CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9605|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Yamaha RXZ, Toyota Vallfire, Alphard dan Mercedes permintaan paling tinggi untuk diseludup

[Copy link]
Post time 30-4-2024 05:30 PM | Show all posts |Read mode

RIBUAN (tengah) ditemani Pengarah Kastam (Penguatkuasan) Mohd Yusdi Md Yusof (kiri) dan Timbalan Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Zulkifli Mohammad (kanan) pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM, hari ini. FOTO Samadi Ahmad.

Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan 1,856 kes cubaan menyeludup serta menyeleweng duti dan cukai kastam membabitkan sitaan pelbagai barangan termasuk cukai bernilai RM350 juta bagi suku pertama tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 181.72 peratus atau RM124 juta berbanding tempoh sama pada 2023.

Menurutnya, lima komoditi mencatatkan nilai rampasan tertinggi bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini iaitu kenderaan 221 kes (RM22.55 juta), rokok 711 kes (RM10.juta), dadah 139 kes (RM 29.5 juta), minuman keras 241 kes (RM8.9 juta), tekstil 14 kes (RM3.8 juta) dan lain-lain seperti alat ganti, telefon bimbit dan barangan elektrik 530 kes (RM83. 7 juta).

"Lima negeri mencatatkan perolehan kes tertinggi bagi suku pertama tahun ini adalah Sabah (300 kes), Kelantan (266 kes), Sarawak (231 kes), Johor (191 kes) dan Selangor (151 kes)," katanya pada sidang media mengenai kejayaan JKDM dalam membanteras aktiviti penyeludupan bagi suku pertama 2024 di Ibu Pejabat JKDM di sini hari ini.


Dalam menguatkuasaan pencegahan aktiviti penyeludupan pula, katanya, JKDM memberi penekanan dalam mengekang aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak masak, petrol dan diesel.

Sehingga Mac lalu, sebanyak 22 kes membabitkan nilai RM323.6 juta barangan bersubsidi yang cuba diseludup keluar berjaya disita.

Ribuan berkata, penyeludupan kenderaan juga aktif berdasarkan permintaan tinggi daripada pelanggan yang dibawa masuk dari negara jiran, Thailand dan Singapura termasuk melalui Sungai Golok dan sempadan utara tanah air.

Menurutnya, antara kenderaan yang menjadi permintaan tinggi adalah motosikal Yamaha RXZ, Toyota Vallfire, Alphard dan Mercedes.

Katanya, JKDM sentiasa berusaha memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibendung melalui pemerkasaan kawalan sempadan dan penguatkuasaan undang-undang menggunakan mesin pengimbas berteknologi tinggi di pintu keluar dan masuk sempadan.

"JKDM akan menempatkan 40 mesin pengimbas bagasi dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) di lapangan terbang serta pintu masuk dan keluar negara seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak," katanya.

Ribuan berkata, JKDM juga dalam perancangan membuat perolehan mesin pengimbas kargo dilengkapi dengan sistem 'drive through multi-view dual energy ' berteknologi tinggi bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah di pintu keluar dan masuk negara terutama di Pelabuhan Klang, Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntaan-paling-tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.139444 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list