CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 643|Reply: 0

[Sarawak] 12 gadis cantik Bidayuh akan merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2024

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:43 PM | Show all posts |Read mode


Antara wajah-wajah peserta pertandingan Dayung Gawea, Sindok Gawea dan Onak Dayung Gawea 2024.

KUCHING: Seramai 12 gadis cantik Bidayuh akan merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2024 sempena Karnival Gawai Tematu pada 28 dan 29 Jun ini.

Memasuki edisi kesembilan penganjuran tahun ini, johan pertandingan Dayung Gawea Tematu akan membawa balik hadiah wang tunai RM2,000 berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga, hamper dan sijil penyertaan.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM1,800 dan RM1,500 juga berserta mahkota, trofi, selempang, jambangan bunga, hamper dan sijil penyertaan.

Peserta terdiri daripada Adelyn Mijik (20), Christina Elayna Goim (23), Contessa Kupak Afero (21), Desheila (25), Gillian Octavyvia Vincent (25), Ivon Michell Joannes (19), Ivyna Natasha Jihel (18), Johanna Elissia Johan (21), Joy Angela John Rover (20), Lofrenska Fezzie Herick (24), Melanie Melvy Betong (22) dan Phynterliana Agatha Lambeh Herryson (19).

Pengerusi penganjur John Pata James Jumin berkata, selain gelaran Dayung Gawea Tematu, peserta juga akan merebut tujuh gelaran sampingan iaitu Ratu Bakat, Ratu Pelancongan, Ratu Populariti, Ratu Fotogenik, Ratu Kostum Terbaik, Ratu Gaun Kontemporari  Terbaik dan Ratu Tradisional.

Pemenang bagi setiap kategori sampingan ini masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM400 berserta trofi dan selempang.

Selain Dayung Gawea Tematu, dua lagi pertandingan akan turut diadakan iaitu Sindok Gawea Tematu dan Onak Dayung Gawea Tematu.

Bagi pertadingan Sindok Gawea Tematu, ia menampilkan seramai 12 peserta dan 10 peserta bagi pertandingan Onak Dayung Gawea Tematu.

“Di samping pertandingan tersebut, turut akan diadakan pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan, jualan makanan dan minuman serta banyak lagi.

“Semua pengunjung adalah dijemput hadir untuk memeriahkan Karnival Gawai Tematu 2024 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044685 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list