CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 0

[Sarawak] Dr Yii salurkan dana Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari kepada 36 penerima

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:46 PM | Show all posts |Read mode


Kumpulan pertama tahun ini melibatkan 36 pelajar dari Bandar Kuching merakamkan kenangan selepas menerima bantuan Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari petang Jumaat.

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii menyerahkan dana Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari kepada 36 penerima di kawasan Parlimen Bandar Kuching hari ini.

Menurutnya, sumbangan itu telah disampaikan oleh Pembantu Khasnya George Lam kepada para penerima hari ini.

"Tahun lepas, pejabat saya telah mengagihkan sejumlah 117 dana Tabung Pendidikan Tertiari kepada pelajar-pelajar yang layak di bawah kawasan saya. Mereka masing-masing menerima RM1,500.

"Sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen, pendidikan sentiasa menjadi bidang pembangunan yang saya tekankan dan kebanyakan peruntukan di bawah kawasan saya digunakan untuk pendidikan," katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Yii berkata, selain memperuntukkan dana kepada sekolah untuk menaik taraf kemudahan, beliau juga prihatin dengan beban melanjutkan pelajaran yang ditanggung pelajar daripada keluarga memerlukan.

"Kami berharap, walaupun tidak seberapa, dana ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa pelajar kerana melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej melibatkan perbelanjaan yang besar bagi kebanyakan keluarga," tambahnya.

Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari itu diperuntukkan sekali setahun dan pelajar yang berasal dari Parlimen Bandar Kuching boleh memohon setiap tahun.

Bagaimanapun, peruntukan tabung pendidikan ini masih bergantung kepada peruntukan kerajaan kepada peruntukan tahunan Ahli Parlimen.

"Kami akan meneruskan inisiatif ini selagi peruntukan kerajaan masih ada," tegasnya.

Beliau berharap agar para penerima dapat memanfaatkan tabung pendidikan ini dengan sebaiknya, berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, memenuhi harapan ibu bapa mereka memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga menjadi tonggak negara selepas mereka tamat pengajian.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.054926 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list