|
TIMBALAN Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. FOTO MOHD AMIN JALIL
Seremban: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu Persatuan Bolasepak Negeri (FA) memainkan peranan proaktif dalam mewujudkan lebih banyak liga komuniti sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk masa depan bola sepak negara.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, tahun lalu hanya Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang dilihat bergerak aktif menganjurkan liga berkenaan.
"Kita (FAM) berharap kerjasama dan usaha lebih giat dilakukan FA negeri-negeri dengan mewujudkan lebih banyak liga di dalam negeri itu yang bernaung di bawah mereka.
ADVERTISING
"Apabila ini dapat dilakukan, lebih banyak ruang untuk pemain atau bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi menunjukkan kebolehan dalam bola sepak dan akhirnya ia dapat membantu mengembangkan sukan ini.
"Tahun lalu kita dapati hanya satu iaitu KLFA yang aktif, jadi kita berharap FA negeri lain dapat memainkan peranan ini, FAM hanya menyediakan flatform saja," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran dan Pengundian Liga Komuniti Negeri Sembilan 2024, di Hotel Seri Malaysia, di sini, petang semalam.
Mohd Yusoff berkata, penganjuran hanya satu liga oleh FA negeri dilihat tidak mencukupi dalam mencapai matlamat mencungkil bakat baharu dan melahirkan pemain pelapis berpotensi.
Untuk itu katanya, FA negeri seharusnya menggunakan ruang menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta dalam menganjurkan liga berkenaan.
"Kita hendak FA negeri memainkan peranan ini supaya lebih banyak liga komuniti dapat dijalankan, kalau boleh semua FA negeri melaksanakannya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... udkan-liga-komuniti |
|