View: 6182|Reply: 10
|
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP yakin menang hadapi calon Melayu PN
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – DAP Selangor optimis Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu meskipun berdepan calon Melayu daripada Perikatan Nasional (PN).
Naib Pengerusinya, Datuk Ng Suee Lim berkata, Pang Sock Tao dipilih sebagai calon PH kerana kredibiliti dan semangat tinggi mahu berkhidmat kepada rakyat.
“Calon Kerajaan Perpaduan (Sock Tao) seorang wanita muda bertenaga dan berpengalaman luas. Saya yakin dia mampu memperoleh kemenangan termasuk meraih undi kaum Melayu dan kaum lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Sawasdee Thailand 2024 di pusat beli belah i-City di sini, petang ini.
PN menamakan Khairul Azhari Saut, 54, yang juga pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor sebagai calon bagi blok pembangkang itu.
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
ada peluang DAP menang tapi iollz harap PN boleh menang sbb anak tempatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Hm sedih tgok melayu x bersatu. Nk bersatu pun org2 nya pun hurmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm DAP menang besar. Aku dengar orang melayu memang sokong tanpa berbelah bahagi |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk lah ko dap nk bertanding
Undi pun harap melayu
Niaga pun harap melayu
Moga ko dap melingkup
Org melayu ni pun satu hal tah apa yg susah sgt nk bersatu
Dh tahu bangsa lain suka mengendeng ko bersatu la bahlol
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga beras still rm50+++ utk beras 5kg basmathi. |
|
|
|
|
|
|
|
tolonglah melayu bersatu pls. penat lah nak tgk bercekau! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bersatu kena sokong Bersatu ka? tak nak lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
undi adalah rahsia. hahaha!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|