CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak ke arah kukuhkan kerjasama dengan wilayah Wielkopolska, Poland

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:24 PM | Show all posts |Read mode


Sesi pertukaran hadiah antara Abang Johari dan Marek semasa majlis makan malam pada Rabu waktu tempatan. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak mengorak langkah ke arah pengukuhan kerjasama dengan wilayah Wielkopolska di Poland dalam memastikan kemampanan bumi, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, pengukuhan kerjasama dan hubungan antara kedua-dua pihak boleh dimulakan dengan program pertukaran pelajar antara universiti di Wielkopolska dan Sarawak.

"Usaha ini adalah untuk mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara penduduk kedua-dua kawasan," ujarnya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam penghargaan kepada Marshal Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak di Poznan, Poland pada Rabu waktu tempatan.


Terdahulu, Marek menjemput Abang Johari untuk mengambil bahagian pada Forum Hidrogen Eropah Tengah Kali Ke-3 sebagai penceramah panel, sekali gus mengiktiraf usaha Sarawak ke arah kemampanan alam sekitar di mata dunia.

Pada kesempatan itu juga, Abang Johari menjemput Marek untuk melawat Sarawak bukan sahaja untuk menghadiri persidangan, malah mengenali Sarawak dan insiatif dan aspirasi tenaga hijau di wilayah ini dengan lebih baik.

Antara kongres terdekat melibatkan Sarawak sebagai tuan rumah persidangan dunia ialah Kongres dan Pameran Air Dunia Antarabangsa pada 2028.

Sementara itu, Marek menzahirkan rasa hormat atas pendirian Sarawak yang berdiri sama tinggi dengan negara-negara Eropah yang lain dalam mengambil berat tentang perubahan iklim dunia.

Justeru, beliau berharap agar komitmen ini diteruskan bersama negara-negara Eropah yang lain untuk mengurangkan perubahan iklim dunia yang semakin membimbangkan.

Hadir sama, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Duta Besar Malaysia ke Poland Dato Chitra Devi Ramiah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzaruddin Abdul Rahman serta delegasi kerajaan Sarawak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.486005 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list