CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
 Author| Post time 13-7-2012 05:11 PM | Show all posts
sambungan...........

suasana kampung amat sepi apabila menjelang tengah malam.... kegelapan menyelubungi malam yang kian pekat...embun mula

menitis dibumi.. atap zink mula basah di selimuti embun jantan.. sesekali terdengar bunyi motorsikal dan kereta namun

terlalu jarang sekali sebagai isayarat tengah malam... burung hantu sesekali berbunyi dengan bunyi yang amat menakutkan..

kalau ikut kata orang tua pabila burung hantu berbunyi alamat ada orang yang hendak berhijrah dari dunia fana kepada dunia

baqa... tapi ntahlah seringkali juga burung hantu menyanyikan lagu malam namun tiada pula orang yang meninggal pada keesokan

paginya...

sesekali terdengar bunyi tayar getah kuat mencengkam jalan tar, bunyi yang dihasilkan dari jip polis yang meronda dimalam

hari menjaga keamanan kampung.. mungkin juga cuba mencegah penyeludupan gudang garam rokok seludup yang amat terkenal dari

dulu hingga kini.. mungkin juga pergi kesatu satu balai lain untuk urusan negara yang rakyat marhaen tidak mengetahui..

tegasnya suasana maalam didesa amat tenang namun desbalik ketenangan itu dibelakang kenyamanan itu manusia seperti kita

sering terpedaya dengan kenyamanan itu ...

petunjuk yang jelas tengah malam apabila dua jarum jam jelas menutup satu sama lain dan sama sama mengarah keatas..

bunyi jam antik dirumah yuspa membunyikan 12 kali dentingan tanda paling jelas waktu tengah malam sudah menjelang...

mendengar bunyi itu yuspa berkata dengan main....

"dah sampai masanya kita gerak sekarang...."

main dengan gembira terus berkata...

"baiklah yong tunggu kat bawah rumah"yong tu maknanya saya dalam bahasa jawa daaaaaa....heheheh...sambil baca citer kita

belajar bahasa jawa jugaklah .........

main terus meluru kebawah rumah dan tercegat ditepi motor yuspa..

"mah akang nak keluar jap dengan main..."

yuspa berkata dengan nada yang agak kuat kepada isterinya yang sedang menidurkan anak anaknya..

mendengar suara suaminya imah pun keluar dari bilik dan pergi menemui suaminya. sebaik melihat suaminya yang sedang ingin

keluar isterinya berkata kepada suaminya...

"malam malam ni nak kemana bang......."

yuspa menjawab ringkas dengan nada mengarah tapi lembut sewajarnya seperti sisuami sedang menyuruh isteri

"tutup dan jangan lupa kunci pintu.."

jawapan yang tidak menjawab soalan imah membuatkan imah hanya berdiam diri... imah memang telah maklum dengan sikap suaminya

ini yang seringkali enggan menceritakan kemana yuspa ingin pergi.. walau begitu naluri perempuan imah membuatkan dirinya

tidak pernah berputus asa untuk terus bertanya suaminya kemana suaminya ingin pergi..

namun selama perkahwinan tidak pernah terlintas dihati imah yuspa akan mencuranginya..sebab dia tahu sikap yuspa jika benar

dia ada hubungan dengan perempuan lain yuspa akan berterus terang dengan dirinya..

sikap berterus terang yuspa ini ada kalanya tidak boleh tidak membuat kan mereka suami isteri berperang malah imah masih

ingat lagi akibat terlalu marah ia pernah melibaskan parang dan mengacukan parang itu kepada yuspa .. namun demikian apabila

difikirkan seperti menyesal ia..

sebab bukan ia tak faham yuspa ni kategori hangat hangat tahi ayam dan seringkali berubah fikiran ... buktinya dah beratus

kali yuspa berkata ingin nikah lagi tapi sampai sekarang takde pulak dia bermadu...kadang kadang dilihatnya yuspa ini

bersikap seperti ayam betina bertelur sebiji riuh sekampung...

"ha.... apa yang kau mengelamun tu tutup lah pintu aku nak keluar ni sempat lagi kau berangan ye, apa yang kau angankan ?

kot kot kau ni tengah angan kan rupa madu kau ke?"

imah menjawab dengan nada acuh tak acuh.......malas imah nak layan kegatalan suaminya yang semakin miang ...makin dilayan

makin tambah kegeliannya mendengar gurauan suaminya.

"yelah saya kan nak hantar akang ke pintu ni......"

malah saya sendiri pernah dinasihati oleh yuspa kalau kelak saya berkahwin setiap hari cuba didik isteri tu bakal terima

madu bukan pe katanya kot kelak betul kita nikah lagi dia tak terkejut. ntahlah saya rasa forumer boleh cuba idea dia ni

yang kurang bernas lagi bermutu ni kot..........

yuspa meninggalkan isterinya di bahunya tersangkut beg sandang. dia turun dari rumah . sebelum kakinya menjejak tanah

mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2012 05:13 PM | Show all posts
sambungan.............

main yang sedang setia menunggu di bawah rumah melihat gelagat abangnya itu...

dilihatnya langkah abangnya tidak ubah seperti seekor harimau mencari mangsa al maklumlah abangnya ini memeang pendekar

silat cimandi asli dan bersama dua lagi abangnya yang lain pernah membelasah 30 orang dalam pertempuran malam minggu di

pekan sabak.peristiwa ni berlaku sekitar tahun 80an dimana yuspa bersama dua orang adiknya telah membelasah geng kuda kepang

yang sedang mabuk air tebu terbalik senang cakap araklah......

malah yuspa ini pernah masuk dalam majalah yang berkaitan misteri malangnya saya sudah lupa tajuk majalah dan keluaran

berapa ...dalam majalah tu beliau menceritakan koleksi keris dan kisah beliau mengubat orang ... insyaallah dalam tulisan

yang lain saya akan ceritkan kembali kisah tersebut........

mungkin jika anda dapat mengesan majalah itu anda akan dapat kesan nama nama sebenar dalam kisah ini dimana kesemua nama

sebenar dalam kisah ini telah saya tukarkan dengan nama samaran............

hehehehe tu citer lain kita masuk balik kisah puaka matang......

main melihat abangnya melangkah kemas menuju kemotorsikal abangnya sebaik sampai ke motorsikalnya beg dibahu yuspa

diletakkan kedalam raga motor dengan separuh melompat yuspa memaiki motorsikalnya. enjin motor dihiupkan dengan sekali

tendang sahaja..

bunyi motorsikalnya mengoyak kedamian malam . yuspa mengarah adiknya..

"modok ......."

arahnya pendek.......

tanpa membuang masa main melompat dibelakang abangnya duduk di belakang abangnya. dari langkah main jelas kelihatan main

sangat gembira mengikuti abangnya . pasti malam ini dia akan dapat pengalaman baru dan berharga dlaam hidupnya ......

yuspa hanya mendiamkan diri motorsikalnya dihalakan kehalaman rumah dan mula meniki bukit kecil untuk ke jalan utama..

sesekali main menyanyi kecil menjelaskan lagi kegembiraan mengikuti abang tersayang . main hanya membiarkan sahaja adiknya

melakukan apa yang dikehendaki...

motorsikal bergerak perlahan dijalan utama...sampai satu selekoh kekiri yang pertama yuspa membelokkan motorsikalnya..masuk

kejalan dalam...main masih menyanyi kecil .

motorsikal bergerak laju dimalam hari.. sekali lagi mereka bertemu selekoh kekiri.... yuspa membelokkan motorsikalnya dan

terus bergerak laju............

nyanyian main terhenti...kegembiraannya seketika tadi terhapus dengan belokan yuspa kelorong tersebut......

main berkata kepada abangnya dengan nada ketakutan dan terkejut yang amat sangat...

"bang kita nak kemana ni?ini jalan nak ke matang....... ayah baru je kena sakat kat sini sampai sekarang tak bangun lagi....

abang jangan cari pasal lagi saya tak nak senasib dengan ayah..."

bertalu talu main berkata abangnya...........

namun abangnya mendiamkan diri......

main mula menangis ketakutan.........

"akang jomlah balik ..........jomlah balik.......jomlah balik........."

sambil menangis main mengajak abangnya balik .......lagaknya seperti anak kecil tapi sebenarnya anak terlajak besar mengajak

ayahnya balik........

abangnya mendiamkan diri.........tangisan adiknya tidak dihiraukan kadang kadang rasa meluat dihati yuspa bila mengenangkan

adiknya yang harap je badan besar tapi penakut nak mampus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 05:14 PM | Show all posts
sambungan..............

sampai dimuka jalan nak masuk ke matang... yuspa memberhentikan motorsikalnya...yuspa mula bersuara kepada main dengan

perkataan yang amat tegas...

"kalau kau nak balik turun sekarang......."

main menjawab

"yong wedik karo medi.."dalam bahasa melayu makna nya saya takut dengan hantu

yuspa dengan selamba menjawab.....

"kalau mcm tu ikut akang terus......"

main menangis semau maunya enggan mengikut abangnya.........

"yong orak betah"maknyanya saya tak mampu

yuspa naik angin dan menyuruh adiknya turun........

"modok........!"

sergah yuspa pada adiknya. modok ni bukan kodok atau rodok makna modokni turun salah satu perkataan jawa....

main turun .........dan membatukan diri didalam gelap sambil menangis.......

yuspa meneruskan perjalanan dengan perlahan........

main menjerit memanggil abangnya.......

"akang.........."

yuspa berpatah balik kearah adiknya...

dengan terpaksa benci dalam suka izin dalam paksa main membonceng motorsikal yuspa...

main terus menangis teresak esak....

tangisan adiknya tidak langsung membuatkan yuspa berlembut hati ... ada kalanya kelihatan dia tersenyum dalam gelap

melihatkan sifat takut adik nya yang melampau belum jumpa apa apa takat dengar cerita dah takut semacam....

tapi yelah mau tak takut kalau cuma dan hanya mendengar segala yang tidak baik sahaja.....

ketika mereka melalui jalan matang tiba tiba lampu motor yuspa yang di halakan rendah menyuluh seekor kucing hitam.......

main yang menangis teresak esak takut setengah mati melihat kucing itu lalu berkata...

"akang itu bukan kucing itu hantu kang kat sini mana ada rumah orang sampai ada kucing....."

yuspa yang memang melihat kucing hitam yang berkilat disinari lampu itu memberhentikan motor nya...

"itu mata mata puaka matang jangan risau aku telah bersedia lebih awal mereka takkan berani menjelma lebih dari itu aku

pasti dan aku yakin dengan ilmu yang aku miliki"

kata yuspa dengan penuh takbur kepada main adiknya...

menurut yuspa sendiri sebelum dia bertolak ke jalan matang dia sangat bersedia dengan berbagai tameng tubuh dari waktu

petang lagi........

diwaktu petang sebelum itu yuspa mandi berlangir dengan limau nipis yang telah ditawarkan selain itu juga yuspa telah

beramalan penuh diwaktu maghrib dengan berbagai hizib antara yang saya masih ingat hizib barq dan isim kuncung sebagai

penguat dan perlindungan yang sangat ampuh untuk menghadapi puaka matang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 05:39 PM | Show all posts
sambungan.............

malah selesai solat mahgrib sebelum ia jejakkan kaki kepuaka matang berbagai ia telah memegang sekalian punca bumi dan

sekalian punca angin empat penjuru alam dan empat unsur jasad iaitu air.... api... angin dan tanah....dengan beberapa petua

petua dengan berlandaskan gerak para pendekar dahulu kala....

pendek kata sekalian kuasa semulajadi alam telah digunakan untuk mengatasi kekuatan puaka matang....

patutlah yakin sangat dia nak berhadapan dengan puaka matang ketika malam itu....

malah menurutnya dengan izin allah tiada apa pun yang boleh memberi mudharat kepadanya baik dibumi dan dilangit dengan izin

tuhan jua .... malah sekiranya ia dihampiri oleh puaka matang malam itu insyaallah menurut gurunya puaka matang akan hancur

berkecai tanpa apa apa yang tinggal ..

begitulah hebatnya persediaannya untuk berhadapan dengan puaka matang tapi tak taulah itu kata dia hehehehhee kadang kadang

malas saya nak dengar sangat sebab kadang kadang indah khabar dari rupa hak hak hak hak.....

bab yang saya tulis kat atas tu tolong jangan tanya saya mcmner cara buatnya sebab saya pun tak reti jadi kalau anda tak

reti apa dia buat memang patut saya lagi tak reti nak terangkan.......... saya waktu dia ceritakan perkara itu pun saya ngih

ngihkan je..... senang cakap malas nak lawan lawan yekan jelah...........

kita kembali kepada kisah selanjutnya..........

yuspa terus menyergah kucing itu....

"kau jangan nak buat hal, panggil ketua dan segala raja kau. aku nak jumpa aku cabar semua puakan matang bergasak dengan aku

pergi sekarang"

yuspa berkata kepada kucing itu..

kelihatan kucing itu seperti faham apa yang dikatakan oleh yuspa dan kucing itu lari masuk kedalam semak dan menghilang...

main terus menangis teresak esak dan mengajak yuspa balik.......namun tidak dihiraukan oleh yuspa....

ketika jalan matang sampai kepenghujung yuspa seperti tidak berpuashati dan memberhentikan motornya dan turun dari

motornya....

perlahan lahan yuspa melutut kebumi puaka matang ....

yuspa mengeluarkan sebilah pisau dari pinggang nya....belati itu digengam erat ditangannya dan sesekali dilihatnya didalam gelap

main hanya melihat dengan penuh kehairanan sikap abang nya itu .. terkebil kebil matanaya didalam gelap melihat gelagat

abangnya... tangisannya dihentikan perasaan takut yang sudah sedia ada bertambah kepada risau... mau taknya dilihatnya

abangnya memegang pisau .....

selepas puas hati dengan pegangan erat tangannya keatas bilah pisau itu yuspa berkata...

"assalamualaikum ya nabi allah tab alaihissalam.....aku mohon izin untuk menggunakan bumi sebentar...wahai bumi bukan aku

tikam kau ....kalau kau rasa sakit pulangkanlah sakit kau kepada puaka matang dengan izin tuhan....."

sebaik habis yuspa berkata berkali kali yuspa menikam bumi matang ......

sebaik ditikam bumi matang terdengar suara jeritan yang amat ngeri......suara kanak kanak, suara orang dewasa dan suara

jeritan menanggung kesakitan.....jeritan suara itu makin menambah keghairahan yuspa untuk menikam bumi....

main yang mulanya lega melihat yuspa menikam bumi menjadi terkejut dan hampir terlompat mendengar jeritan itu... akibat

suara jeritan yang amat kuat itu main menutup telinga dan matanya kerana tidak ingin melihat makhluk yang menjerit itu

menjelma ... dirasanya bumi matang sepertinya bergegar dengan jeritan itu......

sehingga yuspa keletihan baru lah yuspa menghentikan tikaman itu ..... suara jeritan semakin perlahan dan menghilang...

yuspa menghampiri main yang sedang menggigil ketakutan menutup mata dan telinga...

yuspa menepuk bahu main...... bukan kepalang terkejutnya main di redahnya tubuh yuspa dan dengan kemas yuspa menangkap tubuh

main dan menguncinya dengan kunci gaya selembar supaya tidak bergerak tubuh main yang gempal itu...tangan yuspa yang masih

memegang pisau di jauhkan sedikit dari tubuh main supaya tidak mencederakan main.......

yuspa menenangkan main.......

selepas melihat main tenang yuspa perlahan lahan melepaskan tubuh main ... walau dilepaskan tubuh main namun dengan berhati

hati yuspa terus memerhatikan gerakan main dan bersedia untuk hadapi segala kemungkinan dari main yang sedang di selimuti

ketakutan yang amat sangat dalam perasaan main....

main bersuara...

"dah lah kang kita pulang dulu lah......."yuspa membalas......

"baiklah..."

mereka menuju kearah motorsikal ........yuspa menyarungkan kembali pisaunya kepinggang ... perlahan lahan dia naik

kemotorsikal dan diikuti oleh main.....yuspa menghidupkan enjin motornya dan motorsikal di halakan kembali kearah jalan

matang .......

melihat situasi itu main mula bersuara......

"akang kita ikut jalan lainlah......"

dengan selamba yuspa menjawab

"jauh........"

main tidak berpuashati dan berkata kepada abangnya yuspa dengan nada yang ditinggikan......

"akang kita tak nak ikut kalau akang nak jalan ikut sini"
dengan selamba yuspa menghentikan motorsikalnya dan berkata........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 05:40 PM | Show all posts
sambungan.............

"turun sekarang......"

ternyata dengan yakin main turun......

yelah mana tahan nak ikut idea yuspa je.......

yuspa berkata kepada main....

"kau tunggu bas kat sini kot nak ikut jalan lain"

main tersentak dengan kata kata yuspa dan bertanya......

"tengah malam mcm ni mana ada bas?"

main dengan bersahaja menjawab ......

"kalau macam tu tunggu teksi......kalau takde malam ni tunggu je esok pagi teksi akan lalu disini juga"

main terkedu mendengar jawapan yuspa. tak sanggup rasanya untuk duduk disini satu malam sampai kepagi.... dengan nada

memujuk dan mula memperlahankan nada mungkin ia baru sedar keadaan tidak menyebelahinya main berkata ....

"akang kita ikut jalan sana lah tak payah lalu matang...."

yuspa dengan selamba megulang balik apa ia katakan tadi....

"kalau tak nak tinggal sini naik sekarang sebelum aku tinggalkan kau sorang sorang disini biar kau jadi bahan makanan puaka

matang........."

mendengar dari mulut yuspa perkataan puaka matang main tanpa membuang masa berlari dan melompat membonceng motor yuspa....

memang sah dihati main benar benar tidak puashati dengan sikap yuspa ... namun apakan daya dia hanya penumpang ditengah

malam diatas motorsikal yuspa....ikut kata drebar jelah walau tak puas hati sekalipun........

mereka sekali lagi merentasi jalan matang untuk pulang ...jalan yang telah dilalui tadi....... yang menghairankan kali ini

kelihatan cahaya yang terang dihadapan mereka ..........

main mula ketakutan dan berkata kepada abangnya...

"akang cahaya apa kat depan tu.......?"

yuspa tidak menjawab dan melajukan motorsikalnya kearah cahaya yang kelam kelam dilihat dari jauh...

sampai di cahaya itu mereka berdua tergamam melihat sebuah rumah yang amat besar....satu anak tangga rumah itu adalah

setinggi pinggang orang dewasa ......rumah itu tersergam kukuh dan diterangi cahaya lampu yang amat terang... baru mereka

tau dari mana asal rumah itu...

dihalaman rumah itu telah tercegat seorang tua yang agak bongkok dan kurus kering........

yuspa memberhentikan motornya di jalan hadapan rumah tersebut yang betul betul ditepi jalan...

main yang ketakutan berkata kepada yuspa....

"akang itu rumah sapa tu akang?kat sini mana ada orang tinggal itu rumah hantuuuuuu...."

yuspa dengan bersahaja menjawab

"selalu kau cuma baca kisah rumah hantu sekarang kau lihat puas puas rumah hantu....."

main berkata kepada main dengan tubuh menggeletar seribu....

"akang jom kita pergi cepat...."

ajakan main itu menemui kehampaan dalam diri main apabila yuspa mematikan enjin motornya kunci diambil dan dimasukkan dalam

poket.....yuspa turun perlahan lahan dari motor ... main masih berada diatas motor..

main kehairanan dan berkata...

"apa yang akang buatni marilah cepat kita lari..."

dengan wajah sugul yuspa berkata...

"tiada jalan yang ada jalan geruh kalau bukan geruh kita geruh mereka akan tiba...."

main terlonggo mulutnya mendengar kata kata abangnya jarang abangnya seserius ini....dengan wajah hampa main mula menangis

lagi .....

wajah yuspa mula melahirkan kekesalan kerana mengajak main... sepertinya ia pun tidak menjangka bahawa cabaran yang

dikemukakan kepada mata mata puaka matang itu diterima dengan tangan terbuka oleh puakan matang....

main terus bertanya.....

"macam sesuatu yang tak kena je akang ni....."

yuspa mendiamkan diri dan menyeluk poketnya dikeluarkan kunci motornya dan diserahkan pada main dengan tangan yang agak

sejuk...dan sedikit menggigil

"kalau jadi apa apa pada aku kau lari lah dari sini jangan toleh belakang......"

kata yuspa tenang kepada main.....

main bertanya lagi

"apa yang sedang berlaku ini akang........?"

yuspa menjawab lemah.........

"hampir 90% ilmu aku telah gagal untuk berhadapan dengan mereka ternyata mereka masih boleh menjelma untuk menyahut cabaran

aku......"

main terdiam terkedu mendengar kata kata abangnya.....wajah abangnya direnung semaunya........

"ingat pergi dari sini kalau berlaku perkara tak diingini kepada ku....."

ketika yuspa menceritakan kisah ini pada saya dia ada berkata kepada saya sekiranya dia tewas malam itu rasanya main pun

akan turut tewas sama kerana tiada jalan keluar saya ulangi tiada jalan keluar.....mereka bersama bukan berada dialam ajsam

ketika itu tapi di alam yang sampai sekarang dia pun tidak pernah menerangkan pada saya....yang nyata mereka kali ini benar

benar telah terperangkap..........

lamunan main yang merenung abangnya mati apabila abangnya bersuara....

"ingat jangan lupa pesan aku....."

main hanya mampu mengangguk lemah ... main memegang tangan abangnya yang agak sejuk dan menyambut kunci itu.....

yuspa meninggalkan main dan menuju kepada orang tua dihalaman itu untuk bertarung....

sesampainya dihadapan orang tua itu yuspa membuka langkah empat untuk memulakan tari langkah silatnya sebagai tanda

persediaan untuk dia bertempur....

orang tua itu menantikan dengan tenang........

yuspa melangkah kemas kekanan dan kekiri.....tangannya di putarkan keatas dan kebawah menarikan tarian langkah silatnya...

namun orang tua itu hanya memerhatikannya sahaja sambil tersenyum menyindir...

yuspa menjadi panas melihat orang tua itu.....yuspa mula menyerang dengan jeritan yang amat kuat.....

"hiaaah.........."

sebiji penumbuk sulong dilepaskan tepat kemuka orang tua itu....

"buk...."

penumbuk yuspa tepat mengenai muka orang tua itu...namun yang menghairankan tubuh orang tua itu masih utoh berdiri tidak

bergerak hatta seinci pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 05:43 PM | Show all posts
sambungan...............

sebaliknya yuspa merasa kebas seluruh tanganya serasa dia baru menumbuk tembok batu yang amat tebal lagi utoh...

yuspa amat tergamam ......

namun dikawalnya gerakannya sambil ia menarikan tarian silatnya sesekali diusap tanganya yang amat sakit akibat menumbuk

orang tua itu.....baginya tanganya itu sudah tidak mampu lagi untuk menyerang orang tua itu.....

orang tua itu terus tersenyum menyindir sepertinya ia tahu kesakitan ditangan kanan yuspa sekalipun yuspa cuba menyorokkan

kesakitan itu.....

orang tua itu mula melangkahkan kaki kanannya kehadapan dan sama sama membuka tarian silatnya....

sebaik tamat tarian silatnya orang tua itu merapatkan kedua kaki dan membuka luas tanganya tanda memberikan peluang kepada

yuspa untuk menyerangnya....

tanpa membuang masa yuspa meluru kearah orang tua itu

"hiaaah......."

jerit yuspa....

yuspa memusatkan kekuatan pada kaki kanannya dan menyepak tepat rusuk orang tua itu...

"buk......."

bunyi tendangan yuspa mengenai rusuk orang tua itu....

namun seperti tadi juga serangan itu gagal mencederakan orang tua itu sebaliknya kaki yuspa pula terjengkot jengkot

kesakitan......

kali ini yuspa tidak dapat menyembunyikan kesakitan kakinya...

senyuman orang tua itu semakin melebar melihatkan yuspa kesakitan dengan kaki terjengkot jengkot.....

sepertinya orang tua itu bisu tak reti berkata kata ..........

yuspa mengundurkan diri dari orang tua itu.....kemudian ia menjerit kepada main....

"main pergi sekarang jangan tunggu akang lagi pergi .... pergi.......!"

mendengar kata kata yuspa main terus mencuba menghidupkan enjin motor abangnya namun gagal....

yuspa yang melihat dari jauh terus menjerit kepada main....

"lari ...... lari......."

tanpa membuang masa main turun dari motorsikal dan cuba melarikan diri.....

orang tua yang tadinya melihat yuspa mula beralih arah kepada main..........

orang tua itu mengangkat tangan kelangit dan perlahan lahan menghalakan kedua tangan kepada main....

main yang sedang cuba memulakan langkah seribu tersungkur jatuh tubuhnya lumpuh tidak bergerak...

melihatkan situasi itu yuspa menjadi naik angin....

yuspa mengeluarkan pisaunya dan cuba menyerang dan menikam tepat kehulu hati orang tua itu....

malangnya pisau tajam itu tidak mampu melukai tubuh orang tua itu.. orang tua itu kebal.....

sedangkan menurut yuspa ketika menceritkan kisahnya itu kepada saya pisau yang digunakan telah ditapakan didalam air tajin

selama 40hari 40malam dan didalam bumi untuk dijadikan sebagai senjata paling ampuh untuk menghancurkan segala ilmu

kebal....namun gagal.......

orang tua itu yang dari mula masih tidak beralih tempat hanya bergerak sekitar tempat itu menjadi berang dan melepaskan satu

tumbukan tepat kearah muka yuspa.....

namun yuspa sudah menjangka serangan itu dengan mudah mengundurkan kaki kanannya setapak kebelakang dan menjarakkan tubuhnya

dari tubuh orang tua itu sambil membuang kekanan tumbukan orang tua itu dengan tangan kanannya....

yuspa benar benar terdesak ketika itu apa yang boleh dilakukan bersedia menanti serangan orang tua itu....untuk menyerang

agak mustahil dengan kekuatan orang tua yang sangat luarbiasa... malah ketika menepis serangan orang tua itu buangan tangan

yang dilakukan keatas tangan orang tua itu seperti gagal dilakukan........ dirasanya seperti menepis sebatang batang kelapa

yang meluru kearahnya.....

yuspa hampir hampir berputus asa.....namun dikuatkan semangat untuk menghadapi dan cuba mencari kelemahan orang tua itu.....

perlahan lahan yuspa mengundurkan langkahnya setapak demi setapak menjauhi orang tua itu....sehingga masa itu tiada apa yang

yuspa rancangkan dan tiada apa yang mampu dilakukan untuk mengalahkan orang tua itu.....

namun yuspa benar benar bersyukur kerana orang tua itu tidak menuju kearahnya dan hanya bergerak sekitar tempat dia

berdiri....

namun kegembiraan yuspa hanya seketika ..... sekali lagi situa itu menjulang tangan kelangit dan tiba tiba tubuhnya yang

kurus seperti piano bentuk rusuknya berubah menjadi tegap berubah sedikit demi sedikit menjadi tinggi dan besar....bulu bulu

tebal menyeliputi tubuh orang tua yang berubah seperti mawas yang amat besar.... sehingga dilihatnya yuspa hanya separas

pehanya sahaja......

yuspa benar benar kaget dengan situasi itu sedangkan orang tua yang kecil tidak mampu ditumbangkan inikan pula makhluk aneh

yang amat besar yuspa hanya mampu pasrah dan menanti tindakan makhluk aneh itu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2012 02:11 PM | Show all posts
Hai zad dan rakan2...
selama ni silent reader je. tp gatal tgan nk komen sini..best semua cita2 zad dan lain2. teruskan lagiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 03:50 PM | Show all posts
rs nya 3 hari kot dh Ash marathon citer2 kat sini..semua nya best. Ash nk share gak la citer yg Ash lalui bulan 4 yg lepas.Citer x seram sngt kot,tp bg Ash yg 1st time kene,mmg dap dup je jentung nih..

Citer nya cm nih. Bulan 3 lepas kami pindah ke umah br..umah kuarters la katakan. b4 nih umah kitong tngkt 3.tp umah baru tngkt 2. org lama tu pindh sbb dpt balek tmpt asal kt utara nun.. Sebelum pindah,Ash selalu jer dgr bunyi seolah2 hubby panggil Ash.Smapi 1 hari tu,hubby keje shift ptg.Biasa balek keje dlm 9.30-10pm..tgh Ash msk,bby pulak tdo kat hall.tingkp kat dapur tu Ash bukak sbb senang nk Ash tau hubby balek ke belom.Sbb dapur tu mngadap ruang depan. Tgh masak tu ASh dgr hubby bg salam. Ash jenguk kat tingp x nmpk pun hubby.ASh g kat hall,tngok bawah pintu,x nmpak [un bayang.Ash ingt hubby saje main2. Ash bukak pintu,n jenguk kat luar.xder pun hubby.Ash pelik dh.Sape yg bg salam?Mls nk pk,Ash smbng masak balek.Tp Ash x cite pun kat hubby.

Sekitar bulan 4,mksdnya sebulan lpas pindah umah baru tu,hubby kene shift mlm plak. mlm pertama n kedua xder apa plak.smpailam mlm ke-3 tu Ash tersedar dlm kol 3.Ash dgr pintu bilik dgoncang.Ash pelik.Xkan hubby balek kot.Sbb ms nk g keje tu,hubby cakap kepala dia pening sngt.ASh cakap kalo x tahan tu balek jer nanti.So Ash pk dh nk bangun n bukak pintu tu.Tp Ash pk balek.Kalo hubby cmner dia masuk?(ms nih pintu tu still dgoncang lg) Hubby xder kunci pendua. Lama Ask pk.Mungkin angin.N Ash pk dr semua sudut mana sumber angin yg boleh goncangkan pintu tu.Lama pk x jmpa plak.Mula ASh cakap dlm hati. " Lain mcm jer nih".. trus Ash buka laptop mainkan Surah Al-Baqarah. Mlm tu,mmg Ash sengaja bawak laptop msk bili.Trus senyap bunyi tu. N tiba2 kene plak goncang sekali.

Esok harinya hubby balek pg,Ash cerita.Suami cakap mayb angin.Ash cakap Ash pun pk camtu.Tp b4 nih hubby penah lupa tutup sliding door kat beanda,tp xder palk jd cmtu.Lepas tu Ash cakap,xperla.Mls nk pk. Tp 6 hari lepas tu,hubby habis keje mlm.Tgh tdo tu Ash terbangun lg ms yg sm.Kol3.N benda yg sm jd.Ash dgr pintu bulik d goncang lg.Ash gerak hubby soh bangun.Ms gerak hubby tu Ash tunjuk kat pintu.Ms Ash tunjuk kat pintu tu,terus senyap.Xder lg d goncang.Padahal hubby Ash x bangun pun.Cuma mengeliat.Ash blur.Tp sbb nagntok sngt Ash mls nk pk smbung tdo. Esoknya Ash cerita lg.hubby pun pelik.Last2 dia tempek kain yg ada khat yg d gunakan untk bj silat(hubby yg cakap) kat pintu bilik.Alhamdulillah.Lps tu xder lg bunyi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2012 05:45 PM | Show all posts
sambungan.........
makhluk aneh itu menghalakan kedua tanganya kearah yuspa .... ribut melanda kawasan itu angin bertiup sangat kencang....
tubuh yuspa tidak mampu bertahan dan rebah ditolak angin yang amat kuat........ imbangan tubuh yuspa hilang dengan jatuhnya
tubuh nya kebumi...... perlahan lahan tubuhnya tertolak menjauhi orang tua itu ... ketika itu pisau terlepas dari tangan
yuspa .... yuspa cuba mencapai pisau yang terlepas...... baginya itu sahaja senjata yang masih ditangannya yang mampu
digunakan untuk menghadapi makhluk aneh dengan kekuatan misteri...... namun gagal...... yang dapat dicapai ketika menggapai
pisau itu hanya tanah ......

nafas yuspa menjadi sesak akibat angin kuat yang bertiup entah dari mana.......

tanah itu digengam erat perlahan lahan yuspa membacakan waqaf ketujuh dari ayat al qursi tujuh waqaf....... dimana enam
waqaf telah dibaca sebelum menjejakkan kaki kebumi dirumahnya sebelum berangkat untuk bertempur dengan puaka
matang.....salah satu senjata yang dimiliki untuk berhadapan dengna makhluk halus......... perlahan lahan yuspa melemparkan
tanah itu kearah makhluk aneh itu dengan lemahnya akibat kehabisan tenaga di pukul ribut yang entah dari mana asalnya....

apa yang menghairankan tanah kering dan seroi yang dilemparkan itu terbang seperti lebah mencari mangsa menentang arus angin lantas menghurung tubuh makhluk aneh itu....
ternyata makhluk aneh itu merasa rimas dengan tanah yang menyeliputi tubuhnya ... tumpuannya terganggu dengan tanah itu dan
perlahan lahan asap mula keluar dari tubuhnya ..... jelas makhluk aneh itu agak kesakitan namun tetap tidak mengeluarkan
suara... sepertinya ia tidak mahu menunjukkan kesakitannya dengan jeritan... mungkin juga makhluk itu bisu....entahlah saya
pun tak pasti....

angin yang kencang mula bergerak perlahan dan kemudiannya hilang... makhluk aneh itu mula mengeluarkan asap diseluruh tubuh
badanya ... kesakitan mula terbayang dari gerak tubuhnya namun dia tetap tidak berganjak dari situ juga....
yuspa tanpa membuang masa bangun dengan gagahnya ... sepertinya ia mendapat kekuatan pabila melihat makhluk aneh itu
kesakitan.... kedua tanganya menutup kedua telinganya... dengan air mata mengalir di kelopak matanya tanda benar benar
mengharpkan pertolongan dari tuhan dia melaungkan azan ...

ternyata ketika azan berkumandang semakin banyak asap keluar dari tubuh makhluk itu ... makhluk itu semakin terdesak... asap menyelubungi seluruh tubuh badannya..
perlahan lahan asap tebal itu mulai menipis... tubuh makhluk itu berubah menjadi pokok kekabu..... rumah yang tersergam
indah menghilang... kawasan yang terang menjadi gelap semula ... disekeliling serasa masa terhenti seketika tiada apa ayng
berubah.. yang ada hanya lah bunyi burung malam dan serangga malam menyanyikan lagi misteri....
yuspa mencari cari pisau nya yang keciciran didlam gelap selepas dapat mencapai pisaunya dia menyelitkan kembali pisau
kesayangan nya itu kepinggang

yuspa merasa seperti baru sedar dari mimpi... ternyata amalannya untuk pergi ke alam ghaib senja tadi menjadi rupanya... dan
ia telah mengembara disatu dimensi yang dia sendiri tak dapat terangkan kepada saya ketika ia menceritakan kisah ini kepada
saya....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 05:47 PM | Show all posts
AshSiddiqa posted on 18-7-2012 03:50 PM
rs nya 3 hari kot dh Ash marathon citer2 kat sini..semua nya best.  Ash nk share gak la cite ...

Terima kasih Ash.. sudi berkongsi cerita kat tread nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 05:52 PM | Show all posts
sambungan.............

saya pernah bertanya kepadanya apakah tindakannya sekiranya ayat al qursi tujuh waqaf gagal untuk mengalahkan makhluk itu ...?dia hanya menjawab tiada apa lagi yang mampu dilakukannya........tanpa membuang masa yuspa menjerit kepada adiknya

"main ambilkan aku beg aku ....."

ternyata tubuh main yang lumpuh masih tidak bergerak....yuspa naik angin dan meluru ke tubuh adiknya yang masih lumpuh.... tidak bergerak....dia mengoncangkan tubuh adiknya ... ternyata adiknya pengsan

"huummmm...... patutlah ........"dengus yuspa .......

tanpa membuang masa yuspa pergi kearah begnya... diambilnya sebilah paku demak dari warisan orang tuanya.... diambilnya paku
biasa juga dari begnya dan sebiji tukul besi...dia berlari kearah pohoh kekabu itu... di gurisnya beberapa gurisan pohon kekabu itu dengan paku demak ditangannya...

selanjutnya dipaku pohon kekabu itu dengan paku sepanjang 3 inci pada pohon itu......sebaik paku tertancap di pohon itu kelihatan puas dihatinya...dengna langkah longlai yuspa melangkah ke tubuh adiknya .... dia memangku adiknya yang masih pengsan dan dibacakan beberapa ayat al quran dan ditiupkan kewajah adiknya... adiknya lantas terbangun apabila terasa angin tiupan dari mulut yuspa menerjah wajah tembamnya....

"dahlah main semua nya dah berakhir marilah kita balik....."usul yuspa pada adiknya....

"apa terjadi akang ....?"soal adiknya pula......

"nantilah akang ceritakan semuanya...."mereka pun berlalu pergi dari jalan matang ......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2012 06:11 PM | Show all posts
sambungan....

pada keesokan pagi nya yuspa dan adiknya hanya menghabiskan waktu paginya dengan tidur sahaja .... bangun subuh sekadar utnuk solat subuh dan selepas itu tidur lagi sepuas puas hati.....adiknya tidak pualng kerumah sebaliknya meneruskan tidur dirumah abangnya....

kebetulan dipagi hari itu adalah hari ahad........yuspa yang tak bekerja dipagi ahad itu terus melayan tidurnya sekalipun dia tidak sedar diwaktu tidur dia sedang melayan tidurnya....hanya ketika isterinya menggerakkan tubuh nya barulah ia bangun itupun dengan malasnya......

"bang si munilinggam datang........"kata isterinya sambil menggoncang tubuh yuspa....

"alah pehal pulak dukun india tu tiba tiba datang"katanya dengan malasnya....

"manalah saya tau ........"kata isterinya ........

"kau katalah aku takder kat rumah nanti lapang aku cari dia......"isterinya meniggalkan yuspa dan keluar bertemu manilinggam......dengan kuat imah menjerit kepada manilinggam dari atas rumah dimuka jendela........

"yuspa tengah tidur dalam bilik cakap dia tak ada rumah dia jugak cakap dia akan datang cari awak bila dia lapang nanti dia cakap dia ngantuk dan mau terus tidur........"mendengar kata kata imah, manilinggam menjerit dari bawah halaman rumah

"ayo yo yus jangan itu macam ini hal banyak penting tolonglah sama saya jangan buat gurau gurau....."manakala yuspa yang mendengar suara isterinya yang tak faham diajar menipu pula melompat bangun dari katil ....dengan tergesa gesa ia berlari kearah imah ... belum sempat ia ingin memarahi imah kedengaran suara manilinggam dari luar rumah...

kici kici saya nampak sama awak yuspa"kelat dan pelat india sungguh manilinggam berkata bahasa melayu al maklumlah india estate......

imah berlalu pergi ditinggalkan suaminya ... memang sengaja dia berkata sedemikian supaya yuspa terkena dengan jenakanya...imah maklum manilinggam ini memang boleh bawak bergurau dan tidak kisah... manakala malas dia nak layan urusan dua lelaki berlainan bangsa ini......

yuspa dengan berkain pelikat tidak berbaju melangkah malas menuruni tangga........ kelihatan manilinggam sedang menunggu ditangga......yuspa menyapa manilinggam......

"kau ni dari mana mani .....? pepagi buta dantang rumah aku nak membuta pun susah...."

mani menjawab........."yus pagi wei kawan, ini jam 10pagilah dah tak buta lagi sudah cerah juga....."
jawab mani dengan berterabur tanpa tatabahasa....jelaslah dan bertepatanlah mani yang tak sekolah dan tak pernah kesekolah seusianya walau usia dah berusia hampir 60tahun.........

belum sempat mani berkata lanjut yuspa terus berkata dengan matanya yang jelas masih terpejam melayan kantuknya.......

"mani kau dukun tolong orang pun ini masa mau minta aku tolong jugaka........?"yuspa berkata dalam telor mani pula

"dei kawan ini masa saya betul betul lah kawan saya minta tolong jangan kacau saya punya dewa sumua juga sudah marah sama saya dewa saya suruh bagi last warning sama awak juga lah ........"terjegil biji mata yuspa mendengar kata kata manilinggam hilang kantuknya berganti kemarahan.......

"mani kita kawan sudah lama saya cakap saya tak kacau lu punya patung lupunya berhala lu jangan tuduh tuduh ... makan boleh sebarang makan paling teruk sakit perut ... tapi cakap jangan sebarang cakap paling kurang sakit seluruh badan nanti..."melihatkan yuspa naik angin mani mula berkata dan memperlahankan nadanya.......

"kawan saya punya dewa juga cakap malam tadi kawan sudah paku kepala ketua dewa saya kawan sudah tikam keluarga dewa saya itu juga saya punya dewa cakap......."tergamam yuspa mendengar kata kata mani..........

bab ini anda fikirlah sendiri.....

cuba kita lihat bersama sikap kaum india yang suka membuat kuil di serata tempat panting tengok tempat puaka sikit... buat kuil keramat bagi mereka adalah puaka bagi kita........jadi kot keras kuil mereka faham faham lah adakah benar dari kayangan dewa mereka atau hanya puaka ditempat itu sahaja ntahlah saya rasa anda akan dapat kesimpulan dari kisah ini....dan bandingkan dengan sekitar kehidupan kita....melihatkan nada manilinggam yang agak mengendur yuspa mula mengendurkan kata katanya juga....

"saya tak tau pulak awak punya dewa kat matang kalau macam tu mereka yang main hal dulu mereka kacau ayah saya sampai sekarang masih terlantar kat katil makan pun bersuap itu apa cerita mereka pula......"manilinggam yang memang dukun terdiam tidak membalas kata kata yuspa sebaliknya dia berkata pula.........

"saya punya dewa bagi awak salam persahabatan......."sepertinya mani seperti sudah tau kisah ayah yuspa yang telah di kenakan oleh puaka matang.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2012 05:29 AM | Show all posts
boongalalang posted on 14-7-2012 02:11 PM
Hai zad dan rakan2...
selama ni silent reader je. tp gatal tgan nk komen sini..best semua cita2 zad ...

Hai jugak boongalalang.. rajin-rajinkanlah mengaktifkan diri kat sini ataupun kat mana-mana tread..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 09:55 AM | Show all posts
akhirnya..abis gak baca..terbaik la..ada cerita best n ada yg tak paham sgt..huhu..tapi citer zad sume best..tp bila dh copy paste 2..agak kurang skit..huhu..jgn marah..hope dpt bg cerita baru..menarik citer zad n user2 yg lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 02:19 PM | Show all posts
kiva13 posted on 31-7-2012 09:55 AM
akhirnya..abis gak baca..terbaik la..ada cerita best n ada yg tak paham sgt..huhu..tapi citer zad su ...

Terima kasih kiva13 terutamanya pada komen2 yang diberikan... sangat2 dihargai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 02:56 PM | Show all posts
zadzamusa posted on 1-8-2012 02:19 PM
Terima kasih kiva13 terutamanya pada komen2 yang diberikan... sangat2 dihargai..

sama2. kalu zad ada ksah zad. citer r. seram plak baca. rasa mcm alami je apa zad rasa tu. huhu. slamat posa. 2 yg gigih baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 03:02 PM | Show all posts
macam baca novel seram laa plak...hehe
menarik sngt citer2 kat cni...tapi, x khatam g...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 06:25 PM | Show all posts
zadzamusa posted on 1-8-2012 02:19 PM
Terima kasih kiva13 terutamanya pada komen2 yang diberikan... sangat2 dihargai..

salam geng cg skalian. sy org bru kt cni n bru je lpas khatam thread ni. papepon thread ni mmg t'baek. suma cite pon best2. sy pon nk share gk pglmn sy tp nk kta seram dk gk tp plek+mistri cket. 2 pon lau ad yg mngizinkn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 12:30 AM | Show all posts
kiva13 posted on 1-8-2012 02:56 PM
sama2.  kalu zad ada ksah zad. citer r. seram plak baca. rasa mcm alami je apa zad rasa tu. huhu ...

Selamat berpuasa gak kiva13... Insya Allah mana tau ada teringat atau terdengar cerita2 Insya Alah zad kongsikan kan sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2012 12:31 AM | Show all posts
RatuJuwita posted on 1-8-2012 03:02 PM
macam baca novel seram laa plak...hehe
menarik sngt citer2 kat cni...tapi, x khatam g ...

Terima kasih RatuJiwa... selamat membaca...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072113 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list