View: 996|Reply: 0
|
PSSI buktikan perancangan mereka lebih teliti - Pekan
[Copy link]
|
|
INDONESIA menyinar di Piala Asia B-23. FOTO Ihsan AFC Piala Asia
Kuala Lumpur: Bola sepak Malaysia terus menerima tamparan hebat apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berjaya membuktikan perancangan yang teliti berjaya membuahkan hasil sangat positif selepas berjaya ke separuh akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23).
Tatkala Sang Garuda Muda terus terbang tinggi dan semakin hampir 'mendarat' di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Harimau Muda pula terus 'tempang' menjadi mangsa tidak terdaya kepada lawan mereka.
Malah permainan yang ditonjolkan oleh para pemain muda skuad kendalian Shin Tae-yong juga begitu baik dan jauh beza dibandingkan dengan pasukan Malaysia.
ADVERTISING
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, PSSI berjaya merangka dan menyediakan pasukan ini sejak beberapa tahun lepas serta jadikan skuad projek yang akan menyinar dalam Kejohanan Piala Dunia B-20 tahun lepas.
Meskipun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) membatalkan hak menjadi tuan rumah dek kerana tidak memberi keizinan pasukan Israel bermain, namun pemain yang ada itu sudah berjaya membentuk keserasian sangat baik.
"PSSI juga bijak dalam mendapatkan pemain yang ada darah warisan Indonesia dan mereka kumpulkan kesemua pemain yang terbaik untuk mewakili pasukan kebangsaan.
"Pasukan ini juga yang dipersiapkan untuk Piala Dunia B-20 tahun lepas (2023). Mereka dah lama bersama dan saya difahamkan mereka sudah bersama hampir tiga empat tahun sebelum ini lagi.
"Ini antara faktor kenapa permainan mereka sangat baik selain ada ramai pemain yang bermain di luar negara.
"Malahan, pemain muda mereka sudah menerima pendedahan di peringkat tertinggi lebih awal dan sangat baik. Sebahagian pemain B-23 sudah bermain di Piala Asia final (bersama pasukan senior) di Qatar sebelum ini dan itu sangat berbeza dengan Malaysia.
"Untuk Malaysia, tempoh persediaan pun tidak panjang dan tidak berada di tahap terbaik. Macam mana nak mara lebih jauh?
"Kita dah layak secara last minute (empat pasukan terbaik) dan kita pula tidak menggandakan persediaan untuk memberi tentangan dalam Piala Asia ( B-23) final ini. Macam mana kita nak harap keputusan outstanding ?
"Sedangkan persiapan kita pun tidak menggambarkan boleh pergi lebih jauh kecuali keyakinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang kita akan mara separuh akhir," katanya.
Tambahnya, jurulatih dari Korea Selatan itu juga amat percayakan pemain muda dan dia bijak menggunakan pemain yang ada untuk membentuk taktikal yang serasi dikalangan pemain.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -lebih-teliti-pekan |
|
|
|
|
|
|
| |
|