CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: faisyah

[MERGED] Video Lucah & Liwat Didakwa Anwar Ibrahim

  [Copy link]
Post time 23-3-2011 04:21 PM | Show all posts
Begitu yakin kau menfitnah Ummi Hafida mengata Ummi Hafida mempunyai bakat memfitnah pd tahap te ...

rashiman Post at 23-3-2011 15:05


"Sebenarnya kita tak tahu keadaan yg sebenarnya, lebih selamat kita jangan mudah menuduh"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 05:08 PM | Show all posts

DISAHKAN VIDEO ANWAR MEMANG PALSU & BERMOTIF POLITIK

Salam,
hanya ingin menyalurkan maklumat. Rasanya ini membuktikan rakaman video seks kononnya pelaku adalah DSAI adalah palsu semata dan BERMOTIF POLITIK yang jahat.


Isu terbaru ini menambahkan keyakinan rakyat, DSAI juge tidak bersalah dalam soal LIWAT 2
Sila baca artikel:

Video: Johari dakwa Rahim pujuk tinggalkan PKR
Harakahdaily          
PETALING JAYA, 23 Mac: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik memujuknya supaya meninggalkan parti selepas menyaksikan tayangan video seks.

Sepanjang penayangan video tersebut, katanya, Rahim yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting.

Pada hari Isnin, 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain.

Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite.

Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.

Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.

Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerap kali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan.

Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti.

Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011.

Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini di luar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:10 PM | Show all posts
biarlah kita @ rakyat sebagai HAKIM mendapat maklumat dari kedua belah pihak. Jika ada pandangan daripada org UMNO dan fakta yang kukuh boleh nyatakan di sini untuk renungan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:13 PM | Show all posts
kena bagitau umi hafilda jgn mudah menuduh ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:26 PM | Show all posts
rahim tamby chik tu drp keadilan ke bekas org keadilan??da pencacai kata dgr kata bekas org keadilan yg nk memburukkan anwar kes baru nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 05:50 PM | Show all posts
"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

NONEShazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

sumber dari....http://www.malaysiakini.com/news/159463
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2011 08:03 PM | Show all posts
Begitu yakin kau menfitnah Ummi Hafida mengata Ummi Hafida mempunyai bakat memfitnah pd tahap te ...
rashiman Post at 23-3-2011 15:05


Umi Hafilda kata dia ada lagi 8 cd lucah...bila nak tayang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:08 PM | Show all posts
Dulu Anwart buat penanya kat Rahim Tambi Chik, sekarang giliran Rahim Tambi Chik buat nanya kat dia pulak, biasa la politik... dulu dia gamak buat kat orang, dedah pekong Rahim, nak terimalah pulak giliran hang!.. ambik kau!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 09:07 PM | Show all posts
'Video seks umpan BN beli MP Pakatan'
Hazlan Zakaria
Mac 23, 11
2:42pm
Kongsi

304

BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR
di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.

Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.

Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.

Katanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Johari juga berkata Abdul Rahim (kiri) kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.


Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.

Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.
Ahli parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau kemudianya menghubungi bapa saudaranya untuk mengatur bagi lima lagi ahli parlimen PKR melihat menyaksi video itu semalam, seperti yang dikehendaki oleh Abdul Rahim, selepas beliau menonton video itu pada hari Isnin.

Dalam sidang akhbar bersama ahli parlimen Pakata kemudiannya, Johari mengenalpasti lime ahli parlimen berkenaan sebagai Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Bagaimanapun , katanya, walaupun selepas menunggu selama dua jam dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang di hotel Flamingo di Ampang , tempat beliau menyaksi video itu, tetapi Abdul Rahim dan Shazryl tidak hadir.

hehe teruk betul r rahim tamby chik "org PKR" ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:35 PM | Show all posts
Betulkah Anwar yang penanya Rahim Tambi Chik atau dia yang penanya diri sendiri? Anwar ada ke jadi dalang buat buku atau taja siaran video untok buka aib si RTC? Kalau setakat suroh si Rahim ubah perangai jadi baik kira bagus lah tu. Because of that RTC nak berdendam?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:47 PM | Show all posts
Sampai bila lah orang melayu nak di sogokkan dengan cerita dan video rekaan dalam politik. Tak ada benda lain untok di perjuangkan ke? Yang accuse people of doing all these misconducts ni pun bukan boleh di percayai. Baik sangat ke perangan mereka?

Tak ada perkara dan agenda lain ke yang dapat di ketengah dan di majukan?
As a Muslim and a malay minta tolong pada pemimpin pemimpin tolong jgn memperalatkan orang orang melayu untok kepentingan sendiri. Ni termasuk juga kepada pemimpin PERKASA...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:52 PM | Show all posts
Reply 102# srumut

setakat copy paste dr web HAMpas ....budak 3 thn pun bleh buat. Dah kalau kaki joouboq tuu....kaki joouboq jugalaa.... macam penagih dadah....masuk pusat serenti pun tak bleh tinggal perangai lama/azalinya. Inikan pula kaki joouboq.... Asyik ayat lama dok berkumandang....konspirasi....special branch....dll happrakk karut. WikiLeaks pun dah siar....
Come-on laa....berani bg dna(xyah paksa2)...berani angkat sumpahlaa.....(ni memacam dalih....nak sumpah tp nak masuk syariah court dll)....

Apapun tabik sama d-trio....kasi bongkar video tuu. Biar pakar forensik siasat pasni, baru tau palsu ke tak...
Yg pasti...takkan palsu....yelaahh sapa dtk eskay??....geng lama....kaki joouboq juga...siapa saiful....pekerja lama geng joouboq gak.....
TAPI takpe....tak nak ngaku pun takper.....cuma KASI jumpa ituu...taukk guru slipar jamban.....bleh terus je minta ampun gerenti terus masuk syurga.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:09 PM | Show all posts
tunggu 5 hari lagi yekk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:37 PM | Show all posts
tunggu 5 hari lagi yekk..
cucusaddam Post at 23-3-2011 23:09


5 hari lagi untuk tayangan umum.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:39 PM | Show all posts
Sebaik-baiknya lafazkan sumpah - Harun Taib

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas.

"Sepatutnya kena ada penyelesaian mengikut kaedah Islam. Bagi pihak yang mendakwa, mereka mesti ada bukti atau keterangan yang kukuh.

"Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis menafikan penglibatannya dalam video itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pembabitan pemimpin pembangkang berkenaan dalam video seks yang hangat diperkatakan sekarang.

"Saya tak boleh komen pasal ini, sebab saya sendiri pun tak tengok lagi benda ini.

"Tetapi saya khuatir semua dakwaan terhadapnya macam direka-reka. Kalau banyak sangat, ia dah jadi seperti rekaan," ujarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 12:13 AM | Show all posts
Sebaik-baiknya lafazkan sumpah - Harun Taib

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Mereka yang menghadapi apa  ...
rashiman Post at 23-3-2011 23:39


"Beliau bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas."

modal sesumpah sj ka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 12:33 AM | Show all posts
pening kepala dgn politik malaysia. dan malu rasanya bila berita2 macam ni jadi tatapan seluruh family termasuk la yg kecik2 dan asyik bertanya maksud perkataan yang disebut pembaca berita tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 08:02 AM | Show all posts
ahahaha... sumer kena auta... clip video tu palsu... ekekeke... ni sumer taktik propa ngan diversion ...
cipOt_cedOt Post at 23-3-2011 12:01



    mana si bangang yg ckp ni semua strategi PKR @ anuar ibrahim sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 08:07 AM | Show all posts
Siasat dulu kesahihan video tersebut.
rashiman Post at 22-3-2011 17:38



    aku setuju... polis kena panggil Datuk 'T' sekali... jgn hanya sekadar panggil wartawan shj...

polis berhak merampas video tu... sbb laporan polis tlh di buat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 08:11 AM | Show all posts
fuh, pilihanaraye Sarawak next month, stanby semua, banyak bidio lucass akan dihasilkan oleh studio umgok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.081876 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list