CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2460|Reply: 42

Lima kenderaan terbabit kemalangan, dipercayai elak kucing

  [Copy link]
Post time 25-4-2024 10:06 PM | Show all posts |Read mode






SEPANG – Polis mengesahkan lima buah kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Nilai – Salak Tinggi – Bukit Changgang di sini, pagi tadi.


Video insiden itu tular di media sosial hari ini yang turut memaparkan sebuah lori terjunam ke bawah laluan bertingkat menyebabkan pemandunya tersepit.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, insiden itu berlaku pukul 10.30 pagi.


Beliau berkata, ia membabitkan sebuah lori, sebuah treler, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dua buah kereta.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kejadian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.


Terdahulu, sebuah rakaman video ‘dashcam’ (papan pemuka kenderaan) tular memaparkan sebuah kereta tiba-tiba berhenti di laluan kiri jalan dipercayai bagi mengalihkan seekor kucing.


Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan insiden kemalangan apabila sebuah lori gagal membrek dipercayai mahu mengelak kenderaan itu sebelum terjunam ke bawah laluan bertingkat.


Insiden sama turut mencetuskan pelanggaran beberapa buah kenderaan.


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ada kehilangan jiwa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Pencinta kucing sangat. Kalau biawak lalu tak pulak kau berhenti alih kan. Ntah malah dilanggar.
Kat sini pun ada Ritu dikala kenderaan lain tengah laju si bodoh ni berhenti tiba2 sebab kucing lalu. booom! Berlanggar. Yang komen pun kata..takpa..kucing kesayangan nabi..janji selamat. Kereta boleh baiki. Budusss.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu lah yg pikir guna lutut bukan otak.
Org lain yg tanggung akibat.
Dh jd pile up gitu pn lutut rationalize depa niat baik nk kalih kucing, dreba lori yg salah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak berbaloi la pasal kucing, aku perasan penchenta hewan ni mcm oku otak..kat area rumah aku ni la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:05 AM | Show all posts
Jalan ni race track utk lori.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa meow2 kena gilis 2 tempat gi opis pagi ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Laluan lori2 test power nilai-banting
Lalu depan balai pun selamba badak jer weng2
Tapi kalau cermin gelap confirm kena saman.

Btw, masa drive kalau dah nampak haiwan nak terlanggar, langgar jer la...
Jgn brek mengejut

Tapi tu la, kadamg kita saat2 kecemasan x boleh fikir rasional
C
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 26-4-2024 06:34 AM
Tak berbaloi la pasal kucing, aku perasan penchenta hewan ni mcm oku otak..kat area rumah aku ni la.

Memang pun..kata bela kucing bagi kucing makan jalan buka rezeki. Ehh syirik!
Bila ostat kata bulu kucing berguguran lebih 3 helai boleh buat solat batal. Najis. Eh Dorang tak terima. Logic akal la..kucing ko tu pijak2 tahi kot. Pahtu pijak lantai pun kita dah rasa geli kotor.
Dah eksiden bertimpa2 belakang tu ada plak la yang komen..takpa..nanti ada rezeki lebih baik asbab tolong kucing. Haihhh! Benak menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:21 AM | Show all posts
naina replied at 26-4-2024 08:17 AM
Memang pun..kata bela kucing bagi kucing makan jalan buka rezeki. Ehh syirik!
Bila ostat kata bulu ...

agreed benak tahap tujuh petala langit yg menyusahkan org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 26-4-2024 08:21 AM
agreed benak tahap tujuh petala langit yg menyusahkan org lain....

Benak obses tu macam kucing tu binatang suci macam lembu india la..kalau boleh minum air kencing kucing tu pun dorang minum..nyawa manusia jadi nombor 2 dan kebelakang. Dalam hal ni manusia kena beralah sebab kucing takda akal. Duit boleh cari katanya..cehh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik i bawa moto eksiden langgar tembok sbb nk elak monyet.
Adik koma, monyet hidup siap curi lunchbox adik.

Moral dia xyh elak2 sgt klu ada binatang dpn kita masa tgh driving. Klu lembu ke gajah ke elak la, ko rempuh ko pun k.o
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:31 AM | Show all posts
naina replied at 26-4-2024 08:25 AM
Benak obses tu macam kucing tu binatang suci macam lembu india la..kalau boleh minum air kencing k ...

over naww peminat kucing nie...sedangkan nabi kita pun tidak membela kucing...

https://muftiwp.gov.my/ms/artike ... cing-bernama-muezza

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta kucing tu belah kiri mmg dah kat bahu jalan
Jalan tu pun dari mendaki patut slow down dah sbb depan tu mmg traffic light
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 09:33 AM | Show all posts
mesti pecinta kucen tu rakam kan, nk buat content, tup pasai dia habih rosak harta benda org lain mongok
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 09:47 AM | Show all posts
Dekat rumah i ni.  Dashcam video back and front from the black car yg kena langgar dulu, boleh nampak vehicles dah start slowing down to stop (mungkin sebab traffic lights) including the 2nd lori yg bawak pasir yg jatuh dari flyover tu.  the first lori yg hentam semua orang tu dari belakang lost control tak boleh stop ie usual alasan break tak makan.  So bukan le sebab orang nak selamat kan kucing tu.  Jalan tu mmg kalau i boleh elakkan, lori segala lori berlumba kat jalan tu.

Gambar kredit dari public.  Lori ni yg hentam semua orang dr belakang including the second lori yg bawah tanah jatuh terus flyover.  Kereta hitam dgn lori jatuh tu yg kena dulu sebab derang belakang sekali.  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
so kucing kena pitenah ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 25-4-2024 10:36 PM
Bodoh. Pencinta kucing sangat. Kalau biawak lalu tak pulak kau berhenti alih kan. Ntah malah dilangg ...

hati dah la busuk pastu pitenah kalau biawak langgar je, kucing xleh. org langgar tak langgar ni biasa punca nampak atau tak je. kalau nampak semua org akan elak, melainkan mmg dah terlalu dekat redho je la sape yg kena. bersepah je kucing kena gilis kenderaan selama ni. tgk dashcam tu, mmg lori yg hentam org tu je yg tak brake, org lain dah slow dr awal, tu pon ntah ye ke tidak ada org benti sbb kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dagusengett replied at 26-4-2024 08:40 AM
Kereta kucing tu belah kiri mmg dah kat bahu jalan
Jalan tu pun dari mendaki patut slow down dah sbb ...

mercedes tu ke kete yg kate benti nak amik kucing?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing tu patut mampus...i hate cats
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.488447 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list