ke? kau tau tak ini jalan nak masuk ke matang? kau ni sihat tak ini kan tengah malam........"

saya menjawab "aku tau ........... alah kau belok je......."

fauzi terus berkata "syam tempat ni bukan ke abang yuspa dah bagi tau keras......?"

saya membalas"alah abang yuspa kan dah lembutkan kawasanni beberapa tahun lepas....."

fauzi serbasalah dan mematikan enjin motorsikalnya....

saya pula terus mendesak beliau untuk belok....

"fauzi kau jangan risau bukanke beberapa petang lepas kita telah lalu kawasanni takde apa pun berlaku kat kita ini kita cuba jelah ditengah malam apa kaan jadi kita akan sama sama saksikan sekurang kurang kau boleh jadi saksi kepada apa yang kita akan jumpa..........."

saya cuba meyakinkan fauzi....

fauzi kelihatan tidak dikuasai rasa mengantuk lagi sebaliknya ia agak terkejut kerana saya mendorong ia sampai ketempat tersebut....fauzi terus termenung sejenak...

tiba tiba ia bersuara.....

"ok gak idea kau tu meh kita redah matang malam ini......."

sebaik fauzi berkata sedemikian fauzi lantas menghidupkan enjin motorsikal buruknya dan masuk kematang . malam itu suara enjin motorsikal fauzi memecah keheningan malam kesunyian dan kedamaian penghuni matang...

sampai ditengah perjalanan jalan matang dari sayup sayup jauh kelihatan seekor burung hantu sedang berdiri ditengah jalan. lampu motorsikal buruknya menerangi tubuh burung hantu itu....

fauzi berkata kepada saya "syam kau nampak tak benda kat depan kita tu?"soal fauzi kepada saya....

"aku nampak kau langgar je......... bujur lalu melintang patah...."jawab saya bersahaja....

fauzi pun memulas minyak motorsikalnya dan motorsikal bergerak laju kearah burung hantu yang sedang menanti kami ditengah jalan....

ketika motorsikal fauzi menghampiri burung hantu itu tiba tiba enjin motorsikal fauzi mati secara mendadak dan kami berhenti sehampir 2 meter dari burung hantu itu...dalam jarak tersebut jelas kelihatan burung hantu itu setinggi dada orang dewasa berdiri. burung hantu itu merenung kearah kami dan seketika kemudian burung hantu itu terbang kearah kami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 04:31 PM | Show all posts
sambungan................

saya dan fauzi sama sama menundukkan kepala supaya burung hantu yang terbang itu tidak melanggar kami. selepas burung hantu itu melepasi kepala kami kami terus menoleh kearah burung hantu itu terbang dibelakang kami. dengan gaya pemburu yang handal burung hantu itu pergi terbang meninggalkan kami ditelan kegelapan malam...

saya terus melompat turun dari motorsikal fauzi dan diikuti fauzi yang turun dari motorsikalnya beliau cuba membelek motorsikalnya dalam gelap. kadang kadang rasa gelihati pun ada dihati saya. bukan apa sedangkan dalam cerah pun kot dia ni disuruh baikkan motorsikal tak boleh baik inikan pula dalam gelap.

saya mengeluarkan lampu suluh kecil dari poket seluar saya dan menghidupkan lampu suluh itu....

melihatkan cahaya lampu suluh saya fauzi terus berkata kepada saya.

"bak mai lampu suluh tu aku nak tengok apa hal motor ni....."

saya menyerahkan lampu suluh itu kepadanya.fauzi menyuluh plug motornya dan cuba mencabut plug motornya.memang kami telah diberitahu selalunya kalau para lelembut berkemampuan matikan enjin puncanya adalah dari plug motor...

sedang fauzi sibuk membelek plug motornya saya memandang sekitar kawasan tersebut. sesuatu menarik perhatian saya. setangkai bunga lalang yang tunduk kearah jalan. saya terus pergi kearah bunga lalang itu lalu mencabut bunga lalang itu. kemudian saya melihat sekeliling. ternyata kegelapan malam menghalang pemandangan saya.

selepas mencabut bunga lalang itu saya pergi kearah fauzi....

"macam ner dah ok ke?"soal saya bersahaja kepada nya lalu meletakkan bunga lalang itu kedalam bakul motorsikalnya....

"ntahlah aku pun tak pasti plug ni baru semalam aku tukar takkan dah buat hal...."jawabnya bersahaja. memang saya pun tau sebab semalam petang baru je dia ajak saya pergi servis motor dia tu..

fauzi pun cuba berkali kali menghidupkan enjin motorsikalnya namun gagal.kadang kadang kesian gak tengok dia termengah mengah menghidupkan enjin motornya ahak ahak ahak.......

meliatkan kegagalannya saya berkata kepada fauzi.......

"kau pergi ke tepi biar aku uruskan........."

fauzi pun menjauhkan diri dari motornya.dan saya pun membaca sesuatu dan menghembuskan kearah enjin motorsikal fauzi..

"dah cuba hidupkan" arah saya kepada fauzi...

fauzi menghampiri motorsikalnya dari gerakan yang agak malas saya rasa dia mungkin tidak yakin dan anggap saya seperti mempermainkannya. dengan malasnya dia menghidupkan motorsikalnya....

"vrom ......vrommm........."enjin motorsikalnya memecahkan keheningan malam.......

"syam teror kau apa kau jampi enjin aku ni tadi?"soal fauzi kepada saya....

saya terus membonceng motornya dan bertanya kepadanya. dia pula menyerahkan kembali lampu suluh yang masih ditangannya dan saya terus memasukkan lampu suluh itu kepoket seluar saya.

tanpa membuang masa fauzi terus menggerakkan motorsikalnya meninggalkan jalan matang....

dalam perjalanan saya bertanya kepadanya.......

"kau nak tau serapah yang panjang ke atau yang pendek?"

fauzi menjawab..........

"yang pendek boleh yang panjang lagi boleh dah tentu yang panjang lagi power....."

saya pun berkata..........

"marang kerapu kepunden parang sekeper...... itu yang pendek yang panjang kau taknak tau ke?"

fauzi terdiam seketika mungkin perasan saya mempermainkan dia kot?

"yang panjang pulak mcm ner?"soalnya kepada saya

tergelak kecil saya takkanlah dia tak tau saya tengah bergurau dengan jampi serapah yang merapu rapu.namun demikian saya tetap menjawab........

"yang panjanglak bunyinya mcmni..............marang kerapu merapu rapu makan ikan kerapu kepunden parang sekeper pak mamat parang kontot pak amat parang panjang mak lampir pakai selipar......."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2012 04:32 PM | Show all posts
sambungan................

jawab saya bersahaja..........

fauzi diam ...........mungkin dia malas nak layan karenah saya ........

saya pun berkata kepada nya kembali......

"aku baca ayat al kursi dan hembus kat enjin kau..........al hamdulillah menjadi kot tak alamat kita kena nyorong malam ni..."

fauzi hanya diam dan seketika kemudian dia berkata kepada saya

"syam kau rasa tadi tu burung hantu ke..?"

saya menjawab.......

"ntahlah takkan burung hantu mcm tu punya tinggi sampai tahap dada kita berdiri kot ....?"

fauzi mengiyakan saya......

"haah.... lah syam takkan besar tu tapi tengok mcm takde pape pun kat kawasan tu langsung tak seramlah"

saya menjawab.....

"iyalah langsung tak seram tapi kot kau suruh dok satu malam kat situ seram tak agaknya?"

fauzi menjawab sambil ketawa dengan loghat indon yang ditiru dari drama indon yang selalu ditonton di tv..........

"ampun pak........hahahhahaha.........."

kami berdua ketawa..........

malam itu kami kembali kerumah fauzi dan dari rumah fauzi saya kembali pulang kerumah saya.........

secara peribadi saya katakan tempat tu takdelah menyeramkan sangat tapi ntahlah kita tempah kot kita terserempak tak pastilah seram tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 04:33 PM | Show all posts
salam....zad...sihat ker...? lama xjumpa.....

wahwah best la rumah u neh mcm2 ada........{ ...
ismaha Post at 9-7-2012 09:46


Alaikummussalam is.. kan.. lama dah tak jumpa... terima kasih gak kat is sudi jenguk kat tread nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 04:35 PM | Show all posts
sambungan................

pada keesokan tengahari selepas saya solat zuhur fauzi datang kerumah saya........

kebetulan diwaktu itu saya berada di bawah rumah sedang berehat rehat...

"assalamualaikum"

......fauzi mengucap salam selepas melihat saya. terburu buru dia turun dari motor dia...

"waalaikum salam.. apahal kau ni dari mana nak kemana tinggi rumput dari padi..."saya menjawab salam sambil berseloroh cuba membuat lawak jenaka...

namun dengan muka serius fauzi bertanya...

"malam tadi kau letak apa dalam bakul motor aku?"

"bunga lalang........"

saya menjawab pendek......

fauzi menepuk kepalanya dengan tangan kanannya. sepertinya dia tak berpuashati dengan jawapan saya. dengan geram dia bertanya lagi kepada saya......

"........eeeiiiiiiii........aku taulah tapi apa benda tu?......"

saya menjawab dengan bertanya kembali kepadanya.....

"naper........?"

fauzi menerangkan kepada saya.......

"kau tau tak malam tadi ikut cerita atuk aku satu malam aku ngigau....."

fauzi mendiamkan diri seketika.......

saya terus khusuk mendengar ceritanya lalu berkata......

"dah tu apa jadi teruskan lah citer kau...."

fauzi meneruskan kata katanya...

"siangnya atuk aku suruh kembalikan balik apa yang aku ambil malam tadi...."

saya berkata pula kepadanya...

"aku bukan nak tau yang tu tapi aku nak tau apa yang kau ngigaukan........"

fauzi memulakan cerita.......

"malam waktu aku tidur aku mimpi aku balik ke matang... lepas tu aku jumpa seorang perempuan yang amat buruk rupanya dia minta barang yang kau amik dari sana dia nak aku pulangkan secepat mungkin........."

saya terdiam seketika dan bertanya kepadanya.....

"mana bunga lalang malam tadi tu.......?"

fauzi menjawab........

"aku dah pulangkan dah kat sana aku baru balik dari sana"

saya degnan bersahaja berkata...

"kalau mcm tu semuanya dah selesai dah tak payahlah runsing runsing lagi...."

fauzi terpingga pingga dengan apa yang saya katakan...

tengahari itu kami bersembang perkara perkara lain yang langsung tiada kaitan dengan hal hal matang . setiap kali fauzi nak mengungkit hal matang saya akan cuba menukar topik al maklumlah saya sedar kesalahan saya ... kalau terus citer bab bab matang ni mau kena sembur punya dengan dia ..

malah perkara perkara yang berbaur misteri pun saya jauhkan dari dibincangkan yang kami bincangkan pasal hal ehwal kampung politik negara dan politik antara bangsa hehehehehe.........

kadang kadang mcm rasa ahli politik lak yer............

tamat .....

nak rehat jap tenet bikin tension kalau nak bagi komen silakan lepas ni saya akan sambung kepada bertempur dengan puaka matang dimana teman saya yang akan terlibat dalam hal tersebut

saya dekat dekat terlibat tapi tak telibat....... nantilah saya tepekkan kisah tersebut dah tulis tinggal tepek je.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 04:37 PM | Show all posts
sambungan...............

2-bertempur dengan puaka matang

pada suatu malam saya pergi kerumah abang yuspa .......

kelihatan angin abang yuspa tidak begitu baik....

wajah nya jelas kelihatan tidak berpuashati dan sedang kemarahan....

saya telah bertanya kepadanya...

"lain macam je bang malam ni........?"

dia menjawab dengan nada yang agak marah........

"mau tak lainnya aku bengang betullah dengan puaka matang ni ada ke patut aku yang selama ni tak nyusahkan depa sedap sedap

je depa mainkan ahli keluarga aku"

saya terkedu mendengar istilah "puaka matang" dan terus terang dalam hidup saya itulah kali pertama saya mendengar istilah

"puaka matang". oleh kerana pelik dengan istilah itu saya bertanya balik kepadanya....

"puaka matang itu buat apa......."

abang yuspa menjawab......

"subuh dua hari lepas ayah aku pergi solat subuh kat masjid. waktu dia balik tiba tiba dia rasa ada sesuatu melanggar tubuh

dia dah tu dia jatuh dari motor tapi benda yang melanggar tubuhnya tak kelihatan........sampai sekarang orang tua aku masih

dok atas katil tak larat bangun,makan pun bersuap lagi........"

saya bertanya lagi......

"mana abang tau puaka matang punya hal.....?"

yuspa pun menceritkan kepada saya berkenaan puaka matang supaya lebih jelas lagi siapa puaka matang itu. dari dia lah saya

baru tahu situasi matang itu. malah selepas itu saya banyak bertanya berkenaan kawasan matang itu dari orang tua kawasan

tersebut dan 3 cerita awal yang saya kemukakan sebelum ini adalah saya dapat dan saya sahkan dari beberapa orang tua kawasan

tersebut.....

namun demikian seperti yang telah saya sebut sebelum ini kisah matang ini semakin dilupakan malah jenerasi muda sekarang ini

benar benar telah melupakan kisah puaka matang ini malah kawasan matang adalah salah satu kawasan yang amat digemari oleh

mat motor untuk test kelajuan motor masing masing........

kita kembali kepada kisah abang yuspa dan saya.......

melihatkan abang yuspa yang sedang agak marah saya pun mengapi apikan dia dengan berkata......

"memang patut abang yuspa kerjakan puaka matang tu biar dia tau sikit kita manusia ni lebih hebat dari mereka tu...."

kata saya cuba meracunnya....

kami diam seketika kemudian saya smabung kata kata saya kembali....

"kasi ajar je puaka matang yang kurang ajar tu cubalah abang fikir pernahke abang sekeluarga kacau mereka tapi pehal lak

mereka kacau ayah abang tu...."

"memang tak patut betul puaka kurang ajar tu...."

sambung saya lagi.....

abang yuspa yang tengah marah hanya mampu mengiyakan kata kata saya . ternyata racun api yang saya sebarkan kepada nya telah

melarat dalam jiwanya.....

tiba tiba ia berkata.......

"syam kau temankan aku kerjakan puaka matang tu....."

saya pula bertanya.....

"siang ke malam......?"

abang yuspa menjawab.......

"dah tentu malam siang ada apa......"

saya menjawab.........

"bukan saya taknak tapi masalahnya ayah saya tak bagi saya keluar malam"

satu jawapan yang amta tak munasabah dan munasarawak mau taknya yang saya dok hadap dia waktu tu bukan hampir tengah malam

ke......?yang sebenarnya saya malas nak risikokan diri saya lebih lebih lagi selepas dia menceritakan kisah kebejatan dan

keangkeran puaka matang tu lagi lah saya cuba elakkan diri.....

sapa nak susah beb.......

tapi saya seperti bernasib baik kerana dia seperti tak menyedari waktu tu waktu tengah malam hehehehhehe.........

tiba tiba abang yuspa berkata kepada saya.........

"tak pelah nanti aku minta main adik aku temankan aku......"

peh lega betul saya bila abang yuspa cakap mcm tu. kadang kadang malu gak tadi awal awal bukan main mengapi apikan lagi

smapai masa awak yang lari.......

hehehehehe................

malam itu hampir satu malam kami hanya bercerita kisah puaka matang ... pendek kata lah kot betul orang tua kata kot sebut

nama kat belakang orang alamat orang tu tersedak saya rasa jenuh satu malam puaka matang tersedak akibat kami tak henti

henti sebut dan cerita kisah mereka.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 04:38 PM | Show all posts
sambungan..............

pada petang esoknya yuspa pergi berjumpa adiknya main dirumah ayah nya.....

sebaik berjumpa adiknya main yuspa berkata.........

"main malamni ikut abang pergi jalan jalan ye......"

"nak kemana lak bang nak tengok orang berubat ke.......?"

main bertanya.........

melihatkan main yang terlalu banyak tanya yuspa dengan nada tak puas hati berkata kepada main........

"alah kau ikut je jangan banyak songeh, lagi satu jangan bagi tau sesapa projek kita tengah malam ni kau cakap je dengan

ayah malam ni kau tidur rumah abang......."

"ok lah bang nanti saya bagi tau ayah maalm ni saya nak tidur rumah abang ... pastikan malam ni projek bagus punya ye......"

main meminta jaminan........

memang dah jadi kebiasaan apabila abang yuspa ingin mengubat orang beliau akan mengajak main untuk menemankan

dirinya...secara kebetulan main ni pun memang suka bersama sama dengan abang yuspa .........

tapi lah kot main taulah malam tu dia nak kena temankan ke matang alamat mati idup balik dia enggan sebab main pun bukan tak

reti matang tu tempat apa........

sebenarnya selama saya mengenal yuspa dia ni bukanlah dukun atau bomoh hanya dia ni kira ada sedikit kepandaian mengubat

orang dan dari kepandaiannya itu ia gunakan untuk mengubat beberapa saudara mara yang terdekat ....

baginya dia memang tak berminat untuk mempunyai kerjaya dukun atau bomoh kerjaya nya sebagai kakitangan jabatan kesihatan

sudah cukup untuk menampung hidup mereka sekeluarga........

mendengar permintaan jaminan dari main yuspa hanya menjawab.........

"jangan risau gerenti bagus punya sampai mati akan jadi pengalaman berharga kepada kau............."

petang itu selepas yuspa menyampaikan hajatnya kepada adiknya main beliau terus kembali kerumah dan melakukan beberapa

persediaan awal untuk berhadapan dengan pertempuran yang tak pasti di malam hari .........

namun tiada siapa pun yang tau projek mereka malam itu hanya mereka berdua je yang tau....

dan mereka sendiripun tidak tau nasib mereka selepas malam itu hanya allah yang tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 04:39 PM | Show all posts
sambungan..............

pada malam yang dijanjikan antara yuspa dan main mereka pun bertemu dirumah yuspa.....

selepas solat isyak dan makan malam kedua beradik itu duduk diruang tamu.........

main bertanya yuspa.......

"akang malam ni kita nak kemana......?"

yuspa menjawab.......

"nantilah tengah malam aku bawak kau ke satu tempat... tapi ingat jangan bagi tau kat ayah......."

main berkata........

"baiklah akang kot itu yang akang nak saya akan rahsia kan dari ayah kemana kita akan pergi malam ni........."

yuspa diam sambil melihat adiknya yang berusia 14 tahun itu.....

kadang kadang difikirkan lawak juga bagaimana adiknya itu boleh gempal dan mengalami absesiti sedangkan mereka 9 beradik

lain boleh dikategorikan sebagai kurus.....

yuspa terkenang 9 adik beradiknya yang lain....mungkin sebab main ini anak bongsu dan anak ragil dalam bahasa jawa gelaran

bagi anak bongsu dan anak kesayangan keluarga membuatkan dia kurang beraktiviti sehingga mengakibatkan berat badannya naik

yelah ketika dulu keluarga mereka boleh dikatakan antara keluarga yang susah. yuspa terpaksa membantu ayahnya bekerja untuk

mencari penghidupan keluarga.. berbanding dengan main yang lahir kedunia keluarga mereka boleh dikatakan agak senang dan dia

hanya menghabiskan masa hidupnya dengna belajar sahaja..........

lamunan yuspa itu terhenti apabila adiknya itu bertanya.......

"akang apa yang akang menungkan tu............"

yuspa tersentak seketika itu......beliau berkata......

"tak de apa apa cuma aku heran mengapa kau ni sihat sangat jangan sampai nanti perempuan tak lari tengok bentuk badan kau

dahlah"

mendengar jawapan yuspa adiknya tidak menjawab dan memasamkan muka.........

air muka adiknya memberikan isyarat yang jelas jkepada yuspa bahawa guaruannya itu agak keterlaluan........

yuspa berkata sambil memujuk

"akang gurau je janganlah ambik dihati kau"

main tersenyum mendengar penjelasan pendek abangnya....

kedua beradik itu bersembang mesra sementara menantikan waktu tengah malam..............
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 04:42 PM | Show all posts
kasih mu is terima.........is SR jer kat bod mps ne.......tapi rasa nak tegur zad jugak....tue yg posting gak tue.......yela dh lama xjumpa......hihihihui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 04:46 PM | Show all posts
kasih mu is terima.........is SR jer kat bod mps ne.......tapi rasa nak tegur zad jugak....tue yg  ...
ismaha Post at 13-7-2012 16:42


tu lah dah lama zad tak lawat board pelbagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 04:55 PM | Show all posts
tu lah dah lama zad tak lawat board pelbagai..
zadzamusa Post at 13-7-2012 16:46



   yaka.....patut lama xnampak daa......ish ish.....nak kena neh.....
situe la tempat kenalan kita..........eh eh...pesal emo sgt neh....
( padahal is pun kadang2 jugak...xselalu macam dulu....hihihhihi)
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 05:00 PM | Show all posts
salam zad... huh.. nak kene rempit balik page yg tertinggal nih..hehe.. teruskan yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 05:05 PM | Show all posts
yaka.....patut lama xnampak daa......ish ish.....nak kena neh.....
situe la tempat ...
ismaha Post at 13-7-2012 16:55



   tu la is kekadang sibuk tak sempat nak jenguk... Insya Allah nanti kita rempit balik kat sana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 05:07 PM | Show all posts
salam zad... huh.. nak kene rempit balik page yg tertinggal nih..hehe.. teruskan yer...
auntymelly Post at 13-7-2012 17:00


Alaikummussalam auntymelly... lama dah tak nampak... rindu zad kat aunty... sesama la kita ye.. aunty.. macam biasa.. kalau ada cite bes.. silalah hubdate sekali ye.. rindu sesangat kat aunty..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.081011 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list