View: 973|Reply: 0
|
Rombakan FAM tidak jamin perubahan
[Copy link]
|
|
FAM perlu mengubah cara berfikir dan bekerja untuk menjadi lebih kuat kerana rombakan tidak memberi jaminan untuk mereka terus berkembang.
ROMBAKAN pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menjamin sebarang perubahan yang positif dalam memastikan arena sukan No. 1 negara ini kembali berada di landasan yang tepat.
Bekas Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar mengakui penilaian penuh perlu dilakukan sama ada rombakan yang diminta pada Kongres FAM tahun depan bakal menjadi positif atau sebaliknya.
“Saya rasa tidak semestinya rombakan bakal memberi perubahan yang baik. Ini kerana kita perlu fikirkan jangka masa panjang dan saya harap pemegang jawatan (di FAM) fikirkan aspek pembangunan.
“Saya telah berkhidmat dengan FAM lebih 11 tahun dan budaya sebelum ini mereka sering membuat perubahan selepas dikritik dengan tukar jurulatih atau sebagainya.
“Perkara itu tidak tepat kerana apa yang penting adalah kesinambungan dan persatuan perlu terus pandang ke depan dengan perancangan lima ke 10 tahun akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Mengulas lanjut, Saifuddin turut mengakui jika tokoh korporat atau jutawan yang menjadi Presiden FAM yang baharu turut melalui jalan yang sukar andai individu di sekeliling badan induk itu masih di ‘takuk lama’.
“Tak semestinya Presiden FAM kena orang kaya atau tokoh korporat. Ini kerana pemegang jawatan tersebut hanyalah ‘decision maker’ (orang yang buat keputusan).
“Individu yang berada di sekeliling Presiden FAM perlu memainkan peranan lebih penting dalam memastikan keputusan betul dapat dibuat untuk memajukan bola sepak negara bagi jangka panjang,” katanya.
Sebagai rekod, FAM telah dikecam hebat sepanjang tahun ini melibatkan prestasi Harimau Malaya dan skuad bawah 23 negara di atas padang selain kemelut di luar padang melibatkan intergriti badan induk itu sejak bulan lalu.
Susulan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan yang pernah menjadi Naib Presiden FAM, Khairy Jamaludin mencadangkan agar badan induk itu dirombak semula untuk terus berkembang pada masa akan datang.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ak-jamin-perubahan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|