CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 2

[Jenayah] Enam laporan polis terhadap ustaz disyaki liwat tiga pelajar - Ketua Polis Kelantan

[Copy link]
Post time 28-4-2024 10:46 AM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG: Polis menerima enam laporan berhubung dakwaan seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz yang ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap tiga pelajarnya sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya tidak menolak akan ada lagi laporan yang sama dibuat mangsa terhadap suspek berusia 39 tahun.

Daripada enam laporan diterima itu, beliau berkata, tiga masing-masing di Machang dan Bachok.

"Banyak perkara yang kita nak lihat dan setakat ini pada peringkat awal hanya satu laporan, kemudian menjadi tiga laporan dibuat dan akhir-akhir ini ada lagi laporan akan dibuat.

"Ia membabitkan tiga di Bachok di mana suspek sebelum ini bertugas di sana sebelum berpindah ke Machang, dan perbuatan jenayah berkenaan disyaki bermula sejak 2022 hingga bulan ini," katanya ditemui selepas Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Muhamad Zaki berkata, pihaknya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah dan juga Ketua Balai bagi memantau segala aktiviti pengajian agama yang dibuat di madrasah atau pondok kawasan masing-masing.

"Jika ia di bawah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) saya rasa tidak ada masalah sebab dipantau, tetapi yang perlu diberi perhatian ialah madrasah atau pusat tahfiz diuruskan secara persendirian atau masyarakat tempatan," katanya.

Terdahulu media melaporkan seorang guru sebuah pusat tahfiz di sini, ditahan kerana disyaki meliwat tiga pelajarnya sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa yang berusia 12 hingga 13 tahun pada 15 April lalu.

Enam laporan polis terhadap ustaz disyaki liwat tiga pelajar - Ketua Polis Kelantan (Foto hiasan)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2024 10:46 AM | Show all posts
Muhamad Zaki menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, semalam. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:31 AM | Show all posts
Kulit salin baru, aroma ularnya tetap sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.105079 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list