CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 0

[Sarawak] 90 sertai Pertandingan Bot Kawalan Jauh sempena Karnival Kebudayaan Durin 2024

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:39 PM | Show all posts |Read mode


Sempurai (duduk, tiga kanan) bersama yang lain ketika menyempurnakan upacara 'miring' Karnival Kebudayaan Durin 2024, hari ini.

SIBU: Seramai 90 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Bot Kawalan Jauh sempena Karnival Kebudayaan Durin 2024 di Tebingan Pekan Durin, hari ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai.

Pertandingan itu turut disertai oleh peserta dari seluruh Sarawak, selain peserta dari negara luar seperti Brunei, Thailand dan Indonesia.

Terdahulu, Sempurai diiringi pengerusi jawatankuasa pengelola karnival Kaunselor Datuk Teo Boon Siew dan Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei menyempurnakan upacara 'miring' di jeti Pekan Durin bagi memohon keberkatan sepanjang program membabitkan acara sungai yang berlangsung pada karnival itu.


Sempurai (tiga kiri) semasa merasmikan Pertandingan Bot Kawalan Jauh sempena Karnival Kebudayaan Durin 2024, hari ini.

Esok, acara perlumbaan bot laju akan diadakan di mana seramai 90 peserta juga telah mengesahkan penyertaan termasuk dari negara luar seperti Brunei, Indonesia dan Thailand selain peserta tempatan.

Majlis perasmian Karnival Pesta Kebudayaan Durin 2024 dijangka dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada jam 8 pagi esok.

Manakala, acara penutupannya dijangka disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Ahad, 28 April jam 7 malam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.917096 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list